Pemain Selangor Di Kepala B****kan Oleh Penyokong Sendiri Selepas Menang 4-1

Pemain Selangor, Safuwan Baharudin telah dikepala but**kan oleh penyokong sendiri selepas membantu King of Malay Gergasi Merah menewaskan Kedah 4-1 dalam saingan Liga Super.

Pelik tapi benar, itulah yang menimpa pemain Selangor yang teruk dimaki selepas berjaya mencatatkan kemenangan pertama musim ini selepas dua keputusan seri.

Dalam satu video rakaman yang dimuatnaik di laman muka buku ROTP telah menunjukkan Safuwan Baharudin yang memakai lilitan Ketua pasukan bersama penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid berbicara dengan kumpulan Ultras.

Diawal rakaman video itu kelihatan Safuwan Baharudin mengheret Khairulazhan Khalid untuk pergi mungkin selepas melihat para penyokong mula beremosi dan meninggikan suara.

Tindakan Safuwan Baharudin untuk berlalu pergi menyebabkan beliau dituduh sebagai ketua pasukan yang berlagak. Dan bermulalah satu syarahan dan hujahan.

“Ini sebab kita dah score empat. Kau tengok kapten berlagak.”

Suara beberapa lelaki daam kumpulan penyokong kedengaran:

“Woi! Kapten, wei! wei! kapten, kapten. Safuwan! Safuwan! Kau jangan berlagak sangat tau!”

Safuwan Baharudin terus kembali menuju ke arah kumpulan Ultras itu sambil menuturkan kata-kata yang tidak berapa jelas kedengaran. Lelaki Ultras itu meneruskan hujahannya.

“Sebab tu team kau bolos setiap game sebab kepala hotak kau macam ni! Haa!! Kau faham tak?”

Kemudian kata kesat telah dilontarkan kepada Safuwan Baharudin yang kedengaran sangat keras dan penuh amarah:

“Kau kalau nak champion kalau dah bolos sampai 30 gol macam season lepas kepala butoh!!! kau nak champions!!!”

Safuwan Baharudin kedengaran membalas dengan tenang yang kedengaran seperti:

“Aku tak leh nak berbual la.”

Lantas lelaki Ultras itu meneruskan syarahan dengan nada tinggi:

“Hal tu kau tak nak berbual pulak!!! Haa!!!”

Safuwan Baharudin mula hilang sabar dan mahu kembali ke arah abang Ultras itu namun telah ditarik oleh rakan sepasukannya yang lain.

Khairulazhan Khalid dan pemain berambut kembang, Shahrul Nazeem cuba menenangkan sekumpulan penyokong yang berada dihadapan banner tertera perkataan ‘MENTALITI JUARA’.

Tidak dapat dipastikan apa punca yang menjadi kemarahan Ultras Selangor itu mungkin kerana dua keputusan seri sebelum ini lantaran aksi yang longlai.

Dalam dua perlawanan awal musim ini, Selangor mencatatkan keputusan seri 3-3 menentang Kuala Lumpur City FC dan sekadar seir 2-2 bertemu pendatang baru Liga Super, Negeri Sembilan FC.

Namun Selangor FC bangkit dalam perlawanan ketiga untuk kemenangan pertama dengan menamatkan rekod tiga perlawanan tanpa kalah Kedah Darul Aman FC dan memberi kekalahan pertama buat Kedah di Liga Super musim ini.

Jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner mungkin telah menemui formula untuk dalam perlawanan ini apabila melakukan asakan dari awal permainan lagi.

Herlison Caion hampir membuka tirai jaringan namun percubaannya tersasar sebelum Mukhairi Ajmal membuka tirai jaringan pada minit ke-26.

Gol Mukhairi Ajmal terhasil dengan rembatan leret dari luar kotak penalti selepas menerima hantaran dari Alex Agyarkwa.

Lapan minit kemudian Herlison Caion menemui sentuhan penyudah untuk menggandakan kedudukan dengan satu kawalan bola yang kemas dan tenang disempurnakan.

Separuh masa pertama berakhir dengan Selangor mendahului Kedah Darul Aman dua gol tanpa balas.

Perlawanan separuh masa kedua terus menjadi milik Selangor FC yang mempunyai kelebihan dan kedudukan ini kekal sehingga minit ke-85.

Ketika perlawanan dilihat bakal berakhir dengan dua gol, Selangor FC menambah lagi dua gol dalam tempoh 2 minit pada minit ke-84 dan 87.

Mohd Norhakim bin Hassan yang masuk menggantikan Mukhairi Ajmal menjaringkan gol ketiga sebelum Herlison Caion menjaringkan gol kedua peribadi dalam perlawanan ini.

Herlison Caion dan Mohd Norhakim bin Hassan bertukar assist dan gol untuk jaringan ketiga dan keempat Selangor.

Setakat ini Caion sudah menjaringkan lima gol di Liga Super selepas tiga perlawanan sahaja.

Muhammad Fayadh bin Mohd Zulkifli Amin menjaringkan gol saguhati Kedah Darul Aman FC pada penghujung perlawanan dengan satu hantaran gelembung buaya yang sangat cantik.

BACA:  Ingkar Arahan FAM : Selangor Berdepan Hukuman