Pemilik Liverpool Persoal Tindakan Coutinho & Suarez Tinggalkan Anfield Untuk Sertai Barcelona

Pemilik Liverpool, John Henry mempersoalkan tindakan Luis Suarez dan Philippe Coutinho meninggalkan kelab berkenaan pada masa lepas, sambil berkata beliau tidak faham mengapa ada pemain mahu meninggalkan Anfield untuk menyertai kelab lain.

Liverpool mengharungi kempen yang memberangsangkan musim ini dimana mereka berjaya layak ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah disamping menduduki tangga ke-4 Liga Perdana Inggeris.

Jurgen Klopp bersama pemilik Liverpool, John Henry dan isterinya. Henry tidak faham mengapa ada pemain mahu meninggalkan kelab seagung Liverpool Next Year Is Our Year

Lawan mereka dalam perlawanan akhir malam esok adalah penyandang juara, Real Madrid dan sekiranya Real Madrid berjaya ditewaskan, ia bakal menjadi kejuaraan Eropah ke-6 dalam sejarah kelab tersebut.

Melihat kepada kejayaan yang diraih anak buah Jurgen Klopp musim ini, pemilik Liverpool berkata bekas pemain mereka seperti Coutinho dan Suarez mungkin terlepas peluang untuk merangkul trofi paling berprestij di Eropah tersebut.

Coutinho menyertai Barcelona pada jendela perpindahan Januari lalu dalam perjanjian bernilai £146 juta manakala Suarez pula berpindah ke Nou Camp pada tahun 2014 dengan yuran perpindahan dianggarkan sekitar £75 juta.

Pemain antarabangsa Uruguay tersebut telah memenangi pertandingan tersebut pada tahun 2015 manakala Coutinho telah berjaya merangkul dua trofi walaupun baru sahaja beberapa bulan menyertai kelab tersebut.

Semua peminat bolasepak tahu sebab utama Coutinho dan Suarez tinggalkan Liverpool untuk sertai Barcelona. Sebabnya adalah Liverpool m****l

“Mungin kerana saya seorang warga Amerika Syarikat, tetapi saya tidak faham mengapa terdapat pemain mahu meninggalkan Liverpool.” Ujar Henry kepada The Associated Press.

“Kelab ini sangat kaya dari segi sejarah dan tradisi, disokong oleh jutaan peminat dari seluruh dunia dan sokongan dapat dilihat datang dari setiap negara di dunia ini.”

“Saya tidak mahu melihat Liverpool berada dalam situasi dimana pemain kami meninggalkan kelab untuk menyertai kelab lain, walaupun kelab luar tersebut adalah Barcelona.”

“Sangat sukar untuk saya memahami mengapa pemain mahu beraksi dalam liga yang mempunyai  persaingan yang sangat rendah. Mereka [kelab besar] mungkin bermain 30 perlawanan yang tiada makna setiap tahun sambil menunggu perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.”

Kudrat Salah amat ditagih peminat Liverpool seluruh dunia

“Coutinho dan Suarez akan menonton Liverpool beraksi dalam perlawanan akhir hujung minggu ini yang mana mereka sepatutnya bermain dalam perlawanan tersebut.”

“Mike Gordon [Presiden FSG], Michael Edwards [direktor sukan] dan semua staff yang berada dalam bahagian pengambilan pemain telah melakukan kerja yang fantastik bagi memastikan kelab ini berada dalam keadaan terbaik walaupun selepas kehilangan dua pemain terbabit [Suarez dan Coutinho].”

Final Liga Juara-Juara Eropah akan berlangsung di Kiev, Ukraine pada 27 Mei [2.45 am waktu Malaysia].

BACA:  Man Utd Anggap Liverpool Sebenarnya Terlebih Berbelanja Dalam Usaha Mereka Mendapatkan Darwin Nunez