Peminat Arsenal Dikritik Kerana Meraikan Kecederaan Pulisic

Sekumpulan peminat Gunners dari Arsenal Fan TV telah dikecam oleh peminat bola sepak seluruh dunia gara-gara mereka meraikan kecederaan yang menimpa Christian Pulisic dalam perlawanan akhir Piala FA kemarin.

Selepas berjaya membuka tirai jaringan untuk pasukan Chelsea seawal minit ke-5 perlawanan, bintang Amerika itu terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan hamstring.

Beliau bermain dengan sangat cemerlang pada babak pertama perlawanan, namun sayangnya beberapa minit masuk babak kedua Pulisic ditimpa kecederaan yang membuatkan beliau terpaksa dikeluarkan.

Sangat mendukacitakan untuk melihat seorang pemain yang sedang dalam persembahan terbaik mengalami kecederaan dan tidak dapat untuk terus beraksi.

Tidak dinafikan Pulisic kini sedang dalam fasa terbaik dan sudah mendapatkan rentak sempurna bersama skuad pimpinan Frank Lampard.

Walau awalnya beliau seperti sukar untuk membiasakan diri dengan saingan Liga Perdana, namun kini beliau dilihat antara nadi penting dalam sistem serangan the blues.

Walau bagaimanapun, ada juga kalangan pencinta bola sepak yang tidak menunjukkan semangat kesukanan yang bagus dengan meraikan kecederaan pemain lawan.

Beberapa anggota dari AFTV dilihat begitu teruja dan gembira meraikan kecederaan Pulisic dan bersorak riang ketika melihat pemain itu diusung keluar padang.

Video itu tular di media sosial dan kebanyakkan peminat telah mengecam tindakan serta aksi tidak bermoral dari kalangan anggota AFTV itu.

Dalam video tersebut, turut terdengar kata-kata dari Robbie Lyle yang menyatakan bahawa beliau tidak pernah bersorak untuk kecederaan.

Peminat turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Robbie Lyle atas ungkapan yang beliau ucapan dalam video tersebut.

Masalah kecederaan sememangnya agak mengganggu Chelsea dalam perlawanan akhir tersebut, selain Pulisic, Cesar Azpilicueta dan Pedro turut mengalami kecederaan.

Arsenal berjaya menjuarai Piala FA musim ini dengan kemenangan 2-1 hasil dari dua jaringan Piere Emerick Aubameyang.

BACA:  Ayah Pulisic Padam Status Yang Telah Mencetuskan Kontroversi