Peminat Liverpool Pasti Membenci Neville atas Penilaiannya Terhadap Salah

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Gary Neville bukanlah makhluk yang popular di Merseyside. Namun kini Gary Neville mungkin lelaki paling dibenci oleh peminat Liverpool di seluruh di dunia termasuk kau.

Semua benda terjadi mempunyai sebab dan bagi kes Neville ini terjadi selepas beliau dengan penuh yakin tanpa was-was serta tanpa sekelumit rasa malu dengan menyatakan bahawa Salah tidak layak memenangi anugerah PFA Player of the Year atau pemain terbaik di Premier League.

Mohammaed Salah sekarang melalui satu musim yang menakjubkan dan minggu yang indah apabila dinobatkan sebagai PFA Player of the Year dan membawa Liverpool sebelah kaki ke final Champions League.

Aku lebih kepada De Bruyne jika dapat mengundi

Kehebatan Salah musim ini juga telah membayangi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dan jika Ballon d’Or diadakan esok pasti Salah pemenangnya.

Oleh kerana semua yang berlaku pasti bersebab maka Gary Neville pun menjelaskan sebab dan hujah kenapa Salah tidak layak menang dan siapa yang sebenarnya layak.

Semuanya dijelaskan Neville ketika berbicara kepada Sky Sport :

“Kalau aku masih lagi layak mengundi, secara peribadi aku akan membuang undi kepada si Biru Muda, Kevin de Bruyne sebagai pemain terbaik tahunan PFA.”

“Kalau aku kaya, hari-hari, hari raya, bil bil jiran keluarga aku belanja selamba.”

“Ini bukan kerana aku percaya bahawa pemenang anugerah ini perlu menang liga atau bukan kerana Salah tidak layak. Salah telah membuka mata dan mengagumkan banyak pihak di padang namun perkara ini bersandarkan kepada fakta.”

Pemain terbaik dihati Hazard.

“Walaubagaimanapun, aku memilih dan merasakan De Bruyne lebih layak kerana prestasinya yang umpama satu kerja seni dan bantuan gol dan kawalan ketika perlawanan, De Bruyne merupakan satu keajaiban untuk di lihat.”

“Kadang-kala kita terlalu memuja sesetengah pemain dan aku tidak ada satu pun perkataan negatif untuk Salah. Segala usaha beliau lakukan tanpa bola sangat menakjubkan. Sesungguhnya sesuatu yang amat tidak menggembirakan jika bermain menentang Salah.”

Baca Juga

Baca Juga