Peminat Manchester City Mahu Mahrez Jangan Ambil Penalti Lagi

Borussia Dortmund akhirnya berjaya menempah tiket ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara 2022/2023. Keputusan itu diperoleh selepas Riyad Mahrez mempersia siakan peluang untuk menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti.

Borussia Dortmund melayan kunjungan pasukan calon juara UCL musim ini, Manchester City. Dengan Erling Haaland kembali semula mengadap Yellow Wall di Signal Iduna Park yang pernah menjadikannya sebagai idola.

Borussia Dortmund memerlukan sebarang mata untuk mereka mara ke pusingan kalah mati pada edisi kali ini.

Mereka berjaya melakukannya dengan mengikat Manchester City dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Man City dihadiahkan penalti pada separuh masa kedua. Penalti Riyad Mahrez telah diselamatkan oleh Gregor Kobel. Keputusan tanpa jaringan kekal sehingga permainan tamat.

Tambahan satu mata sudah memadai untuk membawa Dortmund ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara. Mereka kini dibezakan 3 mata di belakang Man City.

Pasukan tuan rumah sebenarnya mempunyai peluang pertama hanya selepa lapan minit permainan dimulakan. Di mana sepakan percuma Julian Brandt tersasar dari gawang Man City.

Dortmund sekali lagi mengancam lapan minit kemudian. Percubaan pemian sensasi Karim Adeyemi berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Man City, Stefan Ortega.

Borussia Dortmund mendapat peluang keemasan pada minit ke-25. Di mana percubaan rendah Giovanni Reyna telah membuatkan Ortega dipaksa melakukan penyelamatan.

Dortmund hampir menjaringkan gol sembilan minit kemudian. Bola tap in daripada Youssoufa Moukoko pula tersasar daripada sasaran.

Separuh masa pertama jelas sekali tuan rumah memiliki lebih banyak peluang gol. Namun kedua dua pasukan masuk ke bilik persalinan tanpa sebarang jaringan dicatatkan.

Bersambung separuh masa kedua, pengadil telah menghadiahkan Man City pada minit ke-57. Ianya selepas Riyad Mahrez dijatuhkan oleh Emre Can di dalam kotak penalti.

Namun Mahrez gagal menukar sepakan penalti untuk menjadi gol. Gregor Kobel  berjaya menafikan percubaan daripada Mahrez sendiri.

Kobel sekali lagi menyelamatkan gol Dortmund sepuluh minit kemudian. Kali ini dia menepis percubaan Julian Alvarez di dalam kotak penalti.

Kedua-dua tentera masih gagal membuka rangkaian sehingga kebijaksanaan panjang ditiup oleh mahkamah. Dortmund vs Man City berkesudahan 0-0.

Peminat mahu Mahrez bersara ambil penalti

Selepas tamat perlawanan, penyokong Manchester City meminta agar Pep Guardiola menarik semula kedudukan Mahrez sebagai penyepak penalti pertama pasukan mereka.

Ini selepas Riyad Mahrez sudah beberapa kali gagal dalam tugasan penalti yang diamanahkan kepadanya.

Sebelum ini dia pernah mempersia siakan peluang untuk menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti ketika berdepan Copenhagen.

Peminat merasakan bahawa kegagalan penalti kali ini bermakna Mahrez tidak akan mengambil sebarang sepakan penalti untuk City selepas ini.

Walaupun Mahrez gagal untuk menyumbat penalti dan Man City sekada seri, namun pasukan Liga Perdana Inggeris itu tetap berjaya menjadi juara kumpulan mereka.

City meneruskan pemburuan UCL musim ini. Paling hampir untuk mereka memenangi piala yang tak pernah mereka menangi itu adalah ketika ke final pada edisi 2 tahun yang lalu.

Di mana ketika itu mereka tewas di tangan Chelsea dalam aksi final.

Senarai pemain

Borussia Dortmund: Gregor Kobel; Niklas Sule, Mats Hummels, Nico Schlotterbeck, Thorgan Hazard (Marius Wolf 82′); Jude Bellingham, Emre Can; Karim Adeyemi (Donyell Malen 73′), Julian Brandt, Giovanni Reyna (Antonios Papadopoulos 87′); Youssoufa Moukoko (Anthony Modeste 82′).

Manchester City: Stefan Ortega; Joao Cancelo (Manuel Akanji 46′), Nathan Ake, Ruben Dias, John Stones; Phil Foden (Jack Grealish 81′), Ilkay Guendogan, Rodri, Riyad Nahrez (Cole Palmer 88′); Julian Alvarez, Erling Haaland (Bernardo Silva 46′).

BACA:  Guardiola Beri Petanda Akan Kembali Dapatkan Mahrez Musim Panas Nanti