Peminat Liverpool Ini Harap Karius Jadi Kingmaker dan Seru Peminat Jadi Matang Serta Sejahtera

Penyokong Liverpool ini menyarankan kepada semua peminat bola sepak seluruh dunia supaya mengamalkan sikap yang matang serta sejahtera dalam menyokong pasukan kesayangan.

Gagasan idea ini lahir selepas tewasnya Liverpool di kaki Real Madrid dalam perlawanan akhir Champions League.

Harapan peminat ini untuk melihat Karius menjadi Kingmaker menjadi kenyataan namun dalam situasi yang sebaliknya apabila dua aksi kelakar di pamerkan.

Cadangan ini diutarakan bagi mengelakkan penyokong Liverpool seperti beliau diejek dan ditroll serta dimaki secara berjemaah seperti yang beliau lakukan sebelum ini.

Selain gagasan sejahtera dan matang lelaki ini juga membongkarkan kenapa Liverpool kalah di perlawanan akhir ini.

Gagasan Matang dan Sejahtera

Berikut merupakan kenyataan penuh dari beliau :

Happy macam mana pun dengan kemenangan Real Madrid, perasaan orang tua kita yang menyayangi Liverfool jangan kita sakitkan.

Group whatsapp pun diam je sebab masing-masing tahu tahun mak bapak kita susah dulu Liverfool banyak menghiburkan diorang. Liverfool banyak memenangi piala.

So gais, saya minta dengan seikhlas hati supaya hati-hati dalam berbicara. Jangan lukakan perasaan penyokong Liverfool yang senantiasa besabar menanti piala tiap-tiap tahun.

Sekian, salam subuh.

Karius Kingmaker dan Muslihat di sebalik kekalahan Liverpool

Hari ni Liverfool turun Kiev untuk melawan Real Madrid. Katanya nak jumpa team Real Madrid bagi menghadapi Champion League .

Ramai jugalah yang datang. Taklah seperti yang digambarkan yang penyokong Liverfool ni dah terkubur.

Dengan kebanyakan ahlinya dah masuk Manchester dan Chelsea. Ada juga yang masuk Arsenal. Nampak teruk betul lah Liverfool ni di media sukan.

Klopp ingatkan, Liverfool masuk final bukan semata-mata untuk menang tetapi untuk bagitahu team lain yang kami pernah masuk final.

Kalau kat Champion League Liverfool menang 5 kali dah. Mereka bertanding untuk mempertahankan dan menang kali keenam. So tiada salahnya.

Lepas tu team lain marah pulak Liverfool dan kata Liverfool ni akan kalah.

Liverfool lupa yang berseorangan xkan membawa kemana-mana.

So nampak tak muslihatnya? Slogan mereka akan tetap sama. Cuma gantikan This dengan Next. This year will be our year jadi Next year will be our year.

Teori Konspirasi Tun M Menjadi PM Liverpool Juara Tidak Benar

Teori konspirasi bahawa Liverpool bakal bergelar juara kerana Tun Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri dirungkai dengan mudah dengan kata lain ‘Busted’.

Tun jadi PM 1981.
Liverfool menang lawan Real Madrid 1981.

Tun jadi PM 2018. Ingatkan Liverfool menang lawan Real Madrid 2018.

Rupanya Liverpool kalah lawan Real Madrid 2018.

Sejarah xkan berulang. Sebab

Dia lupa. Tun 1981 tu BN. 2018 Tun PH.

#DoneClaim

Sumber

Baca Juga

Baca Juga