Peminat Arsenal Mulai Pasang Angan Angan Treble EPL, UEL Dan Piala Domestik

Prestasi semasa Arsenal di EPL sudah tentunya membuatkan peminat mereka mulai yakin bahawa musim ini Arsenal akan menamatkan musim dengan piala.

Pengurus Brentford, Thomas Frank mengisytiharkan Arsenal adalah pencabar kejuaraan liga yang sebenar selepas menyaksikan pasukannya Brentford ditewaskan secara menyeluruh oleh pendahulu Liga Perdana Inggeris itu sebelum rehat antarabangsa.

Thomas Frank percaya mereka boleh menamatkan penantian 19 tahun untuk mahkota kejuaraan EPL.

“Mereka berada di puncak carta liga jadi anda tidak boleh berdebat dengan fakta itu, mereka telah melakukannya dengan cemerlang,” katanya.

“Melihat kepada kualiti, mereka mesti menjadi pencabar gelaran liga musim ini. Daripada apa yang saya lihat dalam tujuh perlawanan, saya fikir mereka sangat bagus: mereka telah menang secara adil dan saksama dalam enam perlawanan.”

“[Gabriel] Jesus, wow, sungguh hebat pemain ini … ia bukan [Manchester] City tetapi kadang-kadang ia ngam dalam persekitaran yang berbeza.”

“[Bukayo] Saka dan [Martin] Odegaard setahun lebih tua: Odegaard, benar benar pemain hebat. Saliba, dia akan menjadi pemain antarabangsa penuh untuk Perancis, saya pasti. Dia akan bermain untuk pasukan itu dan itu adalah pasukan antarabangsa yang kuat.”

Mikel Arteta, yang pasukannya berdepan Tottenham dan Liverpool di Emirates selepas rehat antarabangsa, dianggap akan menjadi ujian getir buat mereka.

Namun prestasi semasa Arsenal ketika ini membuatkan Liverpool dan Spurs yang pada hakikatnya gerun dengan mereka.

Peminat Arsenal mulai bermimpi treble

Peminat Arsenal menyatakan bahawa mereka sudah mulai mengimpikan kejuaraan treble pada akhir musim ini.

Dengan UCL, UEL dan satu piala domestik. Seorang membalas: “Aku dan kamu sama sama mengimpikannya.”

Jeffa Benson Samuel menyatakan bahawa dia turut memiliki mimpi atau impian yang sama. Menjadi juara EPL musim 2022/23.

Mimpi yang sempurna, dan ingat bahawa mimpi itu boleh menjadi kenyataan, kata seorang lagi.

Adakah Arsenal akan benar benar menamatkan musim ini dengan treble? Apa yang pasti, kepulangan semula ke UCL selepas kali terakhir beraksi di sana pada 2017 sudah semakin dekat.

Arsenal antara pasukan yang membariskan ramai pemain muda dan bertenaga. Mereka musim ini menunjukkan kepada peminat bahawa, kepercayaan kepada proses selama ini semakin terbalas.

BACA:  Premier League 2020/21: Fulham 0-3 Arsenal