Pemikiran Pantas Dan Genius Alisson Cipta Assist Untuk Gol Salah

Liverpool menikmati kemenangan yang sangat penting ke atas Manchester City dan gol kemenangan dihasilkan melalui cara yang agak gila dan jarang berlaku dalam sejarah peradaban bola sepak dunia.

Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker bukan sahaja kental memepertahankan gawang dengan aksi berkelad dunia tetapi menjadi watak penting untuk gol Mohamed Salah dihasilkan.

Tayangan semula video penyudah Mohamed Salah jelas menunjukkan bahawa James Milner, Joe Gomez, Virgil van Dijk dan Andy Robertson semuanya berpusing untuk berlari ke arah Alisson Becker namun sepakan cemerlang, gemilang dan terbilang dilakukan terus kepada Sang Raja Mesir, Salah.

Ia adalah satu pemikiran yang genius dan pantas oleh penjaga gol Allison Becker yang melakukan clearance lalu bertukar menjadi assist.

Alisson Becker dapat menghidu peluang apabila melihat Salah berada dalam situasi satu lawan satu menentang Cancelo dan lantas Cancelo diuji dengan hantaran Alisson itu.

Hantaran jauh dilakukan oleh Alisson mencari Salah dan memaksa Cancelo melangkah ke hadapan untuk membunuh bola tetapi gagal dan Salah berjaya lolos.

Kini Cancelo telah tiada dimakan Salah, hanya Ederson yang perlu ditewaskan. Situasi satu lawan satu lagi tercetus kali ini Salah hanya berdepan Ederson sahaja.

Salah menamatkan gerakan itu dengan satu jaringan penuh bergaya dan penuh bermaknan, gol liga pertamanya sejak Ogos.

Ia bukan kali pertama pemain Brazil itu terbukti penting sebagai pengumpan utama kepad penyerang untuk The Reds dan visi serta hantaran beliau sangat bagus dan jelas ketika menentang Manchester City.

Siapa tahu betapa pentingnya hantaran itu tetapi tidak dapat dinafikan bahawa ia benar-benar dinikmati oleh semua orang di dalam Anfield, pada malam yang cemerlang.

Setakat ini Alisson telah mencipta assist kepada Mohamed Salah sebnyak tiga kali dalam Liga Perdana, Assist paling banyak yang pernah penjaga gol hasilkan untuk seorang pemain dalam sejarah pertandingan.

Masih terlalu awal untuk mengatakan Liverpool sudah kembali ke landasan sebenar tetapi kemenangan ini boleh menjadi satu titik tolak buat Liverpool untuk kembali bersaing.

Liverpool 1-0 Manchester City

Perlawanan menentang mana-mana pasukan menentang Manchester City musim ini hanya berkisar kepada bagaimana untuk menyekat dan menghentikan kerakusan Erling Braut Haaland dalam menjaringkan gol.

Jaap Stam bekas pemain pertahanan Manchester United telah memberikan tips bagaimana untuk menyekat Haaland namun Setan Merah terciduk dengan jaringan 6-3.

Bertemu Liverpool juga tidak terkecuali soalan itu diutarakan terutamanya kepada Virgil Van Dijk yang merupakan pemain pertahanan terbaik dunia.

Jawapan Van Dijk bagaimana untuk menyekat Haaland adalah sama seperti mana yang dicadangkan oleh Jaap Stam dan caranya adalah mudah.

Pemain pertahanan Belanda itu telah melabelkan Haaland sebagai mimpi ngeri buat seorang pemain pertahanan dan Van Dijk menyusulkan bahawa Liverpool perlu memastikan bola tidak sampai kepada Halaand.

Perkara itu sukar untuk dilakukan Liverpool kerana permainan digarisan tinggi mereka tidak menjadi dan tidak padat seperti musim-musim sudah dan bocor sana-sini.

City hanya memenangi dua perlawanan di Anfield dalam tempoh 19 tahun, manakala Virgil van Dijk tidak pernah tewas dalam perlawanan liga di laman sendiri sejak menyertai Liverpool pada 2018.

Namun Van Dijk telah membuktikan bahawa dia berjaya melakukannya ketika membantu Liverpool menewaskan Manchester City di Anfield dan berjaya mengekalkan rekod peribadinya.

Jurgen Klopp seperti melancarkan perang saraf apabila ditanya bagaimana untuk menyekat Haaland, Klopp melalut dengan jawapan City tidak dapat disekat kerana kuasa wang dan turut memetik Newcastle United serta PSG.

Hanya satu kesilapan kecil sahaja menjadi penentu kepada pemenang perlawanan yang disajikan dengan pertarungan taktikal yang membuatkan perlawanan tampak membosankan terutamanya pada separuh masa pertama.

Kegagalan Joao Cancelo untuk menjejak sepakan jarak jauh Alisson Becker menyaksikan Mohamed Salah berjaya lolos untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Jurgen Klopp telah dilayangkan kad merah kerana pertengkaran dengan penjaga garisan mengenai kekasaran yang dilakukan ke atas Mohamed Salah tanpa sebarang pembelaan.

https://twitter.com/ESPNFC/status/1581696359794585601

Mohamed Salah hampir membuka tirai jaringan namun percubaannya tersasar di awal separuh masa kedua.

Manchester City akhirnya berjaya mendahului perlawanan pada minit ke-53 selepas bola muntah dari percubaan Erling Haaland terus dirembat masuk Phil Foden.

Pengadil terus menghentikan perlawanan ketika Manchester City meraikan gol itu dan pengadil menuju ke tepi padang untuk meneliti rakaman dari VAR.

Pep Guardiola yang sama tidak berambut seperti pengadil mula bengang dan hasil dari pemeriksaan VAR, pengadil telah membatalkan jaringan Phil Foden.

Tiada kontroversi kerana Haaland jelas kelihatan telah menarik baju Fabinho ketika gerakan kepada gol itu terhasil.

Ketika pemain City sedikit hilang fokus, Diogo Jota pula melepaskan peluang terbaik selepas gagal menyundul masuk lambungan cantik Mohamed Salah yang sekadar menerjah tepi jaringan.

Berbaki 15 minit permainan Salah telah menampilkan penyudah yang tenang untuk menjaringkang gol pertama di Premier League musim ini.

Ia adalah satu pemikiran yang genius dan pantas oleh penjaga gol Allison, tempo perlawanan yang tinggi menjadi buat Liverpool dalam perlawanan ini.

Alisson dapat menghidu peluang apabila melihat Salah berada dalam situasi satu lawan satu menentang Cancelo dan lantas Cancelo diuji.

Hantaran jauh dilakukan oleh Alisson mencari Salah dan memaksa Cancelo melangkah ke hadapan untuk membunuh bola tetapi gagal dan Salah berjaya lolos.

Kini dia tiada, hanya Ederson yang perlu ditewaskan. Dia menamatkan dengan bergaya, gol liga pertamanya sejak Ogos.

Masih terlalu awal untuk mengatakan Liverpool sudah kembali ke landasan sebenar tetapi kemenangan ini boleh menjadi satu titik tolak buat Liverpool untuk kembali bersaing.

Liverpool (4-1-2-3) Alisson; Milner, Gomez, van Dijk, Robertson; Fabinho; Elliott, Thiago; Salah, Firmino, Jota.

Pemain gantian:: Kelleher, Henderson, Jones, Tsimikas, Nunez, Carvalho, Bajcetic, Phillips, Alexander-Arnold

Manchester City (4-1-2-3) Ederson, Akanji, Dias, Ake, Cancelo; Rodri; De Bruyne, Gundogan; Bernardo, Haaland, Foden.

Pemain gantian: Ortega Moreno, Grealish, Alvarez, Gomez, Laporte, Mahrez, Palmer, Lewis, Wilson-Esbrand.

Pengadil: Anthony Taylor.

BACA:  Gaji Terbaru Mo Salah Bersama Liverpool Didedahkan