Peminat Mahu Manchester United Mengikat Beckham

Peminat Manchester United ini mungkin sangat terdesak dengan prestasi Setan Merah musim lalu dan mahu kelab kesayangannya itu kembali mengikat bekas lagenda kelab, David Beckham.

Di bawah rejim pemerintahan Sir Alex Ferguson tidak dapat dinafikan bahawa ramai pemain hebat telah dilahirkan dan para pemain ini telah kembali untuk perlawanan sempena 20 tahun kejayaan treble.

Pesona Beckham dalam perlawanan ini sangat mengujakan dan menghiburkan seperti zaman kegemilangannya di Old Trafford ditambah lagi dikenakan jersi bernombor 7.

Malah ada yang berjenakan bahawa hantaran tepat yang dilakukan Beckham dalam perlawanan ini lebih banyak berbanding apa yang dilakukan Ashley Young sepanjang musim lalu dalam semua kejohanan.

Persembahan menakjubkan Beckham melalui hantaran-hantaran tepat, kerja bertahan yang mantap dan stamina berserta bonus satu jaringan tidak mencerminkan bahawa Beckham seorang pesara bola sepak profesional.

Beckham mengumumkan persaraannya di akhir musim 2012–13. Pada 18 Mei 2013, beliau bermain perlawanan terakhir sepanjang 20 tahun karier.

Karier profesional Beckham bermula di Manchester United, dimana Beckham membuat penampilan sulung untuk pasukan utama pada tahun 1992 ketika berumur 17 tahun.

Bersama United, Beckham memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris enam kali, Piala FA Inggeris dua kali, dan Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 1999.

Beliau kemudiannya bermain selama empat musim untuk Real Madrid, memenangi kejuaraan La Liga ketika musim terakhirnya bersama kelab itu.

Pada bulan Julai 2007, Beckham menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab Major League Soccer, LA Galaxy. Semasa menjadi pemain Galaxy, dia bermain secara pinjaman di Itali, dua kali bersama Milan pada tahun 2009 dan 2010.

Beckham merupakan pemain bola sepak Britain pertama bermain dalam 100 perlawanan Liga Juara-Juara.

Selepas Beckham hanya Cristiano Ronaldo pemain terakhir yang berjaya memakai jersi nombor 7 dengan begitu cemerlang dan jayanya.

Selepas itu Angel Di Maria, Mmephis Depay dan Antonio Valencia. Alexis Sanchez? Ermmmm..

Mereka ini sekadar menjadi peraga kepada nombor itu tanpa impak di padang. Senang cerita, ke laut.

Maka tidak hairanlan kenapa peminat ini yang mungkin di bawah pengaruh tak gam mungkin ketum mahu Beckham kembali.

https://twitter.com/AmitMavar/status/1132654618905915392

Parah juga jenis dibelenggu nostalgia dan tidak mahu bergerak ke depan. Harus diingat usia Beckham semakin menuju ke usia emas dan fakto usia antara penyebab beliau bersara.

Dari segi kecergasan dengan umur ketika ini tidak mungkin Beckham mampu menandingi kepantasan bola sepak era moden walaupun sentuhannya tidak pernah tumpul.

Kesian budak Manchester United yang masih terperangkap di era Fergis. Macam orang angau putus cinta.

“Putus cinta tu sakit, lebih sakit bila putus tapi masih cinta.”

Baca Juga

Baca Juga