Pemerintah Indonesia Mahu Malaysia Mohon Ampun Tentang Keributan Penyokong

Kegilaan datang lagi dari negara seberang jiran serumpun apabila pemerintah Indonesia melalui Kementerian Pemuda dan Olahraga (Kemenpora) telah mengeluarkan kenyataan mahukan Malaysia memohon ampun mengenai keributan penyokong yang terjadi di perlawanan Malaysia menentang Indonesia dalam kelayakan Piala Dunia 2020/Piala 2023.

Permintaan tidak masuk akal ini yang melampaui pemikiran manusia ini hadir melalui Sekretaris/Setiausaha Kementerian Pemuda dan Olahraga (Sesmenpora), Gatot Sulistiantoro Dewa Broto seperti mana yang dipetik daripada laporan BBC Indonesia. Panjang lain macam nama dengan jawatan.

Sebagaimana yang semua tahu bahawa penyokong Indonesia yang memulakan keributan antara penyokong dengan balingan suar ke tempat duduk penyokong Malaysia, tidak cukup dengan suar botol juga dilempar.

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) juga telah mengesahkan bahawa sebanyak 44 buah kerusi di Stadium Nasional Bukit Jalil(SNBJ) rosak yang menyebabkan kerugian sebanyak RM11,000.

Gatot Sulistiantoro Dewa Broto mahu Malaysia sekurang-kurangnya meminta maaf dan memberi penjelasan mengenai insiden kekecohan penyokong yang terjadi di Stadium Nasional Bukit Jalil(SNBJ).

“Belum [ada komunikasi dari Menpora Malaysia ke Menpora Indonesia]. Ya, minimal permintaan maaf dan klarifikasi lah.”

“Kita lihat skalanya, karena waktu di GBK kan sangat massif, ibaratnya bikin kita malu. Tapi kami akan lihat eskalasinya, kalau sangat masif tidak menutup kemungkinan kami akan menyampaikan protes dan kami akan layangkan surat ke FIFA.”

Lebih bangang Pak Gatot ini mahu Malaysia memohon maaf tanpa mengetahui asal usul kejadian samada kejadian tersebut sangat besar atau biasa-biasa saja.

Sekretaris Kementerian Pemuda dan Olahraga (Sesmenpora), Gatot Sulistiantoro Dewa Broto

Kenyataan yang dikeluarkan Pak Gatot ini juga dikeluar tanpa merujuk kepada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia(PSSI) dan baru merancang untuk berjumpa PSSI.

“Tapi kalau insiden kecil-kecil, ya kita lihat. Tapi sebenarnya entah itu insiden kecil atau besar, itu harusnya dari pemerintah sana [Malaysia] setidaknya menyampaikan surat.”

“Tapi yang jelas akan kami lihat lagi, besok (Kamis 21/11) sore akan ada rapat dengan PSSI untuk persiapan Piala Dunia. Pada saat rapat itu akan kami tanyakan tentang insiden di Kuala Lumpur. Harapannya besok Sekjen PSSI bisa hadir dan kami akan tanya insiden kemarin.”

Padu juga kan? Suruh Malaysia minta maaf tanpa mengetahui apa terjadi, siapa bersalah dan siapa benar, kemudian baru nak jumpa PSSI tanya mengenai insiden itu.

Artikulasinya kurang jelas, terlalu banyak ahak ahak terus tembak!!

Perlawanan antara Malaysia dan Indonesia yang sentiasa panas lit-lit telah dicemari dengan insiden penyokong membaling suar(flare) pada separuh masa pertama dan kejadian ini sekali lagi berulang selepas tamat perlawanan.

Suar merupakan salah satu barang larangan untuk dibawa masuk ke dalam stadium. Seperti biasa, tetap berjaya diseludup masuk ke dalam stadium dengan jayanya tanpa rasa melekit.

Langkah berjaga-jaga telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa ekoran kejadian rusuhan, serangan serta provokasi penyokong Indonesia ketika Malaysia menang penuh dramatik di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Kebimbangan wujud dan tidak boleh diambil ringan kalau-kalau ada segelintir penyokong yang mungkin mahu membalas dendam diatas apa yang terjadi di dalam perlawanan yang berlangsung tempoh hari.

Tibanya hari perlawanan segala kebimbangan sebelum perlawanan berlangsung lenyap, apabila penyokong Indonesia dilayan seperti mana tetamu lain yang bertandang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Gelagat penyokong Indonesia yang bersorak dan menari di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil boleh dilihat dengan aman damai, tenang dan tanpa provokasi nyata mereka gembira dan penyokong Malaysia menikmati nyanyian mereka.

Pada separuh masa pertama, Safawi Rasid meletakkan Safawi di hadapan menerusi sepakan percuma yang cantik menewaskan penjaga gol lawan selepas Safawi dijatuhkan di luar kotak penalti.

Akibat koyak pasukan kesayangan ketinggalan, penyokong Indonesia telah mula bertindak diluar kawalan dengan membaling suar kepada penyokong Harimau Malaya.

Keadaan menjadi agak panas dengan beberapa penyokong mulai bangun dan marah dengan apa yang berlaku. Pegawai keselamatan bertindak pantas untuk mengelakkan insiden yang lebih teruk dan tak diingini berlaku.

Kejadian tidak diingini terjadi lagi selepas tamat perlawanan satu lagi kekacauan oleh penyokong Indonesia dan kejadian balingan suar ke arah penyokong Malaysia terjadi lagi.

Gol rembatan padu yang membelah jaring gol nyata mengoyakkan jiwa-jiwa yang lemah penyokong Indonesia yang sedia lemah ditambah lagi dengan aksi tangan emas Farizal Marlias menyelamatkan sepakan penalti.

Kekoyakan demi kekoyakan membuatkan mental penyokong Indonesia terburai dan bertaburan sehingga ke Bima Sakti lalu mengembalikan sifat kebinatangan dalam diri mereka.

Baca Juga

Baca Juga