Romelu Lukaku dilaporkan telah kembali ke Inter Milan dengan berat badan yang berlebihan selepas baru satu musim beliau meninggalkan kelab untuk bersama Chelsea.
Pemain kebangsaan Belgium itu berjaya mendapatkan tahap fizikal terbaiknya ketika karier beliau di Itali dengan beliau ketika itu mengamalkan diet Mediterranean yang sangat ketat.
Lukaku mengalami masalah yang sama ketika beliau beraksi bersama Manchester United sebelum ini dan masalah itu berjaya diselesaikan sebaik beliau menyertai Inter Milan.
Romelu Lukaku is ordered back on to his strict Mediterranean diet after arriving back at Inter well over the 101kg which helped fire them to Serie A glory https://t.co/RNWdy8iTPY
— MailOnline Sport (@MailSport) July 22, 2022
Beliau melengkapkan perpindahan menyertai Chelsea dari Inter Milan dengan yuran perpindahan bernilai £97.5 juta pada musim panas lalu.
Karier beliau di England jelas sekali berjalan dengan tidak seperti yang diharapkan dan beliau jelas sekali gagal untuk mendapatkan rentak persembahan terbaiknya.
Pemain berusia 29 tahun itu hanya mampu menjaringkan 15 gol sahaja dari semua pertandingan, dengan hanya lapan gol sahaja dari 15 gol tersebut berjaya dihasilkan dalam saingan Premier League.
Lukaku kemudiannya telah menyertai Inter Milan menerusi perjanjian pinjaman selama satu musim dan menurut sumber laporan dari Gazetta dello Sport, mereka mahukan beliau untuk kembali mendapatkan tahap fizikal terbaiknya.
Berat yang disasarkan untuk beliau adalah 105kg dan itulah berat Lukaku ketika hari terakhir pada musim 2020/21 sebelum beliau menyertai Chelsea.
Tahun itu, bekas bintang Everton dan Manchester United itu berjaya menjaringkan 24 gol dari 36 penampilan untuk membantu Inter Milan menjuarai saingan Serie A.
Romelu Lukaku 'put on strict diet and training routine after returning to Inter overweight' https://t.co/gbCe67HfRj
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) July 22, 2022
Lukaku mengamalkan diet dengan memakan salad, ikan, ayam dan shirataki pasta.
Beliau kemudiannya tidak dibenarkan untuk mengambil makanan melibatkan kentang, makanan bergoreng, mozzarella dan beliau tak dibenarkan untuk menyentuh alkohol.
Hal itu membenarkan beliau untuk mendapatkan tahap fizikal terbaiknya dan di England beliau jelas sekali tidak mendapatkan hal yang sama kerana mereka lebih menumpukan untuk membina otot beliau.
Bercakap kepada Sky Sports Italia ketika musim pertama beliau bersama Inter Milan, Lukaku mendedahkan bahawa:
“Sejak saya menyertai Inter, saya perlu tukar diet saya dan saya boleh katakan saya tak pernah rasa saya sekuat itu.”
🚨 La Gazzetta dello Sport |
• Romelu Lukaku was told to go back to his strict diet after arriving at Inter Milan weighing over 101kg. pic.twitter.com/sjYHmcm8Ue
— MARCUS YAW MINTAH (@MARCUSYAWMINT90) July 23, 2022
“Diet saya mengandungi salad untuk makan tengah hari, dada ayam yang banyak dan Shirataki pasta.”
“Saya tak ubah cara saya makan dengan begitu ketara, untuk bagaimana kita bermain kita perlu ada fizikal yang sangat kuat, kita banyak berlari, sejak saya ikut gaya hidup ini, saya rasa semakin baik di atas padang, saya rasa lebih segar dan pantas.”
“Saya selalu menjadi pemain sasa dengan otot tapi Itali bawa saya ke tahap lebih tinggi. Saya tak pernah rasa sekuat ini. Saya sudah berjaya berada di tahap yang berbeza, baik dari segi fizikal mahupun mental.”
“Saya mengambil banyak karbohydrates selepas perlawanan. Kebiasaannya saya akan memakan dua bungkus gnocchi, ia bergantung kepada apa yang chef sediakan. Mereka terus buat kira-kira dan mereka memang banyak membantu saya.”
Romelu Lukaku is overweight.
The big Belgian has been put on strict diet and intense fitness programs to get him back to shape ahead of next seasonhttps://t.co/hiZFwvWuZN
— Sports Brief (@sportsbriefcom) July 22, 2022
Lukaku akan menyarung jersi bernombor 90 bersama Inter Milan musim ini dan beliau sudah membuat penampilan dalam kedua-dua aksi pra musim mereka setakat ini.
Beliau sebelum ini pernah mendedahkan yang beliau akan kembali ke San Siro satu hari nanti walau beliau pada ketika itu baru beberapa bulan sahaja bersama Chelsea.
Hal itu sebenarnya telah membangkitkan kemarahan para penyokong, yang merasakan Lukaku tak sepatutnya menyatakan hal tersebut.
Lukaku teruk dihentam oleh para peminat dan ramai dari mereka tak bersetuju sama sekali dengan apa yang dinyatakan oleh bintang Belgium itu.
❌ No pineapple on pizza 🤣
❌ No pastaRomelu Lukaku's crazy weight loss diet has been revealed and it is hardcore. Lukaku heard people call him "fat" and he took that personally 😳https://t.co/nkHBcYlMKJ
— SPORTbible (@sportbible) March 24, 2021
Musim ini, beliau akhirnya berjaya juga untuk melengkapkan perpindahannya menyertai Inter Milan walaupun sekadar sebagai pemain pinjaman sahaja.
Sepertinya Chelsea telah membuat kesilapan besar dengan mengeluarkan dana yang terlalu besar untuk mendapatkan pemain penyerang itu.
Sumber: SPORTbible