Peminat Kecewa Arsenal Lanjutkan Kontrak David Luiz

Para peminat Arsenal berasa sedih dan tergamam selepas mendengar berita tentang lanjutan kontrak yang diberikan oleh Arsenal kepada David Luiz.

Kebanyakkan mereka mempersoalkan kenapa?mengapa?dan bagaimana David Luiz boleh diberikan kontrak lanjutan selama setahun lagi bersama Arsenal.

Di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Arsenal sendiri, mereka mengumumkan bahawa David Luiz telah diberikan kontrak lanjutan selama satu tahun lagi.

Sebelum ini terdapat laporan yang menyatakan bahawa David Luiz tidak mahu menandatangani perjanjian baru bersama Arsenal sekiranya ditawarkan kontrak jangka pendek.

Hal ini kerana Arsenal sebelum ini cuma mahu melanjutkan kontrak beliau untuk tempoh jangka masa pendek sahaja iaitu sehingga habis baki perlawanan musim ini.

Mungkin kerana David Luiz tidak bersetuju dengan tawaran jangka pendek itu, Arsenal telah memberikan pemain kebangsaan Brazil itu lanjutan kontrak selama setahun lagi.

Pemain pertahanan tengah, Pablo Mari dan Cedric Soares pula telah ditawarkan kontrak jangka masa panjang dari Arsenal. Manakala Dani Ceballos pula telah bersetuju untuk terus kekal sehingga tamat baki musim ini.

Para peminat sepertinya tidak berminat untuk mengatahui tentang status terkini pemain-pemain yang diumumkan oleh Arsenal itu. Mereka sehingga kini masih menunggu status kontrak terbaru untuk Aubameyang dan Bukayo Saka.

Pengarah teknikal Arsenal, Edu telah mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan:

“Saya sangat gembira kerana kami akan memiliki pemain-pemain ini dalam skuad kami untuk masa akan datang.”

“Mereka telah menjadi sebahagian daripada rancangan taktikal jangka panjang yang sudah direncanakan oleh Mikel Arteta.”

“Saya yakin pemain-pemain tersebut akan memberikan impak yang bagus untuk skuad kami.”

Berkenaan dengan kontrak David Luiz, Edu menjelaskan bahawa pemain itu masih diperlukan kerana beliau turut ada dalam perancangan Mikel Arteta.

Sukar untuk peminat Arsenal terima alasan yang telah diberikan oleh Edu itu.

“David adalah pemain yang sangat penting dalam skuad kami. Dia telah bermain dalam banyak perlawanan pada musim ini dan dia pemain yang penting dalam sistem Mikel Arteta.”

“Hantaran beliau, komunikasi antaranya dengan pemain lain baik dalam mahupun luar padang turut memainkan peranan penting. Dia boleh serasi bersama siapa pun.”

Ada antara peminat yang mendakwa bahawa David Luiz merupakan punca kepada kebanyakkan kekalahan pasukan Arsenal musim ini.

Edu turut menyatakan bahawa Arsenal telah bersetuju untuk menebus kontrak Pablo Mari dan Cedric Soares secara tetap musim hadapan.

“Kami semua berasa sangat kecewa selepas Pablo Mari mengalami kecederaan ketika aksi pertemuan menentang Manchester City.”

“Sejak Mikel Arteta menjadi pengurus pasukan, beliau sering meminta pertahanan tengah yang menggunakan kaki kiri.”

“Kami disini sangat gembira dengan Pablo Mari, disiplin yang ditunjukkan, cara beliau berlatih, mental dan kualitinya. Tetapi sayangnya dia mengalami kecederaan itu. Namun ia bukan penghalang untuk kami terus menjaganya disini untuk masa depan.”

“Cedric juga bakal menjadi antara pemain penting di sini. Dia tidak bernasib baik dengan kecederaan, tetapi dia sudah bersedia dan bakal memberi kami lebih banyak kekuatan dan kelebihan di posisi bek kanan.”

“Kami turut berasa gembira apabila Dani bersetuju untuk menghabiskan kesemua baki perlawanan musim ini. Dia telah memberikan sumbangan yang sangat baik dan kami juga tidak sabar untuk menghabiskan baki musim ini dengan sebaik mungkin.”

BACA:  5 Pemain Yang Harus Berpindah Untuk Rebut Tempat Ke Piala Dunia