Chief Executive Officer (CEO) Manchester United, Richard Arnold dalam pertemuannya dengan penyokong Setan Merah telah mendakwa bahawa pembocor rahsia Manchester United kepada media telah pun meninggalkan kelab.
Richard Arnold dalam perbualan itu tidak mendedahkan siapa pembocor rahsia bermulut lembik itu dan dalam masa yang sama bercerita tentang Ed Woodward yang membeli pemain berlandaskan kepuasan nafsu sendiri. Suka-suka dia beli pemain dia nak.
Tanpa disangka-sangka dan sudah pasti tanpa diduga oleh sekumpulan penyokong Setan Merah apabila Arnold hadir malah mereka telah ditegur mesra oleh CEO Manchester United itu.
Lebih tak disangka lagi apabila perbualan mereka itu didedahkan dengan cerita dalam kain kelab.
Went to protest at Richard Arnold's house and he turned up at the pub. pic.twitter.com/xsNUJaKpnB
— Paul, Manc Bald and Bred (@MufcWonItAll) June 18, 2022
Mungkin tiada pilihan buat Arnold selain menyantuni para penyokong ini kerana dia perlu untuk menghalang protes terhadap pemilikan kelab Glazer daripada berlaku di luar rumahnya.
Sekumpulan kecil penyokong United telah mengatur untuk mengadakan protes ‘aman dan sah’ di pintu pagar kediaman Arnold Cheshire pada petang Sabtu, dengan penganjur menyediakan beberapa sepanduk menuntut Glazers dan Arnold meninggalkan kelab itu.
Mereka telah mencapai kata sepakat dan telah mengatur untuk bertemu di sebuah pub berhampiran rumah Arnold sebelum protes bermula.
Aku Tak Salah
Richard Arnold membincangkan pelbagai isu berkaitan kelab, termasuk kebocoran maklumat bilik persalinan dan rancangan dan dana perpindahan musim panas Setan Merah dengan sekumnpulan peminat.
Bercakap kepada JOE, seorang ahli kumpulan penyokong mendedahkan:
“Arnold mengatakan bahawa tiada satu pun daripada 17 tahun yang lalu adalah salahnya.”
“Apabila kebanyakan peminat tiba di sana, mereka terus menyerbu tanpa helmet, mengatakan bahawa Glazers telah melakukan semuanya selama 17 tahun yang lalu.” Ujar salah seorang daripada kumpulan itu yang bercakap secara terus dengan Arnold kepada JOE.
Richard Arnold. Talking about the Glazers. pic.twitter.com/RnHXCQuXfk
— Paul, Manc Bald and Bred (@MufcWonItAll) June 18, 2022
“Kami tidak mengangkat dia [Arnold] sebagai wira, tetapi kami menghormati hakikat bahawa dia datang berjumpa kami dan bercakap tentang sesuatu.”
“Dia pada dasarnya meminta satu lembaran baru kerana dia baru memulakan tugasnya. Dia mengatakan bahawa tiada satu pun daripada 17 tahun yang lalu adalah kesalahannya.”
Richard Arnold yang sebelum ini memegang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan di Manchester United, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kelab itu pada Januari. Dia menggantikan Ed Woodward yang meninggalkan kelab itu pada 1 Februari selepas berundur daripada jawatan Naib Pengerusi Eksekutif.
Kebocoran Maklumat Bilik Persalinan & Perpindahan Musim Panas
Richard Arnold membuat pendedahan sangat mengejutkan apabila menyatakan bahawa dua pembocor maklumat bilik persalinan telah tiada dan dia juga telah berkongsi rancangan perpindahan musim panas.
Manchester United merekodkan musim terburuk mereka dalam era Liga Perdana musim lalu dan penyokong nyata tidak berpuas hati dengan jumlah maklumat yang dibocorkan kepada media dari dalam bilik persalinan.
Mengenai isu itu, Richard Arnold dikatakan telah memberitahu kumpulan itu bahawa:
“Dua sumber yang menjadi dalang dan tali barut kepada kebocoran maklumat kini telah meninggalkan kelab.”
Richard Arnold: “The two sources of the dressing room leaks have now left the club." [@SmnLlyd5, @FootballJOE] #mufc
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) June 18, 2022
Dengan pendedahan dari Arnold itu ramai telah membuat rumour bahawa dua pemain tersebut mungkin Jesse Lingard dan Paul Pogba (Siap ada Pogmentary sendiri lepas pergi).
Manchester United masih belum menambah sebarang pemain utama dalam skuad mereka pada musim panas ini sejak pelantikan Erik ten Hag sebagai pengurus disahkan pada April walaupun 11 pemain sah pergi dan separuh daripanya adalah pemain skuad utama.
Ada yang menyatakan kebimbangan mereka tentang kesenduan di jendela perpindahan, Arnold berkata Pengarah Bola Sepak John Murtough sedang bekerja keras memuktamadkan perjanjian dengan Barcelona untuk mendapatkan Frenkie de Jong.
“Dia berkata Murtough bekerja dari jam 6 pagi hingga 10 malam cuba menyelesaikan perjanjian De Jong. Terdapat dana £200 juta untuk perpindahan. Dia tidak akan membiarkan sasaran lain terlepas.”
Richard Arnold: "Do you want me to buy players? Doesn't that ring a bell? (Ed Woodward)".
He's literally calling Ed Woodward out for putting us in this mess by signing players himself.
Won't praise him yet but Respect to Arnold. He's at least laying the right foundations.
— UtdFaithfuls (@UtdFaithfuls) June 18, 2022
Seorang dari kumpulan penyokong mahu Richard Arnold segera menandatangani pemain. Dia membalas:
“Kamu mahu saya membeli pemain? Bukankah itu macam sebelum ni [dilakukan Woodward]?”
Richard Arnold seolah olah memberitahu bahawa sebelum ini Woodward ada senarai pemain yang dia sendiri mahukan tanpa perlu mengambil kira sama ada pengurus mahukan pemain itu atau tak.
“Dia jujur dengan kami dan itu membantu meredakan keadaan. Terdapat kira-kira 20 daripada kami di sana dan memberitahu dia apa yang kami fikirkan tetapi pada penghujungnya, kami tetap meneruskan protes kepada Glazer.”
Selepas pertemuan itu, protes yang dirancang di luar rumah Arnold tidak diteruskan namun protes kepada Glazer tidak akan tamat begitu saja.