Peminat Bakal Menyaksikan Ronaldo Dan Messi Beraksi Bersama Dalam Satu Pasukan

Carlos Tevez berharap dapat melaksanakan rancangan nekad beliau mahu menggandingkan Messi dan Cristiano Ronaldo dalam satu pasukan yang sama dalam perlawanan gabungan bintang.

Penyerang Argentina yang berusia 36 tahun itu pernah beraksi sepasukan dengan Cristiano Ronaldo selama dua tahun di Manchester United.

Tevez yang kini baru sahaja menandatangani kontrak lanjutan selama enam bulan bersama Boca Juniors juga pernah beraksi bersama Lionel Messi untuk pasukan kebangsaan Argentina.

Bekas pemain Manchester City dan United itu berpeluang untuk mengumpulkan beberapa legenda yang pernah beraksi bersamanya dari beberapa pasukan sebelum ini untuk perlawanan tersebut.

Walau bagaimanapun, Tevez mendedahkan bahawa beliau mahu memanggil Ronaldo dan Messi untuk bersama beraksi dengannya dalam satu pasukan untuk perlawanan tersebut.

Penyerang Boca Juniors itu menjelaskan kepada siaran Radio Argentina, La Red:

“Sekiranya saya berpeluang untuk mengumpulkan sebuah pasukan, saya akan pastikan pemain-pemain seperti Gianluigi Buffon, Hugo Ibarra, Rio Ferdinand, Gabriel Heinze, Patrice Evra, Andrea Pirlo, Paul Scholes, Paul Pogba, Cristiano Ronaldo, Leo Messi dan Wayne Rooney.”

Tevez turut menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang rancangan untuk bersara dari dunia bola sepak dalam masa terdekat ini dan beliau turut menyatakan:

“Saya tidak berfikir untuk bersara dalam waktu terdekat ini dan saya akan ikut saja apa saja jalan yang ada untuk kerjaya saya.”

Bekas pemain Juventus itu turut menjelaskan:

“Saya memang akan ikut apa saja jalan yang sudah diatur untuk saya kerana saya tidak mahu menjadi hamba kepada kata-kata saya sendiri.”

“Sudah tentu, di Argentina hanya Boca sahaja pilihan saya. Tetapi saya juga berminat untuk kembali ke West Ham, beraksi selama separuh musim begitu.”

“Atau saya mungkin akan menghabiskan masa enam bulan bersama Corinthians. Saya masih belum memutuskan apa-apa kerana saya memang tidak mahu termakan dengan kata-kata sendiri.”

Cristiano Ronaldo yang kini sudah berusia 35 tahun sebelum ini sering memuji kebolehan dan skillnya serta sekeras-kerasnya menolak dakwaan bahawa mereka berdua mempunyai masalah di luar padang.

Sementara, Lionel Messi sendiri turut mengakui bahawa beliau sangat merindui Cristiano Ronaldo di La Liga selepas bintang Portugal itu meninggalkan Real Madrid pada tahun 2018.

BACA:  TERGEMPAR: Ronaldo Rayu Manchester United Lepaskannya Sebab Tak Sanggup Main UEL