Pemilik Kelab Turun Padang Halang Pemain Ambil Penalti, Lawan Mereka Mengekek Ketawa

Hari terakhir Liga Divisyen 1 Bulgaria sangat gila. Di mana pemilik kelab Tsarsko Selo nekad masuk ke dalam padang dan cuba menyelamatkan pasukan yang memang dia punya daripada penyingkiran.

Di Bulgaria, 4 pasukan di tangga terbawah liga akan bertemu dalam penentuan penyingkiran.

Dalam perlawanan tersbeut, Tsarsko Selo menentang Lokomotiv Sofia. Perlawanan ini adalah harapan terakhir untuk Tsarsko Selo menyelamatkan diri.

Stoyne Manolov buat hal

Pemilik kelab Tsarsko Selo iaitu Stoyne Manolov tidak setuju dengan pemain yang mengambil penalti. Dia merasakan ada pemain lebih bagus dalam mengambil penalti itu.

Tsarsko Selo ketika itu dihadiahkan penalti minit akhir. Kedudukan pada ketika itu adalah 1-1.

Jika bola masuk mereka akan berjaya mengelakkan penyingkiran.

Yusupha Yaffa pada hari itu tiba tiba mengambil bola dan mahu menyepak penalti itu. Yusupha memang bukan pengambil sepakan penalti utama mereka jika ada Martin Kavdanski di atas padang.

Kadanski kelihatan bertelagah mahukan penalti itu. Dia juga mahu menjadi wira yang akan dikenang peminat sebagai juruselamat.

Pengadil kemudian mengarahkan Kavdanski beredar dari kawasan titik penalti kerana dia mahu meneruskan perlawanan.

Melihat keadaan itu, Stoyne Manolov berlari masuk ke dalam padang. Dia merampas bola daripada Yaffa. Ya, semua kita suka owner yang turun padang. Tapi bukan dengan cara sebegini.

Pemain itu terpinga pinga melihat kelakuan bosnya. Manolov kemudian memaki hamun Yaffa dan memberikan amaran kepada Yaffa agar tidak mengambil penalti itu sama sekali kerana ada Kavdanski di atas padang yang dia lebih percayai.

Stoyne turut melakukan serangan fizikal termasuk menolak dan mencekik Yaffa yang tak respect langsung kepada pemain senior, itu dia kata la.

Manolov turut mengingatkan Yaffa bahawa dia adalah pemilik kelab dan dia yang akan menganggung kerugian kalau Tsarsko tersingkir ke liga 2.

Kavdanski kemudian datang kembali dan mengambil bola.  Yaffa sangat kecewa dengan situasi itu.

Kavdanski akhirnya berjaya memenangi pertarungan berebut mengambil penalti itu kerana mendapat sokongan tak berbelah bagi daripada pemilik kelab.

Yaffa dan Manolov terus bertikam lidah dan memaksa petugas keselamatan stadium meleraikan mereka.

Ketika itu, penalti diambil pada minit ke-97. Korang tahu apa berlaku lepas tu?

Kapten pasukan Kavdanski gagal menyempurnakan penalti yang diselamatkan oleh penjaga gol lawan dengan mudah.

Pemain pemain Lokomotiv Sofia dan pegawai mereka hanya tergelak melihat kelakuan kelakar kem Tsarsko.

Insiden itu terus berlarutan di luar padang. Yaffa yang dilihat berkata sesuatu kepada Stoney telah diserang sekali lagi pemilik kelab itu.

Manolov dihentam teruk oleh media di Bulgaria. Dia dianggap sebagai perosak bola sepak. Bagaimana seorang pemilik kelab boleh campur tangan tentang perkara di atas padang?

Mereka menganggap Stoney sebagai memalukan dirinya sendiri dan kelabnya.

Saksikan sendiri insiden tak masuk akal itu di sini:

Akibat merajuk dihentam oleh peminat dan media, Monolov pada hari berikutnya mengumumkan bahawa kelab Tsarsko Selo dibubar dan tak akan bertanding dalam liga profesional Bulgaria pada musim hadapan.

Dia berkata: “Dah tiba masanya untuk kelab membubarkan kewujudannya, dan tidak akan bertanding dalam bola sepak pada musim akan datang. Kami mengumumkannya terlebih dahulu sekarang untuk membolehkan Persatuan Bola Sepak Bulgaria dapat mempersiapkan diri dengan menyusun atur pasukan musim hadapan dengan tidak mengambil kira kelab kami.”

Manolov turut menyindir penyokong Tsarsko bahawa mereka adalah jenis tak reti bersyukur. Kerana menurutnya peminat seringkali mengkritiknya tanpa memikirkan kerugian dia tanggung menjadi pemilik kelab di Bulgaria.

Monolov menambah: “Kalau anda semua mahu tahu, melabur wang dalam bola sepak Bulgaria adalah cara terbaik untuk membuang duit kamu.”
sumber: Axello.net

Baca Juga

Baca Juga