Peminat Man Utd Teruja Melihat Gelagat Fernandes Seperti Pengurus Di Tepi Padang

Peminat Manchester United nyata teruja dan suka melihat aksi dan gelagat Bruno Fernandes di tepi padang seperti seorang pengurus ketika perlawanan menentang Manchester City yang berlangsung di Stadium Ethihad.

Bruno Fernandes dikeluarkan pada minit ke-90 digantikan dengan Brandon William untuk menguatkan jentera pertahanan dan ketika itu Setan Merah sedang mendahului dua gol.

Seperti peminat Manchester United, Bruno Fernandes juga tidak senang duduk melihat aksi perlawanan di mana Manchester City bertali arus menyerang kembali untuk mencari gol di lewat permainan.

Maka Bruno Fernandes berdiri bahu ke bahu disebelah pengurus bewajah bayi dan genius, Ole Gunnar Solskjaer bagi menyaksikan kesudahan perlawanan Manchester Derby.

Bruno Fernandes meletakkan Manchester United dihadapan seawal saat ke-101 melalui satu sepakan penalti yang merupakan teknik gol kegemaran ramai yang menjadi kepakaran Bruno Fernandes.

Anthony Martial telah dijatuhkan oleh Gabriel Jesus dengan satu sentuhan yang tidak perlu dari belakang pada awal-awal permainan walaupun Martial telah pun dikepung oleh 6 pemain City.

Luke Shaw menggandakan kedudukan pada awal separuh masa kedua dengan satu rembatan leret dicelahan kelangkang pemain Manchester City.

Boleh dikatakan sepanjang perlawanan Manchester City menyerang bertali arus namun gagal untuk menembusi gawang Dean Henderson dan ada percubaan yang sekadar menggegar palang.

Permainan penuh berdisiplin pemain Manchester United menafikan segala percubaan Manchester City yang akhirnya kecundang digelanggang sendiri dengan dua gol tanpa balas.

Aksi dan gelagat Bruno Fernandes ini dibandingkan dengan aksi rakan sepasukan Bruno Fernandes di Portugal, Cristiano Ronaldo yang berlagak seolah-olah seorang pengurus pada final EURO 2016.

Ole Gunnar Solskjaer mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pengurus Manchester United pertama menang setiap perlawanan dalam 3 perlawanan pertama di Manchester City dalam semua perlawanan.

Manchester United pula tidak pernah tewas dalam 102 perlawanan Premier League selepas mendahului di separuh masa pertama.

Dalam 102 perlawanan Premier League selepas mendahului pada separuh masa pertama Manchester United mencatatkan 90 kemenangan dan 12 kali seri.

Kali terakhir mereka tewas dengan situasi ini pada September 2014 ketika dibawah Louis van Gaal, tewas 3-5 kepada kebangkitan gila Leicester City.

Aksi Seorang Pengurus Ronaldo di Final EURO 2016

Cristiano Ronaldo adalah satu nama yang tidak asing asing dalam dunia bola sepak. Beliau seorang pemain yang mempunyai karisma dan aura yang tersendiri.

Salah satunya adalah keinginan beliau yang menggunung terhadap trofi kejuaraan. Masih ingatkah anda semua bagaimana aksi C.Ronaldo semasa perlawanan akhir Piala Euro 2016 menentang Perancis.

Sedikit kronologi apa yang berlaku kepada C.Ronaldo semasa perlawanan akhir;

1. C.Ronaldo telah dicederakan oleh Payet semasa separuh masa pertama.

2. Beliau cuba untuk bermain, setelah pehanya dibalut.

Hancur Hatiku. (Telegraph.Co)

3. Beliau akhirnya terpaksa dikeluarkan.

4. Jatuhnya air mata jantan beliau kerana tidak dapat membantu pasukan dalam saat genting

5. Beliau duduk dibangku simpanan sambil menyaksikan rakan seperjuangan beliau berjuang.

6. Pelbagai gaya dan aksi beliau tunjukkan.

7. Eder menjaringkan gol pada separuh masa kedua semasa masa tambahan. Gol dramatik yang menyebabkan C.Ronaldo hilang akal.

8. Masa berbaki lagi tinggal lagi dua minit. C.Ronaldo bangun menuju ke tepi padang bersama jurulatihnya.

9. Kerana terlalu teruja dan dan gementar, beliau telah menolak-nolak jurulatihnya sendiri.

10. Pengadil meniupkan wisel akhir. C.Ronaldo kekejangan muka kerana terlalu gembira sambil menjerit “Vamos!, vamos!

11. C. Ronaldo akhirnya menjulang Piala Euro juga sambil menjerit “Vamos! ,vamos!

12. Tamat.

CR Kekejangan Otot Muka.(Indianxpress)

Baiklah, kalau yang ada data unlimited bolehlah tonton video dibawah. Kronologi yang aku taip di atas anggaplah aku taip untuk golongan yang pakai prepaid yang ada data 1gb je sebulan. Itu pun dah habis sebab banyak tengok Tumblr.

BACA:  Kenapa Gol Bruno Fernandes Sah Di Sisi VAR Walaupun Rashford Jelas Ofsaid?