Peminat Liverpool Beri Bukti Video Mane Tidak Hantar Bola Kepada Salah

Share on facebook
Share on twitter

Seorang peminat Liverpool telah mengemukakan bukti video bagi membenarkan tuduhan beliau bahawa Sadio Mane tidak menghantar bola kepada Mohamed Salah ketika situasi boleh menghasilkan gol.

Pada zaman dahulu kala, Sadio Mane pernah mengamuk sakan kerana ketamakan Mohamed Salah dalam perlawanan dan ketika itu Liverpool dalam perjalanan untuk menjadi juara Premier League.

Sadio Mane mengamuk di bangku selepas dikeluarkan gara-gara kerana ketamakan Mohamed Salah yang nyata tidak ingat dunia dan tak boleh dibawa berbincang dalam permainan yang memerlukan kerjasama berpasukan.

Selepas hampir dua tahun peristiwa itu terjadi dan Salah dalam tempoh itu telah disifatkan sebagai pemain yang tamat disamping selalu jatuh menggelupur ditembak penembak tepat.

Reputasi yang dipegang oleh Mohamed Salah selama ini akhirnya cuba dibuktikan sebaliknya oleh peminat Liverpool yang sememangnya peminat tegar Salah, @SalaHolic_11.

Melalui laman Twitternya @SalaHolic_11 telah mengemukakan bukti bervideo yang menunjukkan Sadio Mane tidak menghantar bola kepada Mohamed Salah.

@SalaHolic_11 telah menulis bahawa inilah sebab kenapa Jurgen Klopp tidak dapat mencatatkan kemenangna berturut-turut dan menanggap pengurus Jerman itu tidak tegas.

“Inilah salah satu sebab kenapa Klopp tidak boleh menjadi pemenang bersiri, beliau tidak tegas sama ada dengan pemilik atau pemain.”

“Klopp melihat perkara ini sabab minggu dan tidak mengambil sebarang tindakan.”

Selain itu @SalaHolic_11 telah memberi contoh mengenai Sir Alex Ferguson yang mahukan setiap pemain memberi bola sebanyak mungkin kepada Robin Van Persie di depan gol.

“Alex Ferguson pernah beritahu Rooney dan pemain lain, jika mereka tidak menyuap bola kepada Robin Van Persie mereka tidak akan dapat bermain.”

Menurut @SalaHolic_11 lagi sangat jelas Sadio Mane dengan sengaja tidak mahu menghantar bola kepada Mohamed Salah dan jelasnya lagi, Michael Owen juga bersependapat dengan beliau.

Sebelum ini Michael Owen telah mengemukakan satu teori yang agak gila dan liar tapi tidaklah segila teori Premier League bermula pada 2016 jika dibuat perbandingan.

Michael Owen pada ketika itu berteori bahawa Sadio Mane tidak mahu menjatuhkan diri dalam kotak penalti kerana tidak mahu Mohamed Salah menjaringkan gol penalti.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Michael Owen ini berdasarkan kepada perlakuan Mane ketika perlawanan menentang Chelsea dan Sheffield United.

Dalam perlawanan menentang Chelsea dan Sheffield United jelas kelihatan Mane telah dikasari oleh pemain lawan dan hanya perlu menjatuhkan badan untuk mendapatkan penalti.

Namun perkara tersebut tidak dilakukan oleh Mane dan mengundang persoalan di benak fikiran Michael Owen yang kadang-kala boleh tahan benaknya.

The Athletic juga mengeluarkan laporan bahawa ada yang tidak kena dengan hubungan antara Salah dan Mane dan menggelarkannya sebagai ‘Imperfect’.

Mane vs Chelsea

Mane vs Sheffield United

Untuk rekod, Liverpool hanya menjaringkan 10 gol dalam 15 perlawanan terakhir mereka di Premier League.

Kini Mohamed Salah telah melalui 6 perlawanan liga tanpa jaringan dan Sadio Mane pula lebih satu berbanding Salah dengan 7 perlawanan tanpa gol.

BACA:  Totti: Mo Salah Adalah Antara Pemain Terbaik Dunia Dan Hanya Akan Bertambah Baik
Share on facebook
Share on twitter