Pembahagian Slot Baru Piala Dunia 2026 Mengikut Konfiderasi Bola Sepak Benua

Piala Dunia 2026

Piala Dunia 2026 sekali lagi akan menyaksikan perubahan besar dalam sejarah penganjuran kejohanan teragung dalam dunia bola sepak itu apabila negara bertanding dikembangkan kepada 48 pasukan.

Diawal pengajura Piala Dunia membabit 16 pasukan sehingga ditambah kepada 24 pada 1982. Pada Piala Dunia 1998, Perancis pasukan bertanding telah ditambah kepada 32 pasukan sehinggalah Piala Dunia 2022, Qatar.

Untuk Piala Dunia 2026, Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico akan menjadi tuan rumah bersama dan buat pertama kalinya Piala Dunia dianjurkan bersama oleh tiga negara.

Kalendar kejohanan ini akan kembali ke jadual asalnya iaitu pada antara bulan Jun dan Julai 2026 dan akan melibatkan 16 bandar diantara tiga negara tuan rumah.

Kebanyakkan antara mereka akan berada di Amerika Syarikat (11 bandar) iaitu Seattle, San Francisco, Los Angeles, Dallas, Houston, Kansas City, Philadelphia, Atlanta, Miami, Boston dan New York.

Perlawanan di Mexico akan berlangsung di tiga bandar iaitu Monterrey, Guadalajara dan Mexico City. Akhirnya, dua bandar di Kanada ialah Vancouver dan Toronto.

Dalam sejarah penganjuran Piala Dunia sebanyak 23 edisi, negara Eropah paling banyak menjadi tuan rumah dengan 11 kali, diikuti negara Amerika Selatan 5 kali, Amerika Utara, Tengah & Caribbean 4 kali, Asia 2 kali dan Afrika sekali.

Slot Baru Piala Dunia 2026 Mengikut Konfiderasi Bola Sepak Benua

Menurut Arsene Wenger yang mengetuai Jabatan Pembangunan Bola Sepak FIFA, FIFA sedang berusaha dengan tiga kemungkinan format pertandingan untuk kejohanan itu, yang kini dengan 48 pasukan.

Keputusan mengenai model untuk Piala Dunia seterusnya akan dibuat pada 2023 dengan pelbagai kemungkinan ada sama 3 pasukan satu kumpulan atau 4 empat pasukan satu kumpulan.

Namun apa yang pasti dengan penambahan pasukan ini menjadikan slot bagi setiap Konfiderasi Bola Sepak Benua juga telah bertambah dan membesarkan peluang untuk pasukan mara ke Piala Dunia.

Slot automatik yang tersedia adalah 46 dan 2 lagi slot melengkapkan 48 pasukan ditentukan melalui pusingan play-off:

1. AFC (Asia): 8 tempat langsung + satu untuk play-off dunia (Sebelum ini 4 + 1 play-off)

2. CAF (Afrika): 9 tempat langsung + satu untuk play-off dunia (Sebelum ini 5)

3. CONCACAF (Amerika Utara dan Tengah, serta Caribbean): 6 tempat terus + 2 tiket play-off (Sebelum ini 3 + 1 play-off)

4. CONMEBOL (Amerika Selatan): 6 tempat langsung + 1 play-off dunia (Sebelum ini 4 + 1 play-off)

5. OFC (Oceania): 1 langsung + 1 play-off dunia (Sebelum ini 1 play-off)

6. UEFA (Eropah): 16 tempat langsung (Sebelum ini 13)

Jika dilihat kepada keberhasilan utama, negara Amerika Selatan yang bernaung di bawah CONMEBOL telah meraih untung terpaling sedap dengan 6.5 slot dengan hanya 10 sahaja negara bertanding untuk pusingan kelayakan. 7 pasukan mampu layak.

Slot Piala Dunia 2026 vs Negara di Pusingan kelayakan:

1. AFC (Asia): 8 slot + 1 play-off vs 46 negara

2. CAF (Afrika): 9 slot + 1 play-off vs 54 negara

3. CONCACAF (Amerika Utara dan Tengah, serta Caribbean): 6 slot + 2 play-off vs 35 negara

4. CONMEBOL (Amerika Selatan): 6 slot + 1 play-off vs 10 negara

5. OFC (Oceania): 1 slot + 1 play-off vs 11 negara

6. UEFA (Eropah): 16 slot vs 55 negara

Dan pada Ogos lalu jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah meluluskan format baharu dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 termasuk Kelayakan Piala Asia 2027 untuk diharungi oleh 47 negara anggota.

Setiap konfederasi benua mempunyai autonomi selepas diberikan kuasa penuh untuk menentukan model pertandingan dan tempoh bagi pusingan kelayakan konfederasi benua masing-masing.

Daripada entiti yang telah mengumumkan jadual untuk kelayakan mereka, CONMEBOL yang hanya mempunyai 10 negara adalah yang pertama memulakan perlumbaan untuk tempat di Piala Dunia 2026 dengan format yang sama iaitu liga 10 pasukan yang dijadualkan bermula pada Mac 2023.

BACA:  FIFA Club World Cup: Chelsea 2-1 Palmeiras