Peminat Chelsea Teruja Melihat Aksi Bersemangat Thiago Silva Dibangku penonton

Peminat Chelsea nyata teruja dan sukakan aksi energetik dan penuh semangat Thiago Silva dibangku penonton ketika Chelsea berjaya menewaskan Ateletico Madrid 2-0 diperingkat 16 terbaik Champions League.

Chelsea yang kini dibimbing Thomas Tuchel yang menggantikan Frank Lampard mara ke suka akhir Champions League buat pertama kali dalam tempoh tujuh tahun dengan agregat 3-0.

Gol Chelsea telah dijaringkan oleh Hakim Ziyech dan Emerson. Satu lagi gol dijaringkan oleh Olivier Giroud pada perlawanan pertama yang menjadi bekalan gol tempat lawan.

Ketua pasukan, Thiago Silva hanya mampu memerhatikan dari bangku penonton sahaja di Stamford Bridge kerana masih lagi dalam proses pemulihan akibat kecederaan.

Namun tidak dapat beraksi di padang, Thiago Silva memberi sokongan dari kejauhan dengan sepenuh hati.

Tiago Silva jelas kelihatan telah memberikan segala jiwa dan raga dengan menjerit dan cuba mengatur dan memberi arahan kepada pemain di padang.

Walaupun baru sahaja menyertai Chelsea musim ini, pemain berusia 36 tahun itu telah menunjukkan rasa cinta mendalam kepada kelab.

Perlakuan Thiago Silva ini nyata menambat hati peminat Chelsea yang sentiasa menyematkan logo Chelsea di dada.

Selepas Emerson menjaringkan gol penamat perlawanan dipenghujung perlawanan, kamera sempat merakam meraikan kemenangan tersebut bersama Mason Mount dan Jorginho.

Thiago Silva berlari naik ke atas sambil melompat-lompat dan menjerit sebelum Mason Mount dan Jorginho datang lalu mereka berpelukan dan meneruskan lompatan beramai-ramai.

Mason Mount dan Jorginho tidak dapat diturunkan dalam perlawanan ini bukan disebabkan kecederaan tetapi akibat penggantungan.

Champions League 2020/21: Chelsea 2-0 Atletico Madrid (Agg. 3-0)

Pasukan dari London, Chelsea mara ke suku akhir Champions League yang merupakan kejohanan paling agung di Eropah buat pertama kali dalam tempoh tujuh tahun.

Chelsea menewaskan Atletico Madrid dengan jaringan dua gol tanpa balas dalam aksi kedua di Stamford Bridge sekaligus mara ke suku akhir dengan agregat 3-0..

Chelsea turun dengan berbekalkan kelebihan satu gol tempat lawan dan jaringan Hakim Ziyech dan Emerson pada lewat permainan memastikan kemaraan.

Sentuhan Thomas Tuchel selepas masuk menggantikan Frank Lampard tampak semakin positif dan memberikan hasil yang memberangsangkan.

Atletico Madrid gagal untuk menjaringkan gol dalam perlawanan ini, malah telah dinafikan sepakan sepakan penalti selepas Yannick Carrasco ditarik oleh Cesar Azpilicueta.

Lebih malang apabila pengadil daripada Itali, Daniele Orsato mengabaikan dakwaan itu dan tidak merujuk langsung kepada Video Assistant Referee(VAR).

Jaringan Hakim Ziyech gagal untuk dipadamkan oleh pasukan yang telah menyingkirkan Liverpool pada musim lalu di peringkat yang sama.

Luis Suarez gagal sebarang memberikan impak dalam perlawanan ini dengan menampilkan aksi yang buruk dan dikeluarkan pada minit ke-59 digantikan dengan Angel Correa.

Untuk rekod Luis Suarez tidak menjaringkan sebarang gol ditempat lawan dalam kejohanan Champions League sejak september 2015. Kegersangan.

Jaringan lewat Emerson pula terus mematikan peluang dan kebangkitan Atletico Madrid.

Sejak mengambil alih Chelsea, Thomas Tuchel telah mengendalikan 13 perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan dengan 11 perlawanan tanpa bolos. Kebal.

Chelsea: Mendy, Azpilicueta, Zouma, Rudiger, James, Kovacic, Kante, Alonso, Ziyech, Havertz, Werner.

Subs: Arrizabalaga, Pulisic, Caballero, Giroud, Hudson-Odoi, Chilwell, Gilmour, Emerson Palmieri, Anjorin.

Atletico Madrid: Oblak, Trippier, Savic, Gimenez, Renan Lodi, Llorente, Koke, Saul, Carrasco, Joao Felix, Suarez.

Subs: Grbic, Kondogbia, Torreira, Correa, Lemar, Herrera, Felipe, Dembele, Vitolo, Hermoso, Vrsaljko, San Roman.

BACA:  Di Usia 37 Tahun, Thiago Silva Pamer Aksi Kepantasan Menakjubkan Untuk Selamatkan Gawang Gol Chelsea