Peminat Ini Membuktikan Bahawa Messi Merupakan Penjaring Terbaik Berbanding Ronaldo

Dragon Ball Super telah pun tamat dan filem bakal menyusul. Lakonan Fattah Amin juga semakin boleh dilentur dan meyakinkan. Namun perdebatan dua pemain bola sepak paling hebat yang wujud dalam era yang sama ketika ini tidak berpenghujung.

Perdebatan hangat antara dua pemain hebat dunia tidak pernah menemui titik noktah dan peminat kedua-dua pemain sentiasa menyataka idola merelah yang terbaik.

Rekod yang dicipta dan kejayaan yang digapai oleh Messi dan Ronaldo bersama kelab tidak perlu dipertikaikan sejak 2009 kedua-dua pemain ini menguasai dan bersilih ganti menjadi pemain terbaik dunia.

Lepas senaraikan semua rekod-rekod kedua-dua pemain ini, kita akan nampak dua set penyokong saling berperang di komen pula antara penyokong Messi/Barcelona/Argentina menentang penyokong Ronaldo/Real Madrid/Portugal.

Dari segi gaya permainan mereka tidak sama. Pemain kelahiran Argentina ini bermain seperti ahli silap mata yang penuh gaya dan helah lantaran bakat semulajadi yang ada kurniaan ilahi. Bakat yang ada diasah setajamnya oleh Messi.

Manakala Ronaldo merupakan pemain yang bergantung kepada kekuatan dan kemampuan fizikal yang diperolehi dari kerja keras dengan tidak mengenal erti putus asa apatah lagi hendak mengaku kalah.

Walaupun berbeza sikap dan gaya permainan tetapi hasilnya sama iaitu jaringan gol. Mentaliti untuk menang sangat tinggi ada pada kedua-dua pemain ini. Jika dikumpulkan segala data dalam bola sepak, tahun 2008 dan jangkaan sehingga tahun 2019 bakal menjadi milik Messi atau Ronaldo.

Dalam tempoh ini nama besar lain seperti Fernando Torres, Arjen Robben, Luis Suarez, Franck Ribery, Neymar, Sergio Aguero, Andres Iniesta antara nama besar yang gagal memecah monopoli dinamic duo ini.

Lumrah kehidupan di dunia yang fana ini, sebagaimana kita tahu, setiap yang hidup pasti akan mati dan akhirat jualah kekal abadi.

Pele pula menyifatkan bahawa Messi dan Ronaldo tidak boleh dibuat perbandingan.

“Cristiano Ronaldo sangat cemerlang tetapi Adol seorang penjaring, seorang penyerang.. Messi tidak kurang bagusnya dalam menjaringkan gol tetapi Messi ni lebih kepada merencanakan sebuah pasukan.

“Bagi aku dua orang anak muda ni ok dan sangat menakjubkan tetapi korang tak boleh membuat perbandingan.

Siapa lagi power? Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo. Bagi penulis pemain paling hebat di muka bumi ini adalah Cristiano Ronaldo kerana Lionel Messi adalah makhluk asing, maka Messi patut digelar sebagai pemain paling hebat di alam semesta.

Seorang pengguna Twitter bernama TJ telah membuat satu bebenang (thread) bagi membuktikan bahawa Lionel Messi merupakan penjaring gol yang lebih hebat berbanding Cristiano Ronaldo.

TJ membuat mukaddimah dengan menyatakan bahawa Ronaldo merupakan penjaring gol terbaik berbanding Messi hanyalah satu mitos sebelum membentangkan statistiknya.

Gol Terbanyak Dalam Satu Musim

Lionel Messi memegang rekod sebagai penjaring terbanyak dalam satu musim mengalahkan Ronaldo dengan kelebihan 12 gol.

Lione Messi – 73 gol
Cristiano Ronaldo – 61 gol

Gol Dijaringkan Sejak Ronaldo Ke Real Madrid

Cristiano Ronaldo telah berhijrah ke Real Madrid dari Manchester United pada tahun 2009. Sejak dari tahun itu tiada pemain yang berjaya menjaringkan gol lebih daripada Messi,

Lione Messi – 462 gol
Cristiano Ronaldo – 443 gol

Nisbah Jaringan Sepanjang Zaman

Nisbah jaringan juga telah dibuat di mana jumlah jaringan telah dibahagikan dengan penampilan dan nyata Messi unggul dihadapan walaupun jumlah jaringannya rendah berbanding Ronaldo tetapi penampilan Messi juga kurang.

Lionel Messi
Penampilan – 749
Gol – 603
Ratio – 0.81

Cristiano Ronaldo
Penampilan – 900
Gol – 647
Ratio – 0.72

Penampilan Untuk 100 Gol di Champions League

Cristiano Ronaldo memerlukan 137 penampilan untuk menjaringkan 100 gol di Champions League manakala Lione Messi hanya memerlukan 123 perlawanan iaitu kurang 14 perlawanan untuk mencatat jumlah jaringan yang sama.

Lionel Messi
Penampilan – 123
Gol – 100

Cristiano Ronaldo
Penampilan – 137
Gol – 100

Ini menjadikan Messi sebagai pemain paling cepat menjaringkan 100 gol di Champions League.

Jaringan Terbanyak dalam Tempoh Setahun

Messi merupakan pemegang rekod penjaring terbanyak dalam tempoh setahun dengan perbezaan 22 gol berbanding Ronaldo.

Lione Messi – 91 gol
Cristiano Ronaldo – 69 gol

Ayuh kita teruskan perdebatan siapa paling hebat kerana statistik yang di kemukakan ini hanya untuk jaringan yang dilakukan oleh Messi dan Ronaldo sahaja.

Baca Juga

Baca Juga