Peminat Liverpool di media sosial membanding gol Dominic Solanke yang dibatalkan kerana terkena tangan dengan gol yang dijaringkan oleh Pierre-Emerick Aubameyang dalam Ruhr Derby yang juga terkena tangan namum dikira gol.
Dalam perlawanan Ruhr Derby antara Borussia Dortmund dan Schalke 04 yang penuh epik di mana Schalke bangkit dari ketinggalan 4-0 untuk mengikat keputusan seri 4-4.
Aubameyang menjaringkan gol pertama perlawanan tersebut dan bola terkena tangan ketika bola hampir masuk dalam situasi kelam kabut.
Setelah dirujuk kepada Video Assistang Referee(VAR) gol itu dikira kerana bola terkena bola Aubameyang tanpa sengaja.
Bagi melegakan hati dan perasaan mereka yang kecewa dengan dua keputusan seri berturut-turut, penyokong Liverpool mula membentangkan hujah mereka dengan menjadikan gol Aubameyang sebagai rujukan.
Ketika perlawanan menentang West Brom, Liverpool garang menyerang tapi tiada kesudahan. Gol hadir melalui Dominic Solanke namun gol tersebut dibtalkan kerana bola terkena tangan.
Solanke pemain yang berusia 20 tahun terus meraikan jaringan tersebut tanpa menyedari bola telah terkena tangan beliau, maka pengadil telah membatalkan gol tersebut dengan yakinnya.
Antara persoalan dilontar peminat Liverpool adalah situasi gol Dominic Solanke dan Aubameyang sama kerana mereka berdua tidak sengaja namum di Jerman itu dikira gol dan di England tidak.
Di Bundesliga VAR digunakan untuk melihat kembali situasi tersebut tetapi tidak di Premier League.
If u think no way Solanke goal shouldn't have stood… try and have a look at Aubameyang's goal for Dortmund against schalke
— mR_SOMTO (@UZOR_DINMA) December 13, 2017
Come on mate. Both these recent decisions can be argued. Tonight was rightly ruled out imo
— Andy LFCDT ✋🏻👆🏻 (@AYPrivateEye) December 13, 2017
Ball deflects off his arm in to the goal. Unintentional, similar to Dom tonight. pic.twitter.com/KhoRDs5Tb2
— B-Rad 🔴🐝🎶 (@ImOneWithTheKop) December 14, 2017
Aubameyang’s first goal almost identical to Solanke’s disallowed one this evening. It went to VAR at Dortmund and the Video Assistant ruled it was not deliberate, the goal stood.. #LIVWBA
— Chris Williams (@Chris78Williams) December 13, 2017
Apa kata anda? Benda yang lepas jangan dikenang, nanti meranalah hati.