Peminat Mahu Bruno Jadi Kapten Ganti Lord Maguire Selepas Video Ini

Peminat Manchester United mahu Bruno Fernandes dilantik sebagai kapten sepenuh masa yang baharu kelab pada musim panas ini selepas melihat kepimpinannya semasa masa tambahan perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Brighton pada Ahad.

Kelab handalan, Manchester United mengesahkan tempat mereka pada perlawanan akhir Piala FA Jun lalu hasil penentuan penalti di Wembley.

Ketujuh-tujuh pengambil sepakan penalti Man Utd berjaya melakukan tugasan penalti. Pemain Terbaik Perlawanan Victor Lindelof menjaringkan gol kemenangan selepas Solly March Brighton meledakkan percubaannya tinggi melepasi atas palang David de Gea.

Satu video di mana Bruno Fernandes memberikan kata kata semangat kepada rakan rakannya di tepi padang telah tular di media sosial.

Ketika itu kelihatan Harry Maguire menikus di belakang pemain lain. Tidak melakukan tindakan yang mampu memberikan kata kata peransang kepada rakan rakan lain.

Fernandes digantikan pada minit ke-101 oleh pengurus Erik ten Hag.

Pemain tengah Portugal itu, yang menyertai United dari Sporting Lisbon pada 2020, digantikan oleh penyerang Wout Weghorst.

Walaupun kecewa kerana dikeluarkan, Fernandes tidak mahu merajuk tentang keputusan pengurusnya.

Sebaliknya, pemain berusia 28 tahun itu dilihat berteriak memberikan arahan kepada rakan sepasukannya semasa separuh masa tambahan.

Beberapa penyokong United telah terkejut dengan perbezaan pada saat itu antara Fernandes dan kapten sebenar kelab itu Harry Maguire, yang dilihat sangat pasif sebelah Steve McClaren.

Maguire, yang mengalami malam yang buruk ketika Man Utd tersingkir daripada Liga Europa oleh Sevilla minggu lalu, terlepas aksi separuh akhir Ahad kerana penggantungan.

Rakaman menunjukkan apa yang dilakukan oleh Bruno Fernandes semasa masa tambahan.

Mereka juga menyatakan bahawa Fernandes memang ada bakat pemimpin secara semulajadi.

Tonton video di sini:

Adakah Bruno Fernandes akan menjadi kapten Man Utd seterusnya?

Pasti ada kemungkinan besar bahawa Fernandes boleh menjadi kapten United seterusnya. Ketika ini dia merupakan timbalan kapten di belakang Tun Sri Maguire.

Tetapi ianya memerlukan langkah drastik diambil Ten Hag untuk memecat kapten itu, kerana dia tak ada melakukan apa apa masalah disiplin.

Jika Maguire dijual pada jendela perpindahan akan datang, ramai percaya bahawa Bruno Fernandes adalah kapten baharu Man United.

Walaupun bek tengah berusia 30 tahun itu sentiasa berjaya menarik perhatian dengan jersi England, tahap prestasinya sejak menyertai Red Devils dengan perpindahan £80 juta dari Leicester City pada 2019 sering berada di bawah paras yang diharapkan.

Lisandro Martinez dan Raphael Varane telah menjadi bek tengah pilihan utama kelab dan ia tidak akan mengejutkan jika Maguire berpindah pada musim panas ini.

Tiada jaminan bahawa Fernandes akan diberikan lilitan kapten sebaik sahaja Maguire pergi.

Bagaimanapun, dia akan menjadi salah satu pencabar utama – bersama Casemiro, yang begitu mengagumkan di Old Trafford selepas berpindah dari Real Madrid.

De Gea akan menjadi calon lain sebagai pemain yang paling lama berkhidmat di kelab itu, tetapi masa depan penjaga gol Sepanyol itu juga di dalam pemerhatian rapi Ten Hag berikutan kemelut Sevilla.

Apa yang pasti ramai peminat Man United mulai menyampah dengan Harry Maguire yang dianggap masih tidak dapat menunjukkan aksi sebenar seorang yang menjadi bek tengah termahal di dunia.

Maguire sebelum ini mendapat perhatian beberapa kelab di Eropah. Namun Ten Hag masih percaya dan memberikan peluang kepada pemain itu.

Tetapi sekarang, sittuasinya mungkin berbeza.

Manchester United meneruskan pemburuan 2 piala domestik dan tempat di UCL untuk musim hadapan.

BACA:  MU Dijangka Lucutkan Lilitan Kapten Maguire