Pemain Takut Sertai Manchester United Kerana Ia Langkah Ke Belakang Untuk Karier?

Pemain handalan dunia dan tidak berapa handal kini seperti takut untuk menyertai Manchester United kerana langkah ini seperti langkahan kebelakang dalam memajukan karier bola sepak.

Manchester United yang dulu bukanlah yang sekarang di mana Theatre of Dreams semengnya kena dengan namanya yang menjadi impian pemain bola sepak untuk melonjakkan karier mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Jika dahulu karier pemain kebanyakkannya kembang subur di Old Trafford dan karier pemain tidak lagi meriah selepas meninggalkan pasukan yang penuh gemilang itu.

Selepas persaraan Sir Alex Ferguson Theatre of Dreams semakin lama semakin pudar daripada menjadi destinasi rebutan pemain handalan dunia dan menjadi pentas raja lawak.

Persoalan yang agak masuk akal ini telah diutarakan oleh bekas penyerang Chelsea dan juga Celtic, Tony Cascarino, adakah mana-mana pemain yang dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford akan menganggap ia adalah satu langkah ke belakang dalam karier mereka?

Cascarino mengungkap persoalan itu ketika berbual bicara bersama talkSPORT:

“Manchester United untuk tempoh yang panjang dalam karier saya, rumput tidak pernah lebih hijau selepas meninggalkan Manchester United.”

“Sekarang anda mempunyai pemain yang melihat kepada kelab dan berfikir adakah ini satu langkah ke belakang yang merupakan situasi terbalik sepenuhnya dari keadaan terdahulu.”

Bekas pemain antarabangsa Ireland itu menambah:

“De Jong akan berfikir, Barcelona juga tidak mempunyai musim yang hebat tetapi adakah pergi ke Manchester United yang menduduki tempat keenam tahun lalu sebagai langkah ke belakang untuk saya?”

“Terdapat elemen dalam diri pemain yang menganggap ini bukan Manchester United pada 2013 dan sebelumnya, ini adalah kelab bola sepak yang sama sekali berbeza sekarang.”

“Terdapat banyak isu di kelab itu yang perlu ditangani, bukan hanya di atas padang, di luar padang. Mereka telah cuba membuat sedikit perubahan tetapi masih banyak yang perlu dilakukan.”

Tony Cascarino melahirkan rasa aneh kenapa Manchester United tidak cuba untuk mendapatkan Kalvin Phillips yang merupakan pemain tengah bertahan yang mereka perlukan sejak beberapa musim lalu.

“Saya tidak tahu mengapa Manchester United tidak mengambil langkah untuk mendapatkan Kalvin Phillips.”

“Kalvin Phillips merupakan betul-betul pemain yang mereka perlukan. Seorang pemain yang boleh memenangi bola terlepas dari sertai pasukan mereka.”

Lebih menghairankan dan perkara yang tidak difahami oleh Tony Cascarino apabila Manchester City tenang dan tanpa saingan pasukan lain untuk mendapatkan Kalvin Phillips.

Kehadiran Erik Ten Hag adalah untuk membina kembali pasukan dan dalam proses pembangunan kejuaraan serta kejayaan tidak boleh diharapkan untuk dikecapi dalam masa terdekat.

Namun Machester United adalah sebuah kelab komersil yang mahukan kejayaan segera, bolehkah mereka menunggu tempoh minima sehingga tiga musim untuk kembali menjadi pasukan pencabar?

Erik Ten Hag dijangkakan memerlukan sehingga 3 tiga jendela perpindahan untuk melengkapkan pemain mengikut falsafah bola sepaknya yang sebenar.

Sebelum ini bintang muda Derby County, Malcolm Ebiowei memilih untuk menolak tawaran Manchester United dan lebih malang apabila memilih Crystal Palace sebagai tempat mengembangkan kariernya.

Dalam pada latihan pramusim sudah bermula tiada pemain baharu lagi yang berjaya dibawa masuk ke Old Trafford dan pemain mahu dilepaskan tidak mendapat mana-mana lagi tawaran.

Kelab itu masih menunggu tandatangan pertama mereka pada jendela perpindahan, tetapi dikatakan bahawa perjanjian untuk membawa pemain tengah Barcelona, ​​Frenkie de Jong ke Old Trafford semakin hampir.

Entah berapa kali sudah tawaran diberikan ke Barcelona dan pemainan tarik tali masih lagi sengit berlangsung.

BACA:  Mourinho: Hazard Dialu-alukan Untuk Menyertai Manchester United