Peminat Manchester United Tidak Mahu Lagi Lihat ‘Pemain Tak Guna’ Bermain Untuk Mereka

Peminat Manchester United telah meluahkan perasaan mereka yang tidak mahu lagi melihat Victor Lindelof bermain untuk mereka dan melabel pemain pertahan itu sebagai ‘pemain tak guna’.

Ini semua gara-gara aksi goyah dan longlai yang dipamerkan oleh Victor Lindelof di sepanjang tempoh 45 minit pertama perlawanan separuh akhir pertama Carabao Cup, Nottingham Forest menentang Manchester United.

Marcus Rashford menjaringkan gol bagi membolehkan Manchester United mendahului 1-0 pada awal perlawanan yang berlangsung di City Ground, dengan melakukan larian dari garisan tengah sebelum membuka jaringan dengan gol ke-18 musim ini.

Pada mulanya kelihatan gugup, Nottingham Forest berkembang ke dalam permainan dan menyangka mereka telah menyamakan kedudukan apabila Sam Surridge menyelesaikan serangan balas yang baik dengan melepasi David de Gea.

Bagaimanapun VAR, yang digunakan pada separuh akhir tidak seperti pusingan sebelumnya, memutuskan bahawa Surridge berada dalam keadaan ofsaid apabila dia menerima bola daripada Morgan Gibbs-White.

Victor Lindelof tidak meletakkan dirinya dalam permainan yang cemerlang selepas diberi peluang beraksi dan walaupun Manchester United melebarkan kelebihan mereka melalui gol pertama Wout Weghorst untuk kelab, pertahanan Sweden itu telah menerima banyak kritikan di media sosial daripada peminat.

Dengan kapten Harry Maguire digantung, dia ditempatkan sebagai bek tengah menggantikan Raphael Varane untuk permulaan pertamanya sejak kemenangan 3-0 ke atas Bournemouth pada 3 Januari bergandingan dengan Lisandro Martinez

Tetapi persembahannya tidak meyakinkan dan penyokong Manchester United merasakan dia tidak cukup bagus untuk bermain untuk pasukan Erik ten Hag.

Walaupun tidak bolos dan mendahului dua gol pada separuh masa pertama dan menang 3 gol tanpa bolos tidak dapat mengelakkan Victor Lindelof dari kecaman peminat sendiri.

Victor Lindelof telah dilabelkan sebagai beban dan telah membuktikan dirinya dan Harry Maguire tidak cukup bagus untuk pasukan Manchester United.

Ada pula menyatakan bahawa, Victor Lindelof adalah seorang pemain pertahanan yang paling teruk pernah beliau lihat dan aksi ini mengingatkan kembali mimpi ngeri pertahanan Setan Merah ketika zaman Ole Gunnar Solskjaer.

Victor Lindelof adalah seorang pemain pertahanan yang tak guna dan Video Assistant Referee (VAR) telah menyelamatkan punggungnnya selepas mempamerkan persembahan yang buruk.

Mereka dengan penuh emosi menyatakan Victor Lindelof tidak layak berada dalam pasukan musim hadapan kerana dia hanyalah seorang pemain pertahanan yang biasa-biasa sahaja.

Kalah gila menang pun gila, mana mungkin untuk sebuah pasukan memilik pemain pertahan simpanan sepadu pemain utama seperti Raphael Varane dan Lisandro Martinez.

Victor Lindelof dan Harry Maguire adalah pemain simpanan yang agak bagus jika mereka sanggup untuk terus menjadi pemain gantian dan memperkukuhkan kedalaman skuad.

Vicktor Lindelof telah dibawa masuk oleh Jose Mourinho pada tahun 2017 dan sejak itu telah membuat 209 penampilan bersama Setan Merah. Kontrak semasanya akan tamat pada 2024 dan mempunyai pilihan lanjutan setahun untuk diaktifkan.

Disebalik kejian itu semua ramai juga memuji gandingan Victor Lindelof dan Lisandor Martinez yang disifatkan sebagai masterclass dan menganggap Lindelof telah kembali ke prestasi terbaiknya.

Lisandro Martinez juga mengakui Victor Lindelof adalah gandingan yang mantap tanpa kehadiran Raphael Varane walaupun ada banyak perkara yang perlu diperbaiki.

“Saya rasa kami menunjukkan banyak perkara yang baik, tetapi masih banyak lagi yang perlu kami perbaiki.”

“Ia keputusan yang baik, saya fikir kami mengawal permainan hari ini. Dalam latihan, kami [dia dan Lindelof] bekerjasama antara satu sama lain dan saya fikir kami melakukan kerja yang sangat baik.”

BACA:  Pertahanan Utama Manchester United Dipasangkan Alat Pemantau Jantung