Peminat Bengang Richarlison Tidak Dihukum Selepas Melempar Flare Ke Arah Penyokong

Richarlison mencetuskan sensasi internet pada hari ini selepas beliau dilihat melempar flare ke arah penyokong yang ada di Goodison Park ketika aksi bertemu Chelsea malam semalam.

Apa yang mengejutkan para peminat adalah beliau terselamat dari dikenakan sebarang hukuman selepas melempar flare itu ke arah para penyokong.

Bintang kebangsaan Brazil itu berjaya menjadi satu-satunya pemain yang menjaringkan gol ketika aksi kemenangan 1-0 Everton menewaskan Chelsea.

Gol itu berjaya dihasilkan ketika perlawanan baru sahaja masuk minit yang pertama pada aksi babak kedua permainan.

Richarlison dilihat merampas bola dari kaki ketua pasukan Chelsea, Cesar Azpilicueta dengan beliau bermain hantaran pendek bersama Demarai Gray sebelum beliau melepaskan rembatan padu untuk menewaskan Edouard Mendy.

Boleh dikatakan kesemua penyokong Everton yang ada di stadium bersorak riang meraikan gol tersebut dan ada antara mereka yang melempar flare masuk ke padang.

Richarlison yang sedang meraikan golnya itu jelas sekali perasan flare-flare berterbangan dan ada yang sampai masuk ke padang.

Beliau kemudiannya memutuskan untuk mengambil salah satu flare yang ada di atas padang lalu beliau kemudiannya menyalakan flare tersebut.

Richarlison kemudiannya meraikan gol tersebut menggunakan flare yang beliau nyalakan itu namun selepas selesai meraikan gol itu, beliau dilihat telah mencampakkan flare tersebut ke arah penyokong.

Ia jelas sekali satu tindakan yang akan memberi kegembiraan kepada para penyokong terutama memikirkan keseronokkan para penyokong yang sedang sangat berharap Everton bakal mengutip tiga mata penuh.

Hanya kemenangan sahaja yang boleh menyelamatkan Everton dari terus berada di zon penyingkiran dan mengelak dari tersingkir.

Walau bagaimanapun, ada segelintir penyokong yang percaya Richarlison sepatutnya dikenakan kad kuning kerana tindakan beliau menyalakan dan mencampakkan flare itu ke arah penyokong.

Para peminat bahkan turut mengungkit insiden berkait Harvey Elliott yang meraikan kejayaan Liverpool menewaskan Chelsea dalam aksi perlawanan akhir saingan Carabao Cup sebelum ini.

Pemain muda Liverpool itu telah dihubungi oleh FA selepas keraian tersebut kerana beliau memegang flare dan beliau kemudiannya turut disiasat atas hal tersebut.

Para penyokong berfikir yang hal itu langsung tak adil kerana Richarlison boleh terselamat sedangkan kesalahan yang beliau lakukan dengan Elliott merupakan kesalahan yang sama.

“Adakah Richarlison baru saja menyalakan flare itu? Lepas tu dia lempar pada penyokong? Apa yang berlaku ni? Dia tak dihukum?”

“Boleh kah sesiapa beritahu saya mengapa Richarlison melempar flare ke arah penyokong? Dan adakah itu sepatutnya kad merah?”

“Adakah Richarlison baru sahaja mengutip flare dan mencampakkan ia ke arah penyokong? Benda ni berlaku secara langsung, dengan adanya pengadil dan VAR, tak ada apa-apa tindakan?”

“Mari kita lihat sama ada si dungu itu semua akan hubungi Richarlison sama seperti apa yang mereka lakukan kepada Harvey Elliott dahulu atau tidak.”

“Saya masih tak faham kenapa mesti dia ambil flare itu dan campak ke arah penyokong? Lagi pelik kenapa tak ada tindakan ke atas tindakan dia tu?”

Segala objek berbentuk pyrotechnics telah diharamkan terus dari di bawa masuk ke stadium bola sepak di England dan jelas sekali para penyokong tak dibenarkan membawa ia masuk.

Skuad kendalian Frank Lampard itu akhirnya berjaya juga mengesahkan tiga mata penuh dan membawa mereka untuk merapatkan jurang mata dengan Burnley dan Leeds United yang berada di atas mereka.

Chelsea memiliki beberapa kesempatan untuk menyamakan kedudukan hingga memaksa Jordan Pickford untuk melakukan aksi penyelamatan berkelas dunia demi memastikan gawang golnya tidak dibolosi.

Percubaan Mason Mount sekadar terkena palang dengan bola kembali ke arah Azpilicueta yang kemudiannya sekadar melepaskan rembatan ke arah Pickford.

Penjaga gol kebangsaan England itu terlibat dengan satu insiden yang mana beliau telah melakukan aksi penyelamatan yang sangat-sangat dasyat di atas garisan gawang gol.

Beliau turut berjaya menyelamatkan percubaan merbahaya dari Antonio Rudiger dan jelas sekali beliau berada di tahap persembahan terbaiknya dalam perlawanan ini.

Norwich City sepertinya sudah sah akan tersingkir ke saingan Championship dan Watford juga bakal mengikuti jejak langkah mereka untuk tersingkir dari saingan Premier League.

Satu lagi pasukan yang akan tersingkir adalah antara Everton, Burnley atau pun Leeds United.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Berang Dituduh Atur Perlawanan, Conte Gelar Mourinho Sebagai Talam Dua Muka