Pemilihan Anthony Taylor Sebagai Pengadil Liverpool vs Manchester United Disifatkan Sebagai Tidak Adil

Pemilihan Anthony Taylor sebagai pengadil perlawanan Manchester united menentang Liverpool mengundanng kontroversi kerana disifatkan sangat tidak adil, rungutan ini disuarakan oleh bekas pengadil Keith Hackett.

Anthony Taylor yang dilahirkan hanya sejauh 6 batu (lebih kurang 9 kilometer) dari Old Trafford di Wythenshawe dan beliau bakal mengadili perlawanan di Anfield untuk perlawanan terbesar selepas liga berhenti rehat untuk perlawanan antarabangsa.

Pengadil berusia 37 tahun itu telah mengadili 7 perlawanan liga untuk musim ini dan telah melayangkan 23 kad kuning. Untuk rekod Taylor merupakan penyokong Altrincham sebuah pasukan bukan liga (non-league side).

“Tiada siapa yang mempersoalkan integriti dan kemampuan Taylor mengendalikan perlawanan, beliau merupakan antara pengadil yang terbaik. Tetapi jika sesuatu terjadi dalam perlawanan tersebut di mana kejadian tersebut tidak menyebelahi Liverpool, sudah pasti beliau akan dipersalahkan” Dengus Hackett bekas ketua Professional Games Match Officials Ltd (PGMOL) kepada Telegraph

Ada benarnya juga kebimbangan Hackett kerana belum pun perlawanan bermula Taylor sudah dicaci di laman sosial oleh penyokong Liverpool sesudah berita ini tersebar.

Bagaimanapun bekas pengadil Liga Perdana tersohor, Graham Poll menyokong pemilihan Taylor melalui tulisannya di Daily Mail

Poll menyatakan bahawa tiada sebab untuk mempersoalkan pemilihan Taylor sebagai pengadil perlawanan tersebut.

“Anthony Taylor merupakan salah seorang pengadil yang terpilih daripada sekumpulan pengadil yang juga merupakan ahli yang boleh dipercayai serta salah seorang pengadil senior”

“Lantikan beliau sebagai pengendali perlawanan antara Liverpool dan Manchester United sepatutnya tidak mendatangkan persepsi yang buruk walaupun beliau tinggal dan berkerja di Manchester.”

“Taylor sudah mengendalikan perlawanan membabitkan Manchester United ketika mereka menewaskan Southampton 2-0 pada musim ini. Taylor telah mengadili perlawanan Manchester United 3 kali musim lepas dan Liverpool 4 kali.

“Pengadil kami sangat profesional dan mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk mengendalikan perlawanan berbanding pengadil negara lain”

“Pengadil tidak akan lari dari melakukan kesilapan, sebagaimana kehidupan kita seharian. Bagaimanapun kesilapan yang dilakukan itu tiada kena-mengena atau di sebabakan oleh di mana mereka tinggal”

Rujukan : ESPNFC

Baca Juga

Baca Juga