Peminat Bimbang Melihat Farizal Marlias Tidak Sedarkan Diri Ketika Beraksi Bertemu Terengganu

Para peminat bola sepak tempatan sempat cemas selepas melihat Farizal Marlias tidak sedarkan diri ketika sedang beraksi bertemu Terengganu FC malam semalam.

Penjaga gol utama Johor Darul Ta’zim itu tidak sedarkan diri selepas terlibat dengan insiden pelanggaran dengan rakan sepasukannya, Shane Lowry.

Insiden ngeri itu telah berlaku pada minit ke-61 permainan yang mana JDT pada ketika itu sedang mendahului Terengganu FC dengan keputusan 2-1.

Insiden tersebut jelas sekali berlaku secara tidak disengajakan kerana niat kedua-dua pemain ketika itu hanyalah untuk menggagalkan build up serangan dari kem Terengganu.

Kedua-dua mereka ketika itu dilihat sedang dalam usaha mereka untuk menghalang bola hantaran silang yang dihantar oleh Syafik Ismail.

Sebaik berlakunya pelanggaran itu, Shane Lowry segera memanggil petugas keselamatan untuk masuk dan memeriksa keadaan Farizal Marlias.

Melihat reaksi Shane Lowry yang begitu cemas, ia jelas sekali membuatkan kebanyakan peminat turut merasa bimbang dengan keadaan Farizal.

Pengadil turut memberhentikan perlawanan untuk membenarkan petugas kesihatan memberi rawatan kepada Farizal sebelum beliau kemudiannya terus dikejarkan ke hospital.

Peminat yang menonton perlawanan tersebut jelas sekali cemas dan risau melihat insiden seperti itu dan pasa masa sama turut berharap tiada yang parah berlaku kepada penjaga gol berusia 35 tahun itu.

Kecederaan kerana pelanggaran di bahagian kepala sememangnya boleh menghadirkan kecederaan teruk dan kerana itulah para peminat bimbang dan cemas melihat situasi itu.

Menurut laporan terkini dari pihak kelab, Farizal pada ketika ini sudah berada dalam keadaan stabil namun beliau akan terus berada di bawah pemantauan sebelum dibenarkan untuk kembali sertai skuad utama JDT.

Mendengar khabar tentang keadaan beliau kini semakin stabil jelas sekali akan beri kelegaan kepada ramai peminat yang bimbang dengan keadaannya sebelum ini.

Semoga sahaja penjaga gol utama negara itu akan kembali pulih sepenuhnya dan semoga sahaja beliau akan mampu kekalkan tahap persembahan terbaiknya selepas pulih dari kecederaan nanti.

Johor Darul Ta’zim 2-1 Terengganu FC

JDT jelas sekali dianggap sebagai pasukan kegemaran untuk menjuarai saingan Liga Super musim ini dan mereka kini serang berada di landasan terbaik untuk merealisasikan hal tersebut.

Mereka berjaya menewaskan Terengganu FC 2-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim malam semalam.

Bergson Da Silva menjadi nadi penting sebalik kejayaan JDT menewaskan Terengganu selepas beliau cemerlang meledak kedua-dua gol dalam perlawanan tersebut m

Kpah Sherman pula cemerlang menjaringkan gol untuk Terengganu FC namun gol jaringan beliau itu tak cukup untuk menundukkan JDT.

Pasukan tuan rumah dilihat mendominasi permainan sejak dari awal sepak mula lagi dengan mereka berjaya melancarkan beberapa siri serangan ke kubu lawan.

Bergson tidak memerlukan masa yang lama untuk menggembirakan kem JDT selepas beliau meledak gol pertama seawal minit ke-6 dalam perlawanan tersebut.

Corbin Ong menghantar bola cantik mencari Bergson yang kemudiannya dengan mudah menewaskan penjaga gol lawan untuk skuad Harimau Selatan itu mendahului permainan.

Ketinggalan satu gol di belakang, Terengganu kemudiannya cuba bangkit dengan mereka cemerlang melancarkan beberapa siri serangan menguji kem JDT.

Kpah Sherman kemudiannya berjaya memadam gol pendahuluan yang dijaringkan oleh Bergson untuk mengikat JDT 1-1.

Bergson kemudiannya cemerlang meledak gol kedua peribadinya seterusnya mengesahkan kemenangan 2-1 JDT menewaskan Terengganu.

Kemenangan tersebut merupakan kemenangan keempat JDT dari empat perlawanan seterusnya membantu mereka untuk selesa mendahului carta saingan liga.

BACA:  Farizal Marlias Lega Mimpi Ngeri Penggantungan AFC Sudah Berakhir