Peminat Arsenal Mahu Pemain Tengah Tak Guna Berambus Selepas Tewas Kepada City

Peminat Arsenal bengang dan emosi dan mahu pemain tengah tak guna, Albert Sambi Lokonga berambus dari kelab mereka selepas tewas kepada Manchester City sekaligus tersingkir dari saingan Piala FA musim ini.

Jaringan tunggal dari Nathan Ake dengan satu tendangan leret melalui kaki terlemahnya, kaki kanan sudah cukup untuk membawa Manchester City ke pusingan kelima Piala FA.

Ini merupakan pertemuan pertama Arsenal dan Manchester City musim ini dan akan ada lagi dua pertemuan antara mereka di Premier League dalam baki perlawanan yang mendatang.

Mikel Arteta mengambil keputusan yang drastik dengan 6 pertukaran berbanding skuad menewaskan Manchester United untuk merehatkan beberapa pemaian termasuk kapten mereka, Martin Odegaard dan memulakan Thomas partey sebagai nadi tengah pasukan.

Leandro Trossard turut bermula dari kesebelasan utama dan pada separuh masa kedua ketika permainan masih terikat tanpa jaringan, Mikel Arteta memasukkan Albert Sambi Lokonga dan William Saliba menggantikan Rob Holding dan Thomas Partey.

Selepas ketinggalan kepada jaringan Nathan Ake barulah Arteta memasukkan Gabriel Martinelli dan Oleksandr Zincheko, Martin Odegaard kemudian menyusul masuk kemudian.

Penampilan ke-15 Albert Sambi Lokonga musim ini pasti mahu dilupakannya dan juga peminat Arsenal apabila gagal menawarkan aksi seperti Thomas Partey membolehkan City mengawal permainan.

Gol dari Nathan Ake telah diletakkan tanggungjawab kepada Albert Sambi Lokonga yang membuka ruang di mana sepatutnya dia yang bertanggungjawab menutup ruang tersebut.

Albert Sambi Lokonga bergelut untuk berada dalam kedudukan (positioning) yang tepat dan betul selepas masuk ke padang dan perkara ini telah menjadi isu sepanjang perlawanan. Positioning Albert Sambi Lokonga memang ke laut dalam.

Kapten Arsenal, Martin Odegaard yang menggantikan Bukayo Saka pada separuh masa kedua, memberi isyarat kepada Lokonga ketika dia mengosongkan ruang di tengah padang.

Entah apa yang difikirkan oleh Albert Sambi Lokonga yang terus ke laut membuatkan Martin Odegaard naik hantu dan telah melakukan kekasaran ketika cuba merampas bola dari Ilkay Gundogan.

Selepas tamat perlawanan, Albert Sambi Lokonga terus meluru masuk ke bilik persalinan ketika rakan yang lain masih di padang. Menangis la kot kena marah dengan kapten.

Peminat Arsenal juga bengang dan menyatakan bahawa Albert Sambi Lokonga telah menjatuhkan kualiti pasukan Arsenal ketika ini serta patut dijual serta merta, tak perlu dipinjamkan ke mana-mana kelab lain.

Kelab Ligue 1 Perancis, Monaco sebelum ini telah menyatakan minit untuk meminjam Albert Sambi Lokonga sehingga tamat musim namun telah ditolak Mikel Arteta.

Roy Keane telah mengkritik keputusan Mikel Arteta untuk menggilirkan pemain sebelum perlawanan ini di mana mereka tiada perlawanan di pertengahan minggu.

“Kami fikir dia akan membuat satu atau dua, tetapi itu adalah satu perjudian untuk membuat begitu banyak perubahan di bahagian belakang, terutamanya dengan pemain penyerang yang dimiliki Man City.”

“Keutamaan untuk Arsenal – kerana mereka mempunyai permulaan yang begitu hebat – sudah tentu liga. Tetapi saya hanya berfikir untuk membuat begitu banyak perubahan pertahanan, orang ramai bercakap mengenai keutamaan, tetapi masih Januari. Mereka tidak mempunyai pertengahan minggu permainan akan datang.”

“Risiko besar dan saya pasti ia akan menjadi bumerang kepadanya.”

Dan risiko yang dicakapkan oleh Roy Keane kini telah pun diterima oleh Mikel Arteta dan keputusan memasukkan Albert Sambi Lokonga seperti memakan diri pasukan dan pemain itu sendiri yang kini dikecam hebat.

Baca Juga

Baca Juga