Peminat Liverpool Ini Begitu Yakin EPL Bermula Tahun 2016

Seorang peminat Liverpool dengan penuh yakin dan berkeras telah menyatakan bahawa English Premier League(EPL) telah dijenamakan semula dan bermula pada tahun 2016 dalam program bual bicara Berbulu Dengan Burn.

Dua orang peminat telah dijemput oleh Burn yang merupakan pengacara rancangan Berbulu dengan Burn, seorang peminat Liverpool dan seorang peminat Manchester United. Siapa lagi kalau bukan Burn pengacara kan?

Berbulu Dengan Burn merupakan program bual bicara secara langsung di Facebook bersama Burn sebagai medium meluahkan rasa tidak puas hati peminat mengenai sukan bola sepak terbitan Astro Arena.

“Reminder esok pertempuran hebat Liv vs MU.. Dua wanita ilmiah dlm bolasepak! muka lawa, otak pun lawa!”

Dalam rancangan ini beberapa topik telah dibincangkan antaranya:

1. Van Dijk lebih bagus dari Maguire?
2. Siapa lagi true fans?
3. Liverpool king of comeback?
4. LiVARpool vs PENchester?
5. Gerrard vs Scholes?

Namun yang menjadi bualan hangat adalah apabila peminat Liverpool menyatakan bahawa, EPL ini bermula pada tahun 2016 dan Manchester United tidak pernah menang EPL.

Burn: Dalam era Premier League sejak tahun 90-an tahun 92/93, 13 gelaran untuk United dan 1 untuk Liverpool dan ramai menyatakan Liverpool ni umpama Blackburn dan Leicester City je. Menang sekali.

Peminat Liverpool: Ok kat sini, I memang nak pertikaikan sikit la, I tak setuju la. Lagi satu kalau bercakap pasal EPL, EPL, EPL dijenamakan semula sejak tahun 2016. Manchester United tiada trofi, Liverpol ada. MU ada BPL, Barclays taja masa tu.

Burn: Jap.. jap.. Itu hanyalah penaja. Divisyen dikenali sebelum itu selepas tahun 92/93 dikenali sebagai English Premier League, selepas 2016 masih lagi English Premier League, kerana penaja sebelum itu Barclays maka ia dikenali sebagai Barclays Premier League. Itu yang kau kena faham. 2016 tiada rebranding.

Peminat Liverpool: Ramai budak-budak Liverpool hantar, I ada banyak fakta sebenarnya kat sini. You all(Manchester United) tiada EPL, itu bukan EPL, EPL start 2016, MU takde.

Burn: No..no.. EPL mula tahun 92/93. Kalau kau cakap EPL start 2016 Blackburn dengan Leicester tu menang apa?

Peminat Liverpool: Dijenamakan semula pada tahun 2016 tukar jadi EPL. 2016 jadi EPL, sebelum tu BPL, Barclays sponsor.

Burn: NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!! IT’S WRONGGGGG!!!!!!!

Peminat Liverpool itu tetap berkeras EPL bermula pada tahun 2016 dan Manchester United tidak pernah memenangi gelaran EPL dan hanya menang BPL. Kau rasa?

Kau tengok la sendiri video ni.

Ketika ditanya di laman Twitter, Burn telah meluahkan perasaannya dan menahan diri dari membenamkan kepala beliau ke mangkuk tandas.

“pendek citer i wanted to put my head in a toilet bowl la masa tu..”

Sejarah First Division

The Football League First Division merupakan bekas divisyen bola sepak di bawah kelolaan Football League yang mula disepak terajang pada tahun 1888 dan menjadi divisyen teratas bagi English football league system sehingga tahun 1992.

Pada tahun 1992 selepas 100 tahun lebih menjadi liga teratas bola sepak Inggeris, 22 kelab telah mengambil keputusan untuk berundur daripada Football League dan menubuhkan Premier League seperti yang kau kenal sekarang.

Dengan kewujudan Premier League, Football League First Division telah disusun semula dan menjadi liga divisyen kedua Inggeris dan dijenamakan semula pada 2004 dengan nama Football League Championship.

Pada tahun 2016 sekali lagi nama ditukar kepada EFL Championship dan nama ini masih kekal ke hari ini. Ketika era First Division, Liverpool merupakan pasukan paling agung dan terulung dengan mencatatkan 18 kejuaraan.

Selepas 28 tahun kewujudan Premier League barulah Liverpool berjaya muncul juara bagi musim 2019/20.

Sejarah Premier League

Premier League yang lebih dikenali sebagai English Premier League atau EPL di luar England kini menjadi divisyen teratas bagi English football league system sejak tahun 1992 menggantikan First Division.

Kejohanan Premier League ini diasaskan oleh FA Premier League pada 20 Februari 1992 kerana keputusan kelab Football League First Division untuk keluar daripada Football League bagi membolehkan pasukan menikmati hak penyiaran televisyen yang lumayan.

Pada tahun 2013/14 menyaksikan perjanjian hak penyiaran telah mencecah £2.2 bilion setahun untuk penyiaran domestik dan antarabangsa. Sebanyak £1 bilion telah diraih untuk penyiaran domestik sahaja.

Pada tahun 1993 sehingga 2001, Premier League telah ditaja oleh Carling brewery dan sepanjang tempoh itu liga ini dikenali sebagai FA Carling Premiership.

Bermula 2001, Barclays telah menjadi penaja utama sehingga tahun 2016 dan pada awalnya penajaan dilakukan melalui melalui Barclaycard dan Premier League menggunakan nama FA Barclaycard Premiership sehingga tahun 2004.

Pada tahun 2004 Barclays telah menggunakan nama utamanya sebagai penaja. EPL dikenali sebagai FA Barclays Premiership sehingga 2007 dan ditukar kepada Barclays Premier League sehingga penajaan mereka tamat pada enghujung musim 2015/16.

Pada 4 Jun 2015, FA mengumumkan tidak akan mengadakan sebarang perjanjian penajaan lagi untuk Premier League kerana mahu membina imej bersih untuk kejohanan ini sejajar dengan apa yang dilakukan oleh major U.S. sports leagues.

Sejak 2016 nama Premier League mula digunakan sehingga sekarang dan bukanlah kerana penjenamaan semula tetapi keran polisi FA yang tidak mahukan sebarang penajaan.

Untuk era Premier League, Manchester United pasukan paling cemerlang dengan 13 kejuaraan diikuti Chelsea 5, Manchester City 4 dan Arsenal 3.

Blackburn Rovers, Leicester City dan Liverpool masing-masing dengan satu kejuaraan.

Baca Juga

Baca Juga