Pemilik Chelsea Bertemu Ejen Ronaldo Bincangkan Perpindahan Mengejut

Pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly telah bertemu dengan ejen Cristiano Ronaldo dalam satu mesyuarat yang antara lainnya turut membincangkan kemungkinan Ronaldo untuk berpindah ke Chelsea.

Chelsea telah dilanda badai seminggu selepas diumumkan lembaga pengarah baharu yang telah dipilih dan Maria Granovskaia akan meninggalkan kelab itu selepas 19 tahun.

Dengan situasi kini Todd Boehly menamakan dirinya sebagai pengarah sukan sementara dan akan turun untuk perbincangan bagi membeli pemain baru.

Dan kini, Boehly akan sibuk dalam pasaran perpindahan dengan kelab Stamford Bridge itu masih belum menandatangani mana-mana pemain baru di jendela.

Proses pertukaran pemilik dan pertukaran pucuk pimpinan serta perlantikan ahli lembaga pengarah serta ketidakpastian bajet tidak membenarkan Chelsea untuk aktif lebih awal di jendela perpindahan.

Kini beberapa perkara bekaitan pengstrukturan kelab telah selesai dan Chelsea mula mengorak langkah mencari pemain.

Menurut The Athletic, Todd Boehly telah mengadakan satu pertemuan di Portugal minggu lalu dengan super ejen, Jorge Mendes, yang pelanggannya yang bernaung dibawahnya termasuklah Cristiano Ronaldo.

Adalah dipercayai bahawa situasi semasa Ronaldo di United dan idea pemain Portugis itu berpindah ke Chelsea pada musim panas ini adalah antara topik perbualan dan perbincangan ketika pertemuan antara Boehly dan Mendes.

Ronaldo yang berusia 37 tahun sedang menuju ke tahun terakhir perjanjian semasanya bersama Manchester United selepas dia membuat kepulangan sensasi ke Old Trafford pada musim panas lalu selepas meninggalkan kelab itu 13 tahun lepas.

Tidak jelas buat masa ini sama ada Chelsea akan membuat sebarang tawaran yang konkrit untuk membawa Ronaldo ke kelab itu, gergasi Jerman, Bayern Munich juga dikatakan sedang memantau situasi Ronaldo.

Dengan situasi semasa tanpa pemain baharu yang berminat untuk ke Old Trafford, Manchester United pasti tidak mahu untuk membiarkan pemain bintang mereka pergi.

Ia juga telah dilaporkan bahawa Ronaldo mempunyai pertalian yang besar dengan United dan tidak mempunyai sebarang masalah dengan pengurus baharu Erik ten Hag.

Ronaldo berkata dalam temu bual baru-baru ini:

“Saya pernah dan masih sangat gembira berada di sini.”

“Saya tahu (Ten Hag) melakukan kerja yang hebat untuk Ajax dan dia seorang jurulatih berpengalaman tetapi kami perlu memberinya masa dan perkara perlu berubah mengikut acuan dia.”

“Saya harap kita beroleh kejayaan. Saya doakan yang terbaik untuk dia. Kami gembira dan teruja. Kami percaya bahawa tahun depan kami akan memenangi trofi.”

“Saya percaya bahawa Manchester (United) akan berada di tempat yang sepatutnya. Kadang-kadang ia mengambil masa, tetapi saya masih percaya.”

Cintanya kepada kelab tidak boleh dipertikaikan tetapi Ronaldo dikatakan kecewa dengan kekurangan kemajuan dalam pasaran perpindahan oleh kelab itu. Sementara saingan Manchester City, Liverpool dan Arsenal semuanya telah menambah kualiti kepada skuad mereka, United masih belum membawa masuk sesiapa

Chelsea akan berada dalam pasaran untuk
mencari seorang penyerang untuk meneruskan sumpahan nombor 9 selepas bersetuju menghantar Romelu Lukaku kembali ke Inter Milan untuk pinjaman sepanjang musim.

Adakah Ronaldo akan mengejutkan dunia bola sepak dengan meninggalkan United untuk saingan langsung Liga Perdana di Chelsea? Hanya masa akan menentukan.

Risau Dengan Perpindahan Pemain Ronaldo Bercadang Angkat Kaki

Kemungkinan Ronaldo ke Chelsea wujud kerana Sebelum ini, Cristiano Ronaldo dilaporkan bercadang untuk meninggalkan Manchester United pada musim panas ini kerana kekurangan aktiviti perpindahan, kerana dia mahu bersaing untuk trofi pada musim yang mungkin menjadi musim terakhir dalam kariernya.

Khabar ini berdasarkan laporan Manuel Sainz dari AS, yang sering dilihat sebagai sumber yang boleh dipercayai untuk berita yang berkaitan dengan legenda Portugal itu.

Cristiano Ronaldo menyertai Manchester United buat kali kedua dalam kariernya pada penghujung Ogos musim lalu yang merupakan salah satu daripada hari perpindahan paling dramatik dalam sejarah.

Pada ketika itu banyak dilaporkan bahawa penyerang itu bersedia untuk menyertai Manchester City, pada saat terakhir The Red Devils menyailang untuk mendapatkan pemain sayap mereka suatu ketika dahulu itu dengan bayaran £12 juta.

Sir Alex Ferguson merupakan dalang kembalinya Ronaldo ke Old Trafford kerana tidak sanggup untuk melihat Ronaldo menyarung jersi Manchester City.

Cristiano Ronaldo menjadi bintang pada jendela perpindahan yang cemerlang untuk Ole Gunnar Solskjaer yang telah berjaya mendapatkan tandatangan bakat bertaraf dunia Jadon Sancho dan pemain pertahanan terbukti hebat Raphael Varane.

Kehadiran Ronaldo, Sancho dan Varane menyebabkan ramai meramalkan United bakal menjadi pencabar kesemua kejuaraan yang mereka sertai.

Apa yang berlaku seterusnya ialah penampilan sulung kedua yang menakjubkan daripada salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman, menjaringkan dua gol penting menentang Newcastle United ketika kelab itu menumpaskan Magpies dalam kemenangan 4-1.

https://twitter.com/TelemundoSports/status/1539424179841380352

Ronaldo memberi impak yang sama seperti sebelum dia meninggalkan Old Trafford, menjaringkan gol sekali lagi dalam Liga Juara-Juara dan meneruskan kepelbagaian bentuk jaringan gol.

Mempamerkan persembahan yang luar biasa seperti menentang Tottenahm Hotspur di stadium baharu mereka dengan gol indah nian dalam kemenangan 3-0.

Bermula baik penuh bergaya bukan jaminan untuk kekal sehingga ke akhir musim, setan merah merosot teruk dengan cara yang agak epik untuk Solskjaer.

Kemuncak kemerosotan adalah kekalahan 5-0 di Old Trafford kepada Liverpool sebelum tewas 2-0 kepada Manchester City dan tewas 4-1 kepada Watford di tempat lawan yang membawa kepada pemecatan Solskjaer.

Ralf Rangnick dilantik sebagai pengurus sementara dan terdapat banyak persoalan sama ada Ronaldo sesuai di bawah sistem pressing berintensiti tinggi dan .

Telahan itu seperti benar apabila Ronaldo gagal menjaringkan gol dalam beberapa perlawanan pada awalnya di bawah Rangnick, di satu tahap Anthony Elanga bermula di kesebelasan utama berbanding Ronaldo.

Tapi situasi itu tidak lama, Ronaldo bangkit semula dan merembat Arsenal dengan dua gol dalam kemenangan 3-2, sebelum kemudiannya menjaringkan hatrik menentang Tottenham Hotspur dalam satu lagi kemenangan 3-2 ke atas kelab London di Old Trafford.

Gol menentang Spurs dari Ronaldo telah diundi sebagai gol terbaik semusim Manchester United.

Tiba satu ketika di mana Ronaldo telah menjaringkan lapan daripada sembilan gol terakhir Manchester United di Liga Perdana, yang walaupun mengagumkan, persembahan agak suram daripada seluruh pasukan Manchester United.

Kehadiran Ronaldo telah menimbulkan pendapat yang pelbagai, ada yang menuduh Ronaldo merosakkan struktur pasukan yang sepatutnya bertunjangkan Bruno Fernandes.

Ronaldo merupakan salah seorang daripada 2-3 orang pemain Setan Merah yang memberikan yang terbaik disebalik kesenduan prestasi rakan sepasukan yang lain.

Namun tanpa jaringan Ronaldo, Setan Merah tidak akan melepas peringkat kumpulan Champions dan tidak akan dapat langsung merasai aksi Eropah musim hadapan walaupun untuk Liga Persidangan.

Ronaldo muncul penjaring ketiga terbanyak dibelakang Mohamed Salah dan Son Heung Min dengan 18 gol dan membuktikan dia layak untuk terus kekal.

Masa depan Cristiano Ronaldo bergantung pada bagaimana jendela perpindahan ini berlaku untuk Manchester United dan peminat tidak boleh menyalahkannya.

Kerisauan mula bermain dibenak fikiran Ronaldo dan takut Setan Merah tidak mampu bersaing dengan Liverpool dan juga Manchester City. Perit dah kena.

Menurut laporan, Cristiano Ronaldo tidak mahu menghabiskan musim terakhirnya di peringkat elit bola sepak tanpa pilihan untuk menambah lebih banyak trofi.

Dengan keadaan semasa United yang tiada perpindahan masuk, pemain No.7 itu bimbang Manchester United tidak akan dapat memberikannya peluang merasai kejuaraan.

Walaupun pada asalnya berazam untuk memenuhi baki tahun dalam kontraknya walaupun kelab itu tidak berada dalam kejohanan Liga Juara-Juara musim depan, ketibaan pemain seperti Erling Haaland di Manchester City dan Darwin Nunez, sasaran United, di Liverpool telah membimbangkan penyerang Portugal itu.

Ronaldo mahukan pengukuhan ke dalam kelab, tetapi nampaknya kelab itu tidak akan mencipta pembaharuan skuad yang difikirkannya ‘perlu’.

BACA:  Manchester City Belasah Chelsea 4-0 Tanpa Pemain Utama