Peminat Bengang Man City Menang Kerana De Bruyne Menipu Diving Untuk Penalti

Kevin De Bruyne telah dituduh diving atau terjun dalam kotak penalti untuk memenangi penalti kemenangan pada masa kecederaan untuk Manchester City.

Pemain legenda Manchester City berusia 31 tahun itu terjatuh di dalam kotak selepas sentuhan minima dari bek kiri Fulham, Antonee Robinson.

Pemain pertahanan itu seolah-olah menyentuh tumit De Bruyne, yang turun dengan keadaan histeria dengan tangannya menerpa ke arah pengadil meminta penalti.

Penalti itu akhirnya diberikan kepada City.

Penjaring terbanyak Liga Perdana, Erling Haaland melepaskan sepakan penalti melepasi Bernd Leno untuk gol kemenangan.

Haaland kembali semula selepas berehat kerana kurang cergas. Dalam perlawanan ini Haaland turut diturunkan sebagai pemain gantian.

Namun kepulangannya terus memberikan 3 mata buat Man City.

Dia hanya berada di atas padang selama 25 minit sebelum itu, tetapi gol itu adalah gol liga ke-18 Haaland musim ini, meletakkannya 8 gol di hadapan pencabar terdekat Harry Kane.

Perlawanan bermula dengan baik untuk City, yang menjaringkan gol lebih awal menerusi gol oleh Julian Alvarez.

10 minit kemudian, bola hantaran panjang dimenangi di udara oleh Fulham, yang disambut Harry Wilson sebelum Joao Cancelo merempuhnya di dalam kotak sebagai pemain terakhir, dan dibuang padang.

Bekas pemain tengah Manchester United, Andreas Pereira menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan untuk Fulham.

Pasukan Manchester City dibiarkan bermain dalam baki 65 minit dengan 10 pemain.

Erling Haaland masuk dengan masa berbaki 25 minit, dan gol pertamanya dibatalkan kerana ofsaid sejurus selepas masuk. Dia akhirnya memberikan perbezaan pada lewat perlawanan dengan gol kemenangan.

Penalti kemenangan minit ke-95 sudah cukup untuk melihat City menewaskan Fulham dan untuk mereka kembali mendapatkan semula tempat teratas mengatasi Arsenal.

Namun keputusan pengadil memberikan penalti itu telah membuatkan segelintir peminat bola sepak marah, kerana ramai yang telah menyuarakan pendapat mereka di media sosial:

Maverick UTD berkata: “Nampaknya penalti untuk De Bruyne, dan untuk Sancho pulak tak penalti [merujuk kepada Sancho dikasari sebelum ini namun tiada penalti].”

“Premier League sedang menghancurkan liga ini tahun demi tahun.”

Seorang lagi peminat bola sepak menyindir ulasan daripada Sky Sport yang melabel De Bruyne sebagai bijak dan licik.

Dia meminta pandangan, jika Salah melakukan perkara seperti De Bruyne, ceritanya mungkin berbeza.

Caleb berkata: “Bila Saka dibentes dalam kotak penalti, ianya digelar simulasi. Sebaliknya bila De Bruyne disentuh di dalam kotak penalti iainya ‘jelas penalti’, agenda sudah terang sekali,” kata beliau yang menuduh ada agenda mahu melihat Man City menjuarai EPL berbanding Arsenal.

Nickpedia menulis: “Jadi, Man City dan De Bruyne harus terjun dalam kotak penalti untuk menang menentang Fulham.”

“Itu adalah penalti paling lembut dan hilang hormat untuk De Bruyne kerana diving macam ni.”

Walaupun memenangi penalti dengan kontroversi, namun itu tidak menafikan hakikat bahawa De Bruyne bermain sangat cemerlang dalam perlawanan ini.

De Bruyne terus menunjukkan kekuasaannya di tengah padang. Memiliki stamina yang luar biasa. Bermain demi lencana di dada.

Bukan mudah bermain dengan 10 pemain. Namun apabila ada pemain yang tak kenal lelah seperti De Bruyne di atas padang, maka segalanya menjadi tidak begitu sukar.

De Bruyne sempat melakukan 5 hantaran kunci dan juga mencipta 1 peluang keemasan sepanjang aksi.

Dia juga berjaya memenagi 1 penalti yang sangat penting untuk memastikan Man City kembali ke puncak liga. Walaupun Arsenal berpeluang memintas mereka jika menang ke atas Chelsea pada hari ini.

BACA:  Manchester City Meletakkan Tanda Harga Tak Masuk Akal Untuk Lepaskan Sterling