Peminat Kompilasikan Video Disasteclass Kai Havertz vs Wolves

Peminat bola sepak telah kompilasikan video aksi disasterclas Kai Havertz ketika perlawanan menentang Wolverhampton Wanderers yang menyaksikan Chelsea tewas dengan kebangkitan Sang Serigala.

Pemain bintang daripada Jerman ini telah diikat Chelsea dari Bayer Leverkusen dengan tanda harga yang agak tinggi bagi pemain muda iaitu £72 juta pada musim panas lalu.

Aksi Havertz setakat ini tidaklah teruk jika tidak dikira perlawanan menentang Wolves namun dengan tanda harga yang di bawa akan menjadi persoalan peminat.

Pemain berusia 21 tahun ini hanya menjaringkan satu gol dan mencipta dua assist dalam 11 penampilan beliau di Premier League bersama Chelsea.

Jangkaan agak tinggi diletakkan kepada Kai Havertz dan dengan harga sebegitu orang tidak akan ambil peduli mengenai umur beliau.

Frank Lampard telah melindungi pemainnya dengan memilih jalan untuk bersabar dan memberikan masa kepada Haverzt yang masih mempunyai masa yang panjang untuk berkembang.

Prestasi Kai Havertz ketika menentang Everton dan Wolves menjadi satu tanda tanya dan kemampuan beliau mula dipertikaikan.

Dua kekalahan berturut-turut menyebabkan Chelsea terlepas peluang untuk ke puncak Premier League.

Dalam perlawanan menentang Wolves, Kai Havertz gagal memberi sebarang impak dan gagal mencipta peluang atau membuat percubaan sepanjang 71 minit di padang.

Kali terakhir Kai Havertz terlibat secara terus dengan jaringan gol pada minggu kelima ketika menentang Southampton.

Nama Kai Havertz menjadi trending di Twitter di atas sebab yang tidak sepatutnya dan aksi buruknya menjadi bualan serta sebutan ramai.

Malah ada video kompilasi aksi buruk Havertz sepanjang 71 minit ketika menentang Wolves dicampur sedikit ketika menentang Everton yang dilabel sebagai Disasterclass.

Jelas kelihatan, Havertz sangat bergelut dalam perlawanan ini dan gagal memberi sumbangan kepada pasukan dan kesalahan ini tidak patut diletakkan atas bahu Havertz seorang.

Namun itulah yang terjadi kerana tanda harga dan reputasi besar dibawa ketika menyertai Chelsea.

Pada awal musim lagi Havertz telah dikritik dan kegagalan beliau mempamerkan persembahan yang baik dalam perlawanan bertemu Burnley dan Liverpool telah menarik perhatian Jamie Carragher dalam Sky Sports.

Namun Havertz berjaya menutup mulut pengkritik dengan jaringan hatrik ketika membelasah Barnsley 6-0 di saingan Caraboa Cup disertakan dengan statistik yang cemerlang.

Sejak itu Havertz tidak lagi menjadi bahan kritikan media sehinggalah perlawanan perlawanan menentang Everton dan Wolves.

TU Carabao cup boleh la kan?

BACA:  Dua Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Chelsea Dalam Siri Jelajah Amerika