Peminat Kecewa Melihat Ozil Dan Lacazette Sekadar Berpayung Menonton Perlawanan

Bintang Arsenal, Mesut Ozil dan Alexandre Lacazette dilihat sedang bersantai di tempat duduk dengan payung ketika perlawanan menentang Southampton kemarin.

Ozil buat pertama kalinya berada dalam senarai skuad Arsenal sejak kembalinya saingan liga selepas digantung hampir tiga bulan kerana penularan wabak Koronavirus.

Namun, walau tersenarai dalam skuad Arsenal ketika itu, beliau masih lagi tidak diturunkan untuk beraksi sebaliknya sekadar diletak di bangku simpanan sahaja.

Walau bagaimanapun, para peminat berasa sedih dan simpati apabila melihat Mesut Ozil sekadar duduk di tepi padang sambil berpayung untuk menonton perlawanan.

Mikel Arteta memilih untuk menurunkan Eddie Nketiah sebagai kesebelasan utama dalam perlawanan di St Mary’s Stadium itu dan itu bermaksud Lacazette juga terpaksa duduk di bangku simpanan sahaja.

Para peminat berasa kurang senang dengan keputusan dari pengurus dengan menyimpan kedua-dua pemain bintang mereka itu dan sama sekali tidak menurunkan mereka.

Para peminat terkejut melihat Lacazette turut duduk di tepi padang dengan menyilang kakinya dan sekadar menikmati perlawanan sambil berjemur di bawah cahaya matahari petang.

Walau bagaimanapun, tanpa menurunkan Ozil dan Lacazette, skuad kendalian Mikel Arteta masih berjaya untuk memenangi perlawanan dengan menewaskan Southampton 2-0.

Nketiah membalas kepercayaan yang diberikan kepadanya dengan menjaringkan gol pembukaan untuk Arsenal selepas penjaga gol Southampton, Alex McCarthy melakukan kesilapan kecil.

McCarthy melorongkan bola terus kepada Nketiah lalu beliau terus menggila dengan memanfaatkan kesempatan yang ada dengan menyumbat bola masuk ke gawang gol Southampton.

Joe Willock berjaya menjaringkan gol pertama beliau dalam saingan premier league pada minit-minit akhir perlawanan bagi memastikan tiga mata berharga untuk Arsenal.

Arsenal kini berada di kedudukan kesembilan dalam saingan liga dan masih mahu mencuba untuk berada di kelompok lima teratas bagi melayakkan pasukan ke saingan Europa.

Berbaki tujuh perlawanan, Arsenal sebenarnya masih berpeluang untuk merebut slot ke Europa League dengan memenangi setidaknya enam dari tujuh baki perlawanan musim ini.

BACA:  Aksi Dummy Lacazette Merupakan Yang Terhebat Sepanjang Zaman