Peminat Liverpool kini berpaling tadah dan mengecam Darwin Nunez. Nunez sekali lagi menunjukkan aksi lesu di hadapan gol ketika berdepan dengan Atalanta.
Dia terlepas beberapa siri peluang yang sepatutnya disudahkan. Peminat yang menyampah dengan Nunez meminta agar pemain itu segera diletakkan di bangku simpanan selepas ini.
Ini memandangkan Diogo Jota sudah kembali cergas untuk beraksi. Jadi tiada gunanya untuk terus memberikan kepercayaan kepada Darwin Nunez yang tidak tahu cara menjaringkan gol.
Seorang peminat berkata: “Lihat beza Scamacca dengan Nunez, kelakar betul kita ada penyerang macam tu.”
Yang lain berkata: “Scamacca tidak bersusah payah untuk membuat rembatan. Sedangkan Nunez pula beriya tapi tak masuk.”
Page Anfield Edition menyalahkan Nunez sebagai salah satu punca utama kekalahan Liverpool di tangan Atalanta. Kerana pemain itu telah mempersiakan peluang keemasan ini.
This would have made it 1-0 and changed the whole complexion of the game.
Nunez played a big part in that result tonight, like it or not. pic.twitter.com/0dMivYR0Uq
— Anfield Edition (@AnfieldEdition) April 11, 2024
Liverpool menelan kekalahan 3-0 di tangan Atalanta di Anfield. Kekalahan itu hampir pasti menutup peluang Liverpool untuk mara ke separuh akhir UEL musim ini.
Atalanta bukanlah pasukan terbaik di Itali ketika ini. Namun masih mampu memalukan Liverpool dengan selamber.
2 gol oleh Scamacca dan satu lagi oleh Pasalic sudah meletakkan mereka 1 kaki di separuh akhir. Liverpool perlu menang besar dalam kunjungan balas mereka ke Itali minggu depan.
Dalam saingan domestik Liverpool masih bersaing dalam kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Di mana mereka ketika ini di belakang Arsenal kerana perbezaan jaringan.
Baca laporan perlawanan: Liverpool 0 Atalanta 3
Liverpool berdepan dengan cabaran Atalanta di Anfield dalam suku akhir pertama Liga Europa yang dianggap kejohanan eropah sebenar.
Liverpool meletakkan beberapa pemain utama mereka di bangku simpanan termasuk Mohamed Salah.
Kelleher menyelamatkan gawang Liverpool pada awal perlawanan dengan aksi save luar biasa.
Di atas padang Darwin Nunez meneruskan aksi kelakarnya ketika situasi mudah. Di mana dia mempersiakan peluang 1 lawan 1 dengan penjaga gol lawan.
Harvey Elliot melakukan rembatan lencong yang melantun pada palang dan tiang gol.
Curtis Jones juga berpeluang untuk menjaringkan gol. Namun lencongannya sedikit tinggi.
Ketika Liverpool sedang tercari cari rentak. Atalanta menghukum mereka dengan gol pertama daripada bekas pemain West Ham, Gianluca Scamacca. Ianya berpunca daripada gerakan Zappacosta yang sangat besar ruang diberikan kepadanya.
Pemain bek kanan itu kemudian melakukan hantaran rendah ke dalam kotak penalti. Dan Scamacca dengan kemas melakukan leretan yang menyaksikan aksi lemau Kelleher gagal menepis bola itu.
Kelleher kelihatan malu dengan tindakannya. Kerana dia tahu itu tidak seharusnya berlaku.
Kelleher bagaimanapun menebus kesilapannya apabila dia menghadang percubaan Koopemeiners daripada situasi 1 lawan 1.
Pada separuh masa kedua, Scamacca sekal lagi mengayam ayamkan pertahanan Liverpool dan Kelleher. Kali ini menembak masuk hantaran lintang dalam keadaan dia tak dikawal.
2-0 Atalanta.
SCAMACCA HAS DOUBLED THE LEAD VS LIVERPOOL !!!!!!!!!!!!!!!!! pic.twitter.com/R8ByJVYqKO
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) April 11, 2024
Liverpool terus bergelut untuk menjaringkan gol. Mohamed Salah hampir merapatkan jurang gol, namun dibatalkan kerana ofsaid.
Pengadil tidak mengambil masa yang lama untuk mendapatkan kepastian daripada pegawai VAR. Kerana jelas Mo Salah bersalah ofsaid.
Pada minit ke-81, Scamacca hampir mencetak hatriknya ke atas Liverpool dengan tandukan bebas di dalam kotak penalti yang sedikit tinggi.
Pasalic kemudian memastikan malam yang memalukan untuk Liverpool dengan gol ketiga. Ianya aksi yang sangat teruk daripada pertahanan Liverpool buat kali ketiga.
Bermula daripada kesilapan Szoboszlai. Dan kemudian Kelleher melakukan penyelamatan, namun Pasalic menyambar bola untuk gol ketiga.
Atalanta kini berpeluang cerah untuk ke separuh akhir dengan Liverpool sudah boleh berkira kira untuk fokus menamatkan saingan liga di tangga ketiga.