Peminat Man Utd Bengang Martial Tidak Dipilih Sebagai Pengganti Nkunku

Peminat Manchester United menzahirkan rasa bengang mereka apabila Anthony Martial tidak dipilih menggantikan Christopher Nkunku yang cedera ketika sesi latihan bersama skuad Perancis.

Kekosongan yang ditinggalkan oleh Christoper Nkunku itu dengan segera diisi oleh Didier Deschamps dengan memanggil penyerang berusia 23 tahun Randal Kolo Muani.

Randal Kolo Muani merupakan pemain Eintracht Frankfurt kini berada di Jepun akan mengambil penerbangan terus ke Doha untuk mengejar impian Piala Dunia.

Pemilihan Didier Deschamps itu tidak disenangi peminat Manchester United yang sentiasa betul dan mereka percaya Anthony Martial lebih layak berbanding Randal Kolo Muani.

Pemain berusia 23 tahun itu, yang membuat penampilan sulung antarabangsa pada September, telah menjaringkan lima gol dan mencatatkan 10 assist sejak menyertai Frankfurt dari Nantes pada musim panas.

Keputusan Deschamps tidak diterima begitu baik di media sosial oleh peminat dalam talian Manchester United yang bersemangat berpendapat ia sepatutnya Martial menyertai Les Bleus.

Seorang mengulas: “Mereka mengambil seseorang dari Bundesliga berbanding Martial?”

Seorang lagi berkata: “Semoga Martial yang mendapat panggilan.”

Yang ketiga meluahkan: “Tidak mungkin Martial terlepas satu lagi Piala Dunia.”

Seorang peminat yang kecewa berkata: “Saya penat, dia tidak pernah mendapat tempatnya untuk Perancis.”

Anthony Martial kini seperti telah melalui proses mati hidup semula di masa prestasinya terus merudum sejak membuat debut cemerlang bersama Setan Merah.

Untuk tempoh beberapa musim kecederaan yang menjadi faktor kepada kemerosotan prestasi Martial dan pernah menjadi figura yang dibenci peminat di Old Trafford.

Pemain berusia 26 tahun itu menghabiskan separuh masa kedua musim lalu secara pinjaman dengan kelab La Liga Sevilla dengan ramai yang menjangkakan perpindahan tetap akan berlaku.

Namun Anthony Martial gagal mempamerkan kecemerlangan semasa tempoh pinjaman dan Presiden Sevilla, Castro telah mencemuh Martial sebagai tidak berbaloi dan dipulangkan semula.

Castro berkata: “Anthony Martial akan kembali ke Old Trafford. Kami membelanjakan wang kami dekat dia, tetapi ia tidak berbaloi. Juga, dia mengalami kecederaan, jadi, kami tak akan membelinya secara tetap.”

Erik Ten Hag yang tiada pilihan bagi mendapatkan pemain penyerang terpaksa untuk memberikan peluang kepada Martial dan Martial menggunakan peluang itu sebaiknya.

Masalah kecederaan terus menghantui namun Martial terus memberikan impak selepas kembali pulih dan menampakkn perubahan. Ketiadaan Martial bersama United kembali dirasai kini tidak seperti musim-musim sudah.

Mungkin Martial menunjukkan prestasi cemerlang kerana mahu merebut tempat ke Piala Dunia dan apabila misinya gagal, Martial akan menjadi Martial yang lama yang dibenci ramai.

Nkunku Terlepas Piala Dunia

Malang dan kisah sedih menimpa Christopher Nkunku yang terpaksa melupakan aksi Piala Dunia yang bakal membuka tirai selepas mengalami kecederaan ketika sesi latihan bersama skuad Perancis.

Ia telah disahkan dia tidak akan memainkan peranan di Qatar selepas terlibat dalam satu pertembungan yang menyaksikan Nkunku menerima terjahan keras daripada rakan sepasukan Eduardo Camavinga.

Ketika sesi latiahn Christopher Nkunku dan Eduardo Camavinga berada dalam situasi perebutan bola 50-50 dan kedua-duanya dengan penuh semangat mahu merebut bola di kompleks latihan Clairefontaine.

Bintang muda Real Madrid, Eduardo Camavinga kelihatan memenangi bola tetapi secara tidak sengaja menapak butnya ke kaki Nkunku yang mengundang petaka.

Pemain berusia 25 tahun itu terus jatuh dalam kesakitan, memegang kakinya ketika rakan sepasukannya mengelilinginya.

Apabila Nkunku bangkit, dia menerima kata-kata semangat daripada Deschamps dan Camavinga sebelum terkial-kial keluar dari padang.

Satu kenyataan rasmi daripada pasukan kebangsaan Perancis berbunyi:

“Cedera dalam latihan, Christopher Nkunku terpaksa menarik diri dari menyertai Piala Dunia. Seluruh pasukan berkongsi kesedihan Christopher dan mendoakan agar dia cepat sembuh.”

Keadaan yang menyedihkan yang merupakan satu kemalangan yang tidak disengajakan dan terjadi begitu saja. Tiada siapa yang patut dipersalahkan.

BACA:  Harry Redknapp Membebel Kerana Tidak Tahan Dengan Permainan Boring England