Peminat Newcastle Sangat Berharap, Pemilik Baru Akan Mendapatkan Harry Kane

Para peminat pasukan Newcastle sangat berharap, sekiranya mereka mendapat pemilik baru, Harry Kane akan menjadi pilihan pengurusan baru untuk di bawa masuk.

Berita tentang pasukan Newcastle akan dijual dengan nilai £300 juta semakin hangat diperbincangkan dan sepertinya perkara itu akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Menurut laporan dari Sky Sports, Mike Ashley sedang dalam perundingan serius dengan bakal pembeli Newcastle yang dikhabarkan seorang pelabur dari Arab Saudi.

Pelabur dari Saudi itu turut sanggup untuk menyalurkan dana yang besar untuk tujuan pengambilan pemain baru bagi memperkuat pasukan sedia ada.

Para peminat begitu teruja dengan berita itu dan mereka tertarik untuk mengharapkan bintang sensasi England, Harry Kane untuk sertai Newcastle musim hadapan.

Kane sendiri telah mendedahkan bahawa beliau mungkin akan membuat keputusan untuk meninggalkan Spurs sekiranya pasukan itu tidak menunjukkan sebarang peningkatan.

“Saya sayangkan Spurs, saya sentiasa cintakan Spurs, tetapi saya selalu tekankan, sekiranya saya tidak rasa kami mempunyai peningkatan sebagai satu pasukan atau kelab tidak menuju ke jalan yang betul, saya bukan jenis pemain yang hanya akan tunggu dan melihat semua itu terjadi. Saya akan pergi.”

Dan hasil dari pendedahan yang dilakukan oleh Kane, para peminat Newcastle menjadi semakin teruja untuk memujuk pemain itu menyertai mereka musim depan.

Ketua pasukan England, Kane telah dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United sejak beberapa minggu ini.

Sekiranya hal itu terjadi, ia akan memberi impak dan juga masalah besar buat Jose Mourinho dalam mempersiapkan pasukannya untuk aksi musim hadapan.

Harry Kane telah berjaya menjaringkan 181 gol dari 278 perlawanan untuk Tottenham Hotspur.

Beliau adalah nadi penggerak utama dalam membantu pasukan dari London itu untuk memberi saingan kepada pasukan-pasukan gergasi England.

Beliau juga merupakan watak penting dalam membantu Tottenham Hotspur mara ke pertandingan Liga Juara-juara dalam tempoh empat musim ini.

Jelas Kane dalam satu temu bual khas bersama Jamie Redknapp menerusi siaran langsung di Instagram bulan lalu.

“Saya adalah pemain yang selalu mempunyai cita-cita, saya nak perbaiki kelemahan yang ada, saya mahu beri lebih baik dan menjadi salah seorang pemain terbaik dari kalangan yang terbaik.”

“Tetapi semuanya tergantung kepada apa yang berlaku dalam pasukan dan bagaimana progress semua pemain dalam satu pasukan. Jadi tiada istilah bahawa saya akan selamanya kekal disana, tetapi ia tidak mustahil juga untuk saya tetap di sana.”

Menurut laporan dari Daily Mail, Levy benar-benar rasa terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Harry Kane.

Menurut Levy lagi, beliau juga sangat marah bila mendengarkan kenyataan dari Kane yang meminta supaya premier league harus dibatalkan sekiranya masih tidak bersambung pada Jun nanti.

Kata-kata dari Kane seolah tidak memikirkan masalah kewangan pasukan ekoran dari penularan wabak Covid-19 ini.

Jadi apabila Levy Sendiri sudah menjelaskan bahawa Spurs mempunyai masalah kewangan dan beliau tidak senang dengan Kane.

Ini bermakna Kane juga akan ada kemungkinan untuk dijual pada jendela perpindahan pemain musim panas ini nanti.

Tetapi ia akan mencatatkan rekod perpindahan terbesar dunia dengan Spurs meminta £200 juga untuk melepaskan Kane.

Satu hal yang pasti, sekiranya Newcastle berminat, mereka mungkin akan mendapatkan salah seorang penjaring gol terbaik dunia ketika ini.

BACA:  Bayern Munich Buat Tawaran Baru Bernilai Lebih €100 Juta Untuk Harry Kane