Peminat Everton Terbangkan Banner Tak Puas Hati Di Etihad

Dalam aksi di antara Man City dan Liverpool semalam, penyokong Everton sanggup menyewa jet untuk menerbangkan banner mengutuk Premier Laegue sebagai korup dan pilih kasih.

Ini selepas Everton dipotong 10 mata, sementara itu Man Cityu masih tidak dijatuhkan dengan sebarang tindakan setakat ini.

Man City musim lalu didapati bersalah dalam 115 kesalahan salah laku kewangan. Dan ianya masih di bawah siasatan di bawah panel bebas. Masih tiada keputusan dibuat tentang Man City setakat ini.

Pep Guardiola sebelum perlawanan berpendapat bahawa kes Man ity dan Everton sama sekali berbeza dan tak sama. Sambil menyatakan bahawa dia yakin Man City masih bersih seperti biasa.

Tahun sebelum ini City berjaya mengelak hukuman daripada UEFA dan yang diarahkan CAS untuk membatalkan semula hukuman penggantungan 2 musim bermain di UCL untuk kelab itu.

Man City melayan kunjungan Liverpool, yang merupakan musuh sebandar kepada Everton. Peminat mereka tidak melepaskan peluang untuk menjadikan aksi yang menjadi tumpuan dunia ini sebagai tempat untuk menyatakan protes mereka.

Banner itu bertulis: “Premier League = Corrupt #UTFT #EFC”

Ataupun terjemahannya, Liga Perdana Inggeris itu korup.

Dalam aksi tersebut, City gagal mempertahankan kelebihan mereka pada separuh masa pertama menerusi gol Erling Haaland. Ini selepas mereka membenarkan Trent Alexander Arnold menjaringkan gol penyamaan pada lewat separuh masa kedua.

Keputusan seri itu menyaksikan kedua dua pasukan dipintas oleh Arsenal yang kemudian menduduki tangga teratas dalam EPL pada hari ini.

Sebelum ini ramai berpendapat, jika Everton dikenakan pemotongan 10 mata kerana 1 kesalahan, maka City akan berdepan pemotongan banyak sekali mata kerana 115 kesalahan yang memungkinkan mereka disingkirkan ke divisyen ketiga sekalipun serta berisiko dilucutkan kejuaraan yang mereka menangi daripada 2018-2019, tahun di mana mereka didapat melakukan kesalahan.

115 kesalahan itu termasuk melibatkan aktiviti pembayaran pemain, ejen dan pengurus mereka. Seterusnya turut melibatkan kesalahan pemalsuan angka tajaan dan sumber tajaan kelab itu yang membuatkan mereka mendapat kelebihan untuk berbelanja secara tidak adil berbanding pasukan lain.

Baca Juga

Baca Juga