Pemenang Anugerah Ballon D’or 2021 Sudah Disahkan

Pemenang anugerah Ballon D’or 2021 telah disahkan baru-baru ini dengan Lionel Messi bakal membawa pulang bola emas itu buat kali ketujuh sepanjang kariernya.

Tuan punya badan sendiri, Messi turut telah diberitahu tentang berita tersebut dan ia jelas sekali bukan berita yang mengejutkan untuk para peminat.

RTP Sports mengumumkan yang Messi akan menerima anugerah paling berprestij itu pada tahun ini di Paris pada 29 November nanti.

Bintang berusia 34 tahun itu telah ditemu bual oleh France Football selepas kejayaan beliau mengatasi seteru utamanya Cristiano Ronaldo, Erling Haaland dan Robert Lewandowski untuk memenangi anugerah paling berprestij dalam dunia bola sepak itu.

Kemenangan ini menjadikan Messi memiliki kelebihan dua bola emas berbanding Ronaldo yang sudah memenangi lima kali anugerah Ballon D’or sepanjang kariernya.

Beliau juga memiliki kelebihan empat bola emas tersebut berbanding Michel Platini, Johan Cruyff dan Marco Van Basten yang mana masing-masing pernah memenangi tiga kali anugerah Ballon D’or sepanjang karier mereka.

Kemenangan ini juga menunjukkan yang dominasi Messi dan Ronaldo dalam dunia bola sepak sepertinya masih belum berakhir dengan mereka sudah memenangi kesemua anugerah tersebut sejak 12 tahun terakhir, kecuali pada tahun 2018 dan 2020.

Pada tahun 2018 anugerah tersebut berjaya dimiliki oleh Luca Modric yang cemerlang bersama Real Madrid dan skuad kebangsaan Croatia.

Sementara pada tahun lalu pula, anugerah tersebut telah dibatalkan kerana seluruh dunia terjejas dengan wabak pandemik.

Pemain kebangsaan Argentina itu menikmati satu tahun yang cukup gemilang pada tahun ini selepas beliau akhirnya berjaya membantu negaranya untuk menjulang Piala utama.

Messi berjaya membantu Argentina untuk memenangi gelaran Coppa America, seterusnya beliau turut berjaya menyapu bersih semua anugerah individu yang dipertandingkan dalam pertandingan tersebut.

Beliau juga berjaya menjadi penjaring terbanyak dalam saingan La Liga pada musim lalu dengan menjaringkan 30 gol, walau Barca sedang bergelut dengan masalah prestasi.

Beliau melengkapkan perpindahan mengejut menyertai Paris Saint Germain pada musim panas baru-baru ini, selepas Barca tidak mampu untuk memperbaharui kontraknya.

Messi sehingga kini masih menanti untuk membuka akaun gol dalam saingan Ligue 1, namun beliau sudah berjaya menjaringkan tiga gol untuk PSG dalam saingan Champions League.

Beliau berjaya menjaringkan tiga gol dari tiga penampilan dalam saingan Champions League termasuk gol individu yang menakjubkan ketika membantu PSG menewaskan Manchester City

Beliau juga turut berjaya meledak dua gol ketika membantu skuadnya untuk mencatatkan kemenangan 3-2 menewaskan RB Leipzig.

Walau RTP Sports melaporkan yang Messi sudah disahkan sebagai pemenang anugerah Ballon D’or 2021, namun selagi pengumuman rasmi belum diumumkan, pelbagai spekulasi boleh dicetuskan.

Sebelum ini tular berita yang mendakwa senarai nama pemenang anugerah Ballon D’or 2021 sudah dibocorkan dengan Robert Lewandowski disahkan sebagai pemenang.

Pemenang Anugerah Ballon D’or 2021 dibocorkan

Pemenang Ballon d’Or 2021 telah pun diketahui apabila sekeping gambar helaian kertas dipercayai keputusan Ballon d’Or 2021 telah pun bocor di atas talian berserta 19 nama lain.

Senarai akhir 30 calon akhir Ballon d’Or 2021 telah diumumkan pada 8 Oktober 2021 dan majlis rasmi anugerah Ballon d’Or untuk kali yang ke-65 bakal diadakan pada 29 November 2021.

Lionel Messi memenangi Ballon d’Or buat kali keenam pada tahun 2019 menewaskan Virgil van Dijk dan Cristiano Ronaldo ternyata bukan pemenangan tahun ini.

Berdasarkan senarai yang telah bocor di talian itu, pemenangan Ballon d’Or 2021 adalah pemain penyerang Poland dan juga Bayern Munich, Robert Lewandowski.

Tahun lalu tiada dakwa-dakwi lagi Robert Lewandowski boleh menjadi pemenang namun Ballon d’Or pada tahun 2020 telah dibatalkan kerana penularan wabak ke seluruh dunia.

Atas dasar keadilan dan demi menjaga prestij anugerah yang memberi penghargaan kepada pemain terbaik ini dibatalkan lantaran ada liga dibatalkan dan beberapa perubahan peraturan dalam perlawanan dilakukan.

Menurut keputusan yang bocor itu Robert Lewandowski muncul pemenang mengutip 627 undian dihadapan Lionel Messi yang telah mengumpul 588 mata jumlah undian.

Penyerang Perancis dan Real Madrid, Karim Benzema ditempat ketiga dengan 526 mata diikuti pemain bola sepak paling hebat dimuka bumi ketika ini, Mohamed Salah dengan mendapat 412 undi.

Calon pilihan Thomas Tuchel yang merupakan pemenang UEFA Champions League, UEFA Super Cup dan pemenang EURO 2020, Jorge Luiz Frello Filho Cavaliere atau Jorginho berada ditempat kelima dengan 197 undi.

Pemain sensasi yang bersiu siu siu saban minggu selepas menyertai Manchester United, Cristiano Ronaldo nun jauh ditangga ke-9 juga dengan jumlah undi sebanyak 49 mata undian.

Robert Lewandowski tidak dinafikan antara penyerang terhebat yang wujud di muka bumi pada ketika ini. Pemain kebangsaan Poland itu mempunyai rekod jaringan yang sungguh menakjubkan pada musim 2020/21.

Beliau berjaya memecahkan rekod gol terbanyak semusim yang dicipta oleh Gerd Muller (40) dari 38 perlawanan dalam saingan Bundesliga.

Lewandowski berjaya menjaringkan 41 gol hanya dari 29 penampilan dalam saingan Bundesliga dan secara keseluruhannya beliau berjaya menjaringkan 48 gol dan sembilan assists dari 40 perlawanan dalam semua pertandingan.

Bintang berusia 33 tahun itu merupakan pemain terpenting Bayern Munich yang berjaya membantu skuadnya mempertahankan kejuaraan liga mereka pada musim lalu.

Pada permulaan musim ini, Lewandowski telah memulakan kempen dengan sangat cemerlang selepas berjaya menjaringkan tujuh gol hanya dari empat penampilan sahaja dalam semua pertandingan.

Beliau tidak dinafikan lagi sememangnya pemain penyerang paling berbisa dalam dunia bola sepak dan antara calon paling layak untuk dinobatkan sebagai penerima anugerah Ballon D’or tahun ini walaupun keputusan ini tidak bocor.

Ini bukanlah kali pertama keputusan Ballon d’Or bocor lebih awal berbanding tarikh sebenar anugerah. Kejadian yang sama telah terjadi pada tahun 2018 di mana Luka Modric muncul pemenang menamatkan duopoly Messi-Ronaldo selama sedekad.

Lebih menarik apabila keputusan yang terbocor ke atas talian itu sama dengan keputusan sebenar dari segi undian dan kedudukan pemain.

Keputusan Ballon D’or 2021 yang bocor

Ada yang mendakwa bahawa keputusan ini adalah palsu, manakala yang percaya pula kerana tempoh undian telah ditutup dan pemenang telah ditentukan, nak tahu betul ke tak tunggu la 29 November.

Pemenang Ballon d’Or 2021 sehingga tempat ke-20 berserta mata undian:

1. Robert Lewandowski (Bayern Munich) – 627 mata

2. Leo Messi (PSG) – 588 mata

3. Karim Benzema (Real Madrid) – 526 mata

4. Mohamed Salah (Liverpool) – 412 mata

5. Jorginho (Chelsea) – 197

6. Kylian Mbappé (PSG) – 136 mata

7. N’ Golo Kanté (Chelsea) – 97 mata

8. Erling Haaland (Dortmund) – 78 mata

9. Cristiano Ronaldo (Manchester United) – 49 mata

10. Kevin de Bruyne (Manchester City) – 41 mata

11. Gianluiggi Donnarumma (PSG)

12. Luka Modric (Real Madrid)

13. Giorgio Chiellini (Juventus)

14. Harry Kane (Tottenham)

15. Bruno Fernandes (Manchester United)

16. Ruben Dias (Manchester City)

17. Romelu Lukaku (Chelsea)

18. Pedri (Barcelona)

19. Neymar (PSG)

20. Riyad Mahrez (Manchester City)

Sumber: SPORTbible

BACA:  PSG Makan Hati Lihat Messi Turun Beraksi Bertemu Uruguay