Peminat Leo Messi Hasilkan Video Troll Cristiano Ronaldo Menentang Alaves

Perseteruan antara peminat Cristiano Ronaldo dan Leo Messi memang tidak boleh disangkal lagi di mana mereka saling berbalas caci maki, sumpah seranah, kutukan dan pelbagai perkataan kotor dalam berbagai-bagai bahasa bagaikan kedua-dua pemain bintang tersebut adalah abang atau pak menakan mereka.

Tapi, biasalah orang Malaysia kan? Suka sembah selebriti dan ahli politik. Betul tak?

Sebenarnya trend  menyembah Ronaldo dan Messi ni bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di negara luar juga.

Dalam perlawanan menentang Alaves semalam, Ronaldo ternyata gagal untuk menjaringkan sebarang gol dan boleh dikatakan malam tersebut bukanlah malam buat dirinya.

Terdapat beberapa aksi Ronaldo yang agak kelakar telah terjadi dalam perlawanan tersebut, antaranya ialah ketika dia melibas angin dengan kencang.

Dalam perlawanan tersebut juga Ronaldo telah melakukan satu dive di dalam kotak penalti namun tindakan tersebut gagal menarik minat pengadil untuk memberikan tendangan penalti.

Meskpipun tidak menyukai Ronaldo, seorang peminat Messi yang menggunakan akaun Twitter bernama Breathe_Messi telah memuatnaik satu video koleksi aksi sumbang Ronaldo dalam perlawanan tersebut.

Pelik juga perangai orang, kan?

Dah benci tapi sanggup menghadap video aksi Ronaldo demi mencari aksi-aksi sumbang tersebut. Video yang dihasilkannya diadun dengan lagu yang sesuai dengan mood menganjing Ronaldo.

https://twitter.com/Breathe_Messi/status/911762997881618432

Walaupun Ronaldo gagal menjaringkan gol menentang Alaves, ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane tidak gusar dengan keadaan tersebut. Malah dia yakin Ronaldo akan segera menemukan sentuhan berbisanya di hadapan dalam perlawanan mendatang.

“Apabila kau gagal jaringkan gol, kau akan kecewa. Tapi Ronaldo selamba je dia tenang,” kata Zidane kepada Goal.com

“Dia selalu mahu jaringkan gol dan selalu mendapat peluang untuk lakukannya. Macam manapun, last-last dia akan berjaya juga nanti,” tambah Zidane lagi.

Real Madrid berjaya menewaskan Alaves 2-1, hasil jaringan pemain muda Daniel Ceballos dan Zidane turut berbangga memiliki pemain muda sepertinya.

Ini bukan Ceballos, ini Cerberus, anjing peliharaan Hiruma Youichi | Gambar : Youtube

“Aku tumpang gembira buat pemain tu, memandangkan dia sudah bersedia untuk bermain dan telah melakukan yang terbaik dengan menjaringkan kedua-dua gol,” Zidane memuji Ceballos.

“Aku gembira sebab dia adalah budak muda yang ingin belajar dan dia akan dapat lebih banyak peluang.

“Lebih daripada dua gol tu, dia juga telah bermain dengan cemerlang,” tambah Zidane lagi.

Untung juga Real Madrid ni. Kalau Ronaldo tak jaringkan gol pun, orang lain ada lagi.

Perlawanan berikutnya Real Madrid adalah menentang Borussia Dortmund di tempat lawan dalam Liga Juara-juara Selasa ini. Kalau nak ikutkan, Ronaldo selalu menjadikan cemuhan ke atasnya sebagai sumber motivasi untuk lebih cemerlang.

Jangan terkejut la kalau Ronaldo jaringkan hatrik Selasa nanti ya.

Sumber berita : Givemesport

Baca Juga

Baca Juga