Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019

Senarai pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 (ABK 2019) telah diketahui dengan jayanya dan para pemenang anugerah telah menimbulkan tanda tanya dan kepelikkan ini menghantui ramai sejak senarai pencalonan dikeluarkan.

Pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018(ABK 2018) yang telah berlangsung pada 05 Disember 2018 berlangsung dengan hambar serta teruknya dan persoalan mengenai calon dan pemenang juga menjadi tanda tanya.

Selepas setahun perkara sama masih berulang dan tampak semakin teruk dengan senarai calon serta pemenang, bagaimana pemain ini boleh tercalon dan menang walaupun jarang bermain?

Kenapa jurulatih itu yang menang pelbagai piala dan cemerlang langsung tidak tercalon? Kenapa pemain tersebut menang penyerang terbaik tahun lalu dan menang pemain muda harapan tahun ini?

Itulah antara persoalan yang timbul, malah ada yang mempersoalkan apakah kriteria dan mekanisme diguna pakai untuk memilih calon dan pemenang?

Setakat anugerah FAN XI tu kalau ada yang bising lantak la, nama pun pilihan peminat. Siapa suruh tak mengundi pilih pemain kau suka.

Senarai Pemenang Anugerah Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 (ABK19)

Sebanyak 27 anugerah dipertandingkan untuk Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 (ABK19) dengan 3 kategori baru diperkenalkan.

Berikut merupakan kategori-kategori ABK19:

1. Pemain Paling Bernilai

Pemenang 2018 : Safawi Rasid – Johor Darul Takzim
Pemenang 2019 : Safawi Rasid – Johor Darul Takzim

2. Pemain Muda Harapan

Pemenang 2016 : Safawi Rasid – T-Team
Pemenang 2017 : Adam Nor Azlin – Selangor
Pemenang 2018 : Safawi Rasid – Johor Darul Takzim
Pemenang 2019 : Akhyar Rashid – Johor Darul Takzim

3. Jurulatih Terbaik

Pemenang 2016 : Tan Cheng Hoe – Kedah
Pemenang 2017 : Nidzam Adzha Yusoff – Kedah (Menang walaupun tak tersenarai)
Pemenang 2018 : Mehmet Durokovic
Pemenang 2019 : Dollah Salleh – Pahang

4. Penyerang Terbaik

Pemenang 2016 : Ahmad Hazwan Bakri – Selangor
Pemenang 2017 : Shahrel Fikri Fauzi – PKNP FC
Pemenang 2018 : Akhyar Rashid – Kedah
Pemenang 2019 : Safawi Rasid – Johor Darul Takzim

5. Pemain Tengah Terbaik

Pemenang 2016 : Safiq Rahim – JDT
Pemenang 2017 : Baddrol Bakhtiar – Kedah
Pemenang 2018 : Safawi Rasid – Johor Darul Takzim
Pemenang 2019 : Mohamadou Sumareh – Pahang

6. Pertahanan Terbaik

Pemenang 2016 : Rizal Ghazali – Kedah
Pemenang 2017 : Matthew Davies – Pahang
Pemenang 2018 : Shahrul Saad – Perak
Pemenang 2019 : Shahrul Saad – Perak

7. Penjaga Gol Terbaik

Pemenang 2016 : Khairul Fahmi Che Mat – Kelantan
Pemenang 2017 : Hafizul Hakim – Perak
Pemenang 2018 : Farizal Marlias – Johor Darul Takzim
Pemenang 2019 : Farizal Marlias – Johor Darul Takzim

8. Pemain Import Terbaik

Pemenang 2018 : Rufino Segovia – Selangor
Pemenang 2019 : Diogo – Johor Darul Takzim

9. Pemain ASEAN Terbaik

Pemenang 2018 : Hariss Harun – Johor Darul Takzim
Pemenang 2019 : Hariss Harun – Johor Darul Takzim

10. Pemain Paling Popular

Pemenang 2018 : Andrew Lee Tuck – Terengganu
Pemenang 2019 : Safawi Rasid – Johor Darul Takzim

11. Fan XI

12. Pasukan Terbaik

Pemenang 2018 : Johor Darul Takzim
Pemenang 2019 : Johor Darul Takzim

13. Penyokong Terbaik

Pemenang 2018 : Johor Darul Takzim
Pemenang 2019 : Johor Darul Takzim

14. Anugerah Fair Play

Pemenang 2019 : Terengganu FC II

15. Kasut Emas

Pemenang 2018 : Rufino Segovia – Selangor
Pemenang 2019 : Fernando Rodriguez – Kedah

16. Penjaring Terbanyak (Liga Super)

Pemenang 2019 : Kpah Sherman (14 gol) – PKNS FC

17. Penjaring Tempatan Terbanyak (Liga Super)

Pemenang 2019 : Safawi Rasid (8 gol) – Johor Darul Takzim

18. Penjaring Terbanyak (Liga Premier)

Pemenang 2019 : Zarco Korac (13 gol) – UiTM FC

19. Penjaring Tempatan Terbanyak (Liga Premier)

Pemenang 2019 : Bobby Gonzales (9 gol) – Sarawak

20. Anugerah Mesra Media

Pemenang 2017 : N.Thanabalan – Negeri Sembilan
Pemenang 2018 : Yusri Che Lah – Kelantan
Pemenang 2019 : B.Sathianathan – Selangor

21. Laman Web Terbaik

Pemenang 2018 : Johor Darul Takzim
Pemenang 2019 : Johor Darul Takzim

22. Media Sosial Terbaik

Pemenang 2018 : Johor Darul Takzim
Pemenang 2019 : Johor Darul Takzim

23. Anugerah Persahabatan

Pemenang 2018 : Hafizh Syahrin – MotoGp

Pemenang 2019 : Dato’ Nicol David

Pemenang 2019 : Dato’ Lee Chong Wei

24. Anugerah Komuniti

The Ohana Project

25. Anugerah Pengadil Berpotensi (Kategori baru)

Tuan Mohd Yassin Tuan Mohd Hanafiah

26. Pemain Terbaik AFL Liga M3 (Kategori baru)

Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi – Kelantan United

27. Pasukan Terbaik AFL Liga M3 (Kategori baru)

Armed Forces FC

Baca Juga

Baca Juga