Peminat Arsenal Koyak Ditroll Gary Neville

Legenda Manchester United, Gary Neville dikenali sebagai tokoh yang seringkali dianggap anti Arsenal oleh penyokong The Gunners.

Ini selepas beberapa siri ulasannya dianggap bias dan berat sebelah. Walaupun musim ini Neville meramalkan Arsenal bakal menjadi juara EPL, namun peminat Arsenal tidak termakan dengan ramalan tersebut yang dianggap cuma kata kata manis.

Dan terbaru, Gary Neville serta merta troll Arsenal selepas satu lagi pengadilan kontroversi mirip kepada insiden gol Anthony Gordon ketika aksi Arsenal menentang Newcastle dahulu.

Di mana Jarrod Bowen menolak bola masuk dari kedudukan di mana bola kelihatan sudah terkeluar daripada kawasan permainan.

Tomas Soucek tidak melepaskan peluang dari jarak dekat untuk menyumbat masuk bola itu. VAR bagaimanapun digunakan untuk menyemak sama ada bola Bowen itu sudah terkeluar atau tak.

Selepas beberapa minit semakan dibuat, akhirnya gol diberikan. Alasan yang diberikan VAR mirip kepada alasan ketika gol Newcastle dahulu. Di mana VAR tidak cukup jelas sama ada bola itu sudah terkeluar ataupun tidak.

Pada ketika itu, selepas aksi lawan Newcastle, Arteta mengamuk pada sidang media dengan menyatakan dia merasa jijik dan memalukan dengan keputusan VAR yang mencemarkan liga terbaik di dunia.

Kini beberapa minit selepas insiden itu, Gary Neville menyimbah petrol pada api api kemarahan peminat Arsenal.

Dia tweet semula satu video dia membuat analisis tentang situasi perspektif sudut pandangan bola di atas garisan. Ianya ulasan tentang gol Newcastle dahulu. Neville meletakkan emoji gelak banyak banyak pada hantaran itu.

Tindakan itu membuatkan beberapa peminat Arsenal triggered dan koyak. Lalu mereka mengejek Neville sebagai pemain bek kanan paling teruk pernah bermain dalam EPL.

Neville selamber membalas: β€œSetuju, tetapi seorang yang hebat dalam goal line technology,” katanya merujuk kepada analisisnya dahulu yang menarik perhatian ramai pihak.

Seterusnya ada yang menganggap Gary Neville tidak layak mengulas perlawanan melibatkan Arsenal lagi. Ditambah dengan seorang lagi peminat mengejek pencapaian memalukan Neville ketika di Valencia.

Neville turut memuat gambarnya berdiri di atas garisan padang sambil meletakkan emoji sedang meneliti dengan sebaiknya.

Arsenal terus dirundung malang apabila bekas pemain mereka sendiri, Mavropanos menjaringkan gol kedua dalam perlawanan itu yang membuatkan mereka kalah 2-0.

Namun Neville sempat memuji barisan serangan Arsenal yang menurutnya bermain lebih ke dalam berbanding sebelum ini. Ianya dianggap sebagai salah satu perkara sangat positif dilakukan Arsenal dalam perlawanan ini.

Walaubagaimanapun peminat Arsenal kurang berminat dengan analisis Neville.

Baca Juga

Baca Juga