Peminat Arsenal menyatakan bahawa mereka sangat menyampah dengan Kai Havertz dan meminta pemain itu segera dijual.
Sebelum ini peminat Arsenal seringkali menyanjung Havertz sebagai satu keuntungan ketika mereka menandatanganinya dari Chelsea. Sehingga buat lagu sindir Chelsea yang menganggap Arsenal dah kena scam beli pemain itu mahal mahal dan bagi dia gaji sangat tinggi di kelab itu.
Arsenal tersingkir awal daripada Piala FA 2024/25. Nama Kai Havertz menjadi sasaran peminat. Walaupun dia sempat memenangi penalti untuk Arsenal.
Harry Maguire bengang dan naik hantu buat pertama kalinya. Melihat Havertz yang dituduhnya diving untuk memenangi penalti. Dia menunjukkan ke arah Havetz melabel pemain itu penipu.
Maguire calling Havertz a cheating s**thouse 🤣👊🏴 pic.twitter.com/4y6BNRdJ2r
— Football Fights (@footbalIfights) January 12, 2025
Namun Arsenal kemudian gagal dalam penalti tersebut. Ini apabila penalti Odegaard dengan mudah diselamatkan Bayindir.
Martinez dan Ugarte segera pergi ke arah Havertz dan merempuh pemain itu sebaik sahaja penalti itu tak masuk.
Watch Martinez and Ugarte bump Havertz after the penalty save, I love these South Americans man😭
pic.twitter.com/HNfAkheXvt— AB⚕ (@AbsoluteBruno) January 12, 2025
Ketika kedudukan terikat 1-1, Kai Havertz memiliki beberapa peluang gol. Ini termasuk peluang depan mata, dia pula menjolok bola itu tinggi melepasi palang.
Peminat Chelsea menyindir balik peminat Arsenal yang selalu menyindir mereka dengan berkata: ‘Terima Kasih Untuk Kai Havertz’.
“Thanks for Kai Havertz” pic.twitter.com/oytoEUw59j
— Muk (@CFC_Muk) January 12, 2025
Tak cukup menyakiti peminat Arsenal dengan aksi lembiknya sepanjang 120 minit, Havertz kemudian gagal menyempurnakan penalti pada penentuan penalti. Satu satunya pemain yang gagal dalam penalti ketika peraduan tersebut.
Haha hold that Havertz🤣🤣 pic.twitter.com/YkJvQQrJs2
— 𝐉𝐢𝐧𝐧☆ (@JinnCFC0) January 12, 2025
Dan akhirnya Arsenal pun tersingkir selepas itu. Pakar Piala FA itu jelas sekali membuatkan kejohanan ini akan sunyi selepas ini.
Salah seorang peminat Arsenal bernama Septimus Prime berkata: “Kai Havertz, kau berambus la dari kelab aku, tolong.
“Dibeli dengan harga £65 juta, tak ada kelab pun nakkan dia ni. Dia bermula dengan sangat teruk, namun peminat tetap sabar dan terus menyokongnya. Dia tak ada membalas langsung kepada peminat, kepada mereka yang mempertahankan dia ni, patut malu dengan diri mereka sendir.”
Kai Havertz, get out of my club 🙏🏽
Signed for 65 Million, nobody wanted him. He started off poorly but the fans were patient with him and kept on supporting. He has given NOTHING back to the fans, those that have defended him should be ashamed of their selves. pic.twitter.com/3xSyKXOt1K
— Septimus Prime🇸🇱 (@septimusajprime) January 12, 2025
Seorang lagi peminat benar benar sudah tak mahu melihat Havertz bermain untuk Arsenal lagi walaupun dia mencetak gol selepas ini.
“Tak kisah la gol apa yang dia akan jaringkan, tak kisah berapa banyak gol yang dia akan jaringkan. Havertz tak cukup bagus untuk bermain untuk kelab ini. Tendang dia keluar, dia tak cukup bagus, dan tak akan pernah,” tegas 2j.
#arsenal Don’t care what goals he scores, never mind how many he scores, Havertz isn’t good enough to play for this football club, get him out, never good enough, never will be. #HAVERTZOUT
— 2j (@un1vertz) January 12, 2025
Arsenal gagal dalam misi mereka dalam piala FA kali ini. Berdepan dengan Man United di tempat sendiri. Dan United juga dikurangkan kepada 10 pemain selepas Diogo Dalot dibuang padang pada separuh masa kedua.
Jika sebelum ini Arteta datang dengan alasan pelik menyalahkan bola punca mereka kalah dalam first leg Piala Carabao. Tak pasti kali ini dia nak cakap apa pula.
Arsenal kini akan fokus kepada perebutan piala lain seperti EPL dan UCL yang menjadi sasaran utama Arteta.