Pemain bola sepak profesional tertua dunia, Kazuyoshi Miura dilaporkan temah menerima kontrak baharu untuk kekal beraksi di Portugal – yang bermaksud dia boleh beraksi sehingga usianya mencecah 57 tahun.
Digelar “King Kazu”, Miura memulakan kariernya sebagai pemain pada 1986.
Kariernya bermula bersama kelab Brazil, Santos kerana pada ketika itu Jepun belum lagi memulakan liga bola sepak profesional.
Dan sejak daripada itu Miura telah melakukan penampilan bersama enam kelab di Brazil di dalam tempoh 4 tahun sebelum kembali ke negaranya untuk menjadi wajah J League yang diperkenalkan pada awal 1990 an.
Di Jepun Miura membantu Verdy Kawasaki muncul juara Jepun pada 1993 dan 1994 sebelum menjadi pemain Jepun pertama beraksi di Serie A Itali apabila menyertai Genoa secara pinjaman.
‘King Kazu’ Miura Kazuyoshi, the world’s oldest footballer, has renewed his contract with UD Oliveirense.
He’ll be FIFTY-SEVEN (57) when his deal expires 🤯 pic.twitter.com/kZD4V1wOMB
— GOAL (@goal) July 11, 2023
Miura turut pernah berkelana di Croatia bersama Dinamo Zagreb sebelum turut menyarung jersi Kyoto Purple Sanga, Vissel Kobe dan Yokohama FC di mana beliau menjaringkan 27 gol daripada 298 penampilan.
Di perlawanan terakhir musim lalu Miura telah diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan walaupun sekadar beraksi 20 minit untuk membantu pasukannya menewaskan Leixoes 4-3.
Selepas tamat perlawanan, Miura mengesahkan mahu meneruskan kariernya walaupun hanya melakukan tiga penampilan sepanjang musim.
“Saya mahu beraksi sehingga berusia 60 tahun,” katanya kepada Sport TV.
Dan selepas itu Oliveirense – yang disertai oleh Miura pada Januari tahun ini – pada mulanya sebagai pinjaman – mengumumkan pemain itu akan terus bersama mereka untuk semusim lagi.
“Wahai Kazuyoshi Miura, terima kasih untuk sokongan anda pada muskm ini!,” tulis kelab Portugal itu di Twitter.
Dan kini Miura akan menyertai Oliveirense untuk perlawanan persahabatan pra musim pada 15 Julai nanti.