Pemilik kelab Almeria, Turki Al-Sheikh telah memuat satu video gurauan kasar beliau dengan pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane yang menjadi tular di Internet.
Dalam video yang dimuat naik ke laman Twitternya itu, Turki Al-Sheikh telah menanduk Zidane meniru aksi tandukan Zidane ke atas Marco Materazzi di Perlawanan Akhir Piala Dunia 2006.
Turki Al-Sheikh telah menyondol dada Zidane dengan kepalanya seperti yang dilakukan ke atas Materazzi 14 tahun lalu.
Ciapan di Twitter Turki Al-Sheikh disusuli dengan satu kapsyen yang berbunyi (kalau kau baca dengan kuat) :
“Keras bukan? Darah Arab!”
@iomatrix23 Ha sido duro,no? Sangre árabe! pic.twitter.com/KreBvndsvX
— TURKI ALALSHIKH (@Turki_alalshikh) January 5, 2020
Gurauan biawak itu nyata membuatkan Zidane tersenyum dan terhibur dengan gurauan yang mungkin agak sensitif buat Zidane.
Marco Materazzi dalang disebalik tindakan hitam dalam karier Zidane itu juga telah memberi reaksi kepada ciapan itu.
Bekas pemain pertahanan Italy itu nyata terhibur dengan video itu sehingga ketawa keluar air mata.
“?? Sihat ke bos? Harap dapat jumpa bos nanti.”
?? Ho Boss how are you ? Hope see you soon
— Marco Materazzi (@iomatrix23) January 5, 2020
Video ini nyata menjadi bualan ramai yang memberi reaksi balas.
Kisah Tandukan Zidane Ke Aras Materazzi
Siapa yang tidak kenal Zinedine Zidane? Tapi kalau adik-adik baru layan bola start zaman Abramovich, kemungkinan besar memang tak kenal siapa tuan empunya nama Zinedine Zidane atau nama kampungnya Zainudin Zaidani.
9 Julai 2015, genap 13 tahun insiden Zidane menanduk Marco Materazzi pada minit-minit akhir perlawanan akhir piala dunia 2006, yang mana perlawanan tersebut dimenangi Itali dengan penentuan sepakan penalti.
Pemain pertahana Italy, Marco Materazzi telah dikatakan mencerca Ibu Zidane dalam pergaduhan mulut mereka di padang yang ternyata membuatkan Zidane hilang akal dan rambut ketika itu. Lalu di tanduknya Materazzi.
Pada tahun 2010, Zidane telah membuka cerita kepada Guardian kenapa beliau naik berang ketika itu. Materazzi telah mencerca ibunya dan ketika itu ibunya tengah sakit dan berada di hospital.
“Banyak benda boleh jadi kat padang. Banyak kali dah benda ni jadi. Tapi mak aku sakit dan berada di hospital. Mereka tidak tahu.”
“Tapi itu masa yang sukar. Lebih dari sekali mereka maki mak aku tapi aku buat dek jer dan kemudian inilah yang terjadi.”
“Nak mintak maaf? Jangan harap. Jika pemain itu seperti Kaka aku akan mintak maap tapi bukan yang sorang ni(Materazzi).” luah Zidane.
Zidane nyata menyesal dengan tindakan yang dilakukannya itu tetapi menegaskan tidak akan meminta maaf dari Marco Materazzi dan sanggup mati dari berbuat demikian. Marah teruk Zidane dengan cacian Materazzi.
Materazzi pula terus menafikan bahawa beliau memaki ibu Zidane dan selepas 10 tahun selepas kejadian, pada 2016 Materazzi membuat pengakuan bahawa beliau tidak mencaci ibu Zidane tetapi adik perempuan Zidane.
“Apa aku cakap adalah benda bodoh tetapi Zidane tidak patut membuat reaksi (menanduk) sedemikian.”
“Kalau kat Naples atau Milan atau Paris lagi teruk makian dilakukan. Mak aku mati ketika aku berusia 15 tahun. Aku takkan maki mak orang lain. Aku maki adik perempuan dia je.” Ujar Materazzi.
Entah mana cerita yang sebenar hanya Zidane dan Materazzi saja yang tau versi sebenar.