Peminat Bola Sepak Terpegun Dengan Aksi Cemerlang De Gea Menangkis Serangan Tottenham

Tepat pukul 12.30 tengah malam tadi, berlangsungnya perlawanan di antara Tottenham Hotspurs menentang pasukan yang menghuni tangga ke-6, Manchester United.

Red Devils turun di stadium Wembley selaku pelawat dianggap pasukan bukan pilihan walaupun berjaya mencatatkan 5 kemenangan berturut-turut sebelum ini di bawah kendalian pengurus berwajah iras Justin Bieber, Ole Gunnar Solskjaer.

De Gea dirasuk semangat ‘Lelaki Labah-Labah’ selepas menonton filem Spiderman Homecoming di TGV Sunway Pyramid minggu lepas.

Kedua-dua pasukan turun dengan misi untuk meraih 3 mata dan saling berbalas serangan sebaik sahaja wisel dibunyikan.

Akhirnya pada minit ke-44, lorongan cantik daripada pemain dibenci Jose Mourinho, Paul Pogba berjaya disudahkan dengan cantik sekali oleh Marcus Rashford untuk United mendahului pada separuh pertama.

Bagaikan singa yang terluka, Mauricio Pochettino mengarahkan pemainnya untuk bangkit dari lena dan melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah kubu Setan Merah.

Pelbagai percubaan dilancarkan Spurs ke arah pintu gol Manchester United tetapi kesemuanya berjaya dijawab dengan cemerlang oleh David De Gea.

Ko ni manusia ke ? Mata bagaikan tidak percaya De Gea berjaya menyelamatkan 11 percubaan Spurs. Ye la, kebanyakannya straight kat kaki. Kalau letak Karius pon dia boleh dapat MOTM

Akhirnya, wisel penamat dibunyikan dan seluruh penyokong Setan Merah bersorak kegembiraan meraikan kejayaan mereka memungut 3 mata berharga di tempat lawan.

Tetapi apa yang mereka lupa adalah mereka masih lagi berada di tempat ke-6 walaupun mencatat 6 kemenangan berturut-turut. Pelik kan.

Sepanjang 90 minit permainan, De Gea berjaya menyelamatkan 11 percubaan dari pemain seperti Harry Kane, Dele Alli dan Toby Alderweireld. Ia merupakan jumlah penyelamatan tertinggi yang pernah dicatatkan De Gea sepanjang kariernya dalam Liga Perdana Inggeris dan juga ‘clean sheet’ ke-3 beliau dalam liga musim ini.

Sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan, media sosial dipenuhi dengan peminat Setan Merah memuji persembahan De Gea. Pengurus sementara United, Ole Gunnar Solskjaer tidak dapat lari dari bersembang mengenai ketangkasan De Gea dalam perlawanan itu tadi sehingga mendakwa penjaga gol Sepanyol itu mampu menjadi penjaga gol terbaik sepanjang zaman untuk kelab tersebut.

“Kami mempunyai beberapa penjaga gol cemerlang bermain untuk kelab ini dan saya rasa De Gea sedang mencabar kedudukan Edwin Van Der Sar dan Peter Schmeichel untuk tempat pertama dalam sejarah kelab ini.”

“De Gea sepatutnya menangkap sekurang-kurangnya dua percubaan tadi. Kami mempunyai barisan pertahanan yang baik dan De Gea dibelakang mereka beraksi cukup luar biasa.”

“Saya pernah bermain dengan beberapa penjaga gol luar biasa. Kami mempunyai tradisi memiliki penjaga gol yang bagus dan De Gea sentiasa menjadi lebih baik dan baik. Hari ini, beliau berhak memenangi pemain terbaik perlawanan.”

Nikmatilah

BACA:  Premier League 2020/21: Burnley 0-1 Manchester United