Pemain Terbaik Sepanjang Tahun : N’Golo Kante Buktikan Saiz Bukan Ukuran

Pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante mencipta sejarah peribadi apabila dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Sepanjang Tahun oleh Persatuan Pemain Professional (PFA Player of the Year) semalam. Kante menewaskan pencabar lain antaranya rakan sepasukannya di Chelsea – Eden Hazard, satu-satunya pemain yang boleh menjaringkan gol buat Manchester United sebelum cedera – Zlatan Ibrahimovic, penyerang utama Tottenham Hotspur – Harry Kane dan juga penjaring terbanyak liga setakat ini, Romelu Lukaku dari Everton.

Pada musim lalu, Kante berjaya tercalon sehingga enam teratas sebelum anugerah ini dirangkul rakan sepasukan di Leicester, Riyad Mahrez.

Kante sebenarnya memang menjadi calon kegemaran ramai kerana prestasinya bagaikan kuda jantan setiap kali beraksi di atas padang, selain  sifat tawadduknya yang cukup disenangi kawan atau lawan. Kante yang hanya berketinggian 169cm membuktikan bahawa dalam bola sepak, saiz bukan ukuran, di mana sepanjang dua musim berturut-turut, Kante telah merampas bola daripada lawan lebih banyak daripada pemain lain.

Usai menerima anugerah ini di Grosvenor House, Kante menyatakan bahawa anugerah ini ternyata amat istimewa.

“Teman rasa bangga la yob dipilih rakan-rakan pemain yang lain. Rasanya sangat istimewa dapat menang anugerah ni. Dua musim pertama teman di England ni nampak gayanya cantik sangat dah.

“Kalau nak lagi best, kami (Chelsea) kena tamatkan musim ini dengan sempurna dan setakat ni boleh dikatakan musim ni kira baik untuk kami,” katanya kepada wartawan sambil senyuman tidak lekang dari bibir, sehingga menampakkan secebis lada daripada sambal pecel lele Padang Jawa yang dimakannya.

Kalau tengok piala tu nak sama tinggi dengan Kante, tapi Kante tak kisah.

Kedatangan Kante ke Chelsea ternyata telah mengubah destini pasukan biasa-biasa ini. Musim lalu pasukan London ini sekadar menamatkan liga di tangga kesepuluh, di belakang Stoke City dan juga Liverpool, manakala tahun ini, Kante mengajar Chelsea cara bermain sebagai seorang juara, sekaligus meletakkan pasukan The Blues di puncak liga sejak hujung tahun lalu.

Jika Kante memenangi liga pada tahun ini, dia akan muncul sebagai pemain pertama memenangi liga Perdana Inggeris bersama dua pasukan berbeza berturut-turut.

Kalau diikutkan, Mark Schwarzer bersama Leicester berjaya lakukannya pada musim lalu setelah memenangi liga bersama Chelsea pada musim sebelumnya, tetapi rekod tersebut tidak dikira kerana Schwarzer tidak layak mendapat pingat setelah tidak bermain langsung sepanjang liga berlangsung. Schwarzer ni pun satu, fikir senang je nak buat duit. Baik masuk Luxor.

Pada malam tersebut, pemain tengah Tottenham Hotspur, Dele Alli dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik PFA untuk musim kedua berturut-turut, manakala pemain Manchester City Lucy Bronze dipilih sebagai Pemain Terbaik Wanita dan Jess Carter dari Birmingham dipilih sebagai Pemain Muda Wanita Terbaik PFA.

Bekas kapten England, David Beckham pula menerima anugerah khas, Anugerah Merit PFA sebagai mengenang jasa dan sumbangannya terhadap sukan termasyhur dunia itu.

Sementara itu Safiq Rahim dan Badri Radzi tidak menerima sebarang anugerah kerana tidak bermain di Liga Perdana Inggeris.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte, turut berbangga dan memuji pemain kesayangannya di atas kejayaan tersebut. Conte juga turut mengatakan bahawa Kante adalah contoh pemimpin melalui tauladan. Apa yang membuatkannya lebih gembira ialah nama mereka berdua hampir sama. Kante dan Conte.

“Kante ni muda lagi. Dia masih boleh memperbaiki kualiti kepimpinannya, tapi tu lah, bila kau datangke kelab hebat macam Chelsea ni, susah juga nak memimpin dan bercakap, tambah-tambah kalau ni musim pertama kau, kan?” jawab Conte ketika ditanya wartawan mengenai kualiti Kante sebagai pemimpin.

“Aku rasa lah Kante ni lebih kepada pemimpin secara diam, di padang dia menunjukkan contoh teladan yang baik. Sopan je budak ni. Dia bukan jenis suka bersuara. Personaliti dia jauh berbeza daripada John Terry.

Kante dan Conte. Cuba kau ulang lima kali Kante Conte.

“Tapi, lepas beberapa tahun nanti aku rasa dia boleh pergi jauh ni. Lagipun aku rasa, anugerah yang dia terima dalam dua musim ni mesti tambah keyakinan dalam diri dia kan?” tambah Conte lagi.

Ketika ditanya adakah Kante adalah pembelian yang paling berbaloi, Conte dengan wajah yang serius dan suara yang garau ala-ala Jalaludin Hassan menjawab,” Kante ni memang kami target dari awal lagi, dan kami pun suka la bila kami dapat dia. Jadi, aku rasa perbelanjaan kami ni berbaloi. Tanpa GST pulak tu.”

“Lagi satu, dalam bola sepak ni, kadang-kadang penting untuk kita faham apabila kita tengok pemain yang mempunyai bakat yang bagus, mampu menjaringkan gol dan pemain jenis ni kita akan terus anggap sebagai pemain yang paling penting.

“Tapi, kalau kau percaya ideologi bola sepak yang kau nak bawa dalam pasukan, mempunyai skuad yang stabil adalah lebih penting. Stabil ni maksudnya kau ada pemain-pemain yang berbakat, tapi kau jangan lupa kepentingan pemain macam Kante – kuat semangat untuk dapatkan bola dan bekerja keras untuk pasukan.

“Akhir kalam, kau kena gembira dengan apa yang kau ada. Bila kau cuba dan bina sebuah pasukan, kau perlukan satu campuran bakat yang berbeza, dengan syarat kau ada pemain yang sanggup bekerja keras dan cuba untuk improve,” ujar Conte, mengakhiri temubual ini dengan senyuman yang tak lekang sampai ke telinga.

Dengan prestasi cemerlang Chelsea pada musim ini, tidak mustahil Conte bakal merangkul anugerah pengurus terbaik, itupun kalau tak disailang Arsene Wenger.

Artikel di klepet dari ESPNFC sebelum diubah suai sesedap rasa.

Baca Juga

Baca Juga