Pemain Yang Mahu United Beli Hasil Dana Melepaskan 12 Pemain Dari Skuad Sekarang

Erik Ten Hag bakal membuat rombakan besar-besaran pada bulan pertama ketibaannya ke Old Trafford nanti dengan 12 pemain dilaporkan akan pergi meninggalkan kelab.

Seperti semua sedia maklum, Ten Hag sepertinya sudah hampir pasti akan diumumkan sebagai pengurus tetap Manchester United dalam masa terdekat ini.

Pengurus berusia 52 tahun itu telah mengendalikan Ajax sejak dari tahun 2017 lagi dengan beliau kini dijangka akan menandatangani perjanjian selama tiga ke empat tahun di Old Trafford selepas ini.

Guardian turut menyatakan yang Ten Hag akan dibenarkan untuk membuat keputusan berkait urusan pembelian dan penjualan pemain.

Memandangkan skuad Manchester United pada ketika ini sedang dibelenggu masalah prestasi, jelas sekali sudah tentu akan ada penambahan pemain baru pada musim panas ini.

Terbaru, menurut sumber laporan dari The Mirror yang mendapatkan maklumat dari bilik persalinan Man Utd, seramai 12 pemain akan meninggalkan kelab dan mereka turut mendedahkan pemain-pemain yang bakal ditandatangani pada musim panas nanti.

Paul Pogba, Edinson Cavani, Nemanja Matic, Jesse Lingard, Juan Mata dan Lee Grant sepertinya sudah pasti akan meninggalkan kelab pada musim panas ini memandangkan kontrak mereka juga tamat pada penghujung musim ini.

Sebagai tambahan kepada nama-nama di atas, Ten Hag juga dilaporkan tidak ada masalah untuk melepaskan pemain seperti Anthony Martial, Marcus Rashford, Phil Jones, Alex Telles, Aaron Wan-Bissaka dan Eric Bailly.

Sepertinya sudah lama Man Utd tidak membuat rombakan besar-besaran seperti ini dengan mereka bakal melepaskan hampir separuh pemain dari skuad utama mereka.

Dengan 12 pemain berpotensi untuk meninggalkan kelab, adakah Ten Hag akan menandatangani pemain baru dalam usahanya untuk memantapkan skuad sedia ada?

Laporan sama turut mendedahkan yang United dikatakan sangat berminat untuk mendapatkan dua pemain kebangsaan England, Harry Kane dan Declan Rice.

Dengan menjual enam pemain di atas, Man Utd bakal memiliki dana tambahan untuk mereka gunakan bagi mendapatkan khidmat kedua-dua pemain itu.

Untuk yang lebih realistik dan lebih murah, Ten Hag dilaporkan sudah menyenaraikan nama Darwin Nunez dari Benfica sebagai pemain yang ada dalam senarai pendeknya.

Darwin Nunez pada ketika ini jelas sekali sedang berada di tahap persembahan terbaiknya dengan beliau sudah berjaya menjaringkan 31 gol dari 37 penampilan dalam semua pertandingan.

Satu lagi nama yang hangat dikaitkan dengan Man Utd adalah Ruben Neves yang mana bintang Wolverhampton Wanderers itu sudah lama sebenarnya dikaitkan bakal ke Old Trafford.

Nama beliau sekali lagi muncul dan kali ini beliau menjadi pilihan Ten Hag yang mahu menggunakan Neves untuk memperkuat barisan midfieldnya.

Seperti semua sedia maklum, Ten Hag jelas sekali bakal berdepan cabaran besar andai beliau memilih untuk ke Old Trafford kerana keadaan skuad pada ketika ini.

Dengan keadaan skuad yang huru-hara, ditambah pula pemilik kelab yang mahukan kejayaan segera, begitu juga penyokong yang mahu melihat skuad terus angkat Piala, jelas sekali Ten Hag akan berdepan tekanan yang dasyat.

Kemarin, selepas kekalahan memalukan 4-0 di tangan Liverpool dalam saingan Premier League, pengurus interim kelab, Ralf Rangnick mengakui yang United kini enam tahun keciciran dibelakang Liverpool.

“Jurgen datang enam tahun lalu dan jika kamu bandingkan skuad yang dia bakal warisi, dia datang selepas lapan ke sembilan perlawanan dan mengakhiri liga di kedudukan kelapan, inilah putaran di mana kita sedang berada sekarang.”

Jelas bekas pengurus RB Leipzig itu selepas tamat perlawanan.

“Purata mata yang dia mampu kutip pada musim itu adalah 1.6 mata tapi selepas setiap jendela perpindahan selepas itu, dia berjaya bangunkan skuad seperti yang ada sekarang.”

Ten Hag sememangnya perlu membuat rombakan besar-besaran seandainya beliau mahu mengubah sepenuhnya skuad United yang sekarang.

Tugas berat menanti beliau dan tentunya para penyokong setan merah akan sangat berharap agar beliau akan mampu menaikkan semula kelab selepas ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jawapan Ten Hag Ketika Ditanya Adakah Beliau Belajar Bahasa Inggeris Kerana Man Utd