Peminat Puas Hati Lihat McTominay Hempok Kepala Maguire

Para penyokong Manchester United puas hati melihat Scott McTominay menghempok kepala Harry Maguire ketika meraikan gol jaringan Cristiano Ronaldo.

Manchester United turun melayan kunjungan Arsenal ke bumi Old Trafford untuk aksi dalam saingan Premier League minggu ini.

Perlawanan ini merupakan yang terakhir untuk Michael Carrick sebagai pengurus sementara kelab, dengan Ralf Rangnick selepas ini akan mengambil alih Man Utd sebagai pengurus interim.

Arsenal pada minggu lalu berjaya mencatatkan kemenangan selesa 2-0 menewaskan Newcastle United di Emirates.

Sementara Manchester United pula, pada minggu lalu mereka hanya mampu mencatatkan keputusan seri sahaja bertemu pendahulu saingan Premier League, Chelsea.

Kedua-dua pasukan dalam misi untuk mengutip tiga mata penuh memandangkan mereka mahu merebut kedudukan empat teratas dalam saingan Premier League.

Arsenal terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-13 permainan, menerusi Emile Smith Rowe yang memanfaatkan kesempatan berdepan gawang gol kosong.

Gawang gol United ketika itu terbuka luas kerana David De Gea sudah rebah menahan kesakitan kerana dipijak oleh rakan sepasukannya sendiri, Fred.

United walau bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan sebelum rehat separuh masa, selepas Bruno Fernandes meledak gol hasil umpanan cantik dari Fred.

Aksi babak pertama berakhir dengan keputusan seri 1-1, sebelum Manchester United kembali mendahului perlawanan pada awal aksi babak kedua permainan.

Cristiano Ronaldo cemerlang menyempurnakan hantaran cantik dari Marcus Rashford untuk Man Utd mendahului Arsenal 2-1.

Ketika para pemain meraikan gol jaringan Cristiano Ronaldo itu, Scott McTominay dilihat menghempok kepala beberapa orang rakan sepasukannya di tepi padang.

Mungkin itu cara keraian beliau, dan para pemain juga seolah-olah tak peduli dengan hal itu mungkin kerana McTominay sekadar menyentuh sikit sahaja kepala mereka.

Walau bagaimanapun, ketika beliau menghempok kepala Maguire, Scott McTominay dilihat teragak-agak dan kemudian menghempok kepala ketua pasukannya itu dengan kuat.

Maguire sendiri bahkan turut menggosok kepalanya seolah-olah menahan kesakitan akibat dihempok oleh pemain kebangsaan Scotland itu.

Para pemain kemudiannya kembali masuk ke padang dan meneruskan permainan seperti biasa.

Beberapa minit selepas itu, Martin Odegaard berjaya menyamakan kedudukan untuk Arsenal mengikat Manchester United 2-2.

Pada minit ke-70 permainan, setan merah telah dihadiahkan sepakan penalti, dan ia berjaya disempurnakan oleh Cristiano Ronaldo.

Pemain kebangsaan Portugal itu berjaya menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini, seterusnya menambah koleksi jaringan beliau sebanyak 801.

Ia merupakan rekod yang sungguh luar biasa menakjubkan, dan sukar untuk ditandingi oleh mana-mana pemain dalam dunia bola sepak.

Rekod Ronaldo terlalu sukar untuk dipecahkan

Cristiano Ronaldo mengukuhkan kedudukan beliau sebagai antara pemain terhebat sepanjang zaman, selepas kejayaannya mencipta sejarah baru ketika bertemu Arsenal.

Pemain kebangsaan Portugal itu menjadi satu-satunya pemain dalam sejarah dunia bola sepak yang berjaya menjaringkan 800 gol sepanjang kariernya.

Gol jaringan beliau itu bukan hanya membantu United untuk kembali mendahului perlawanan, namun gol itu juga sebenarnya membantu beliau untuk mencipta sejarah baru dalam kariernya.

Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ke-800 dalam kariernya dengan menjaringkan gol yang cukup cantik menewaskan penjaga gol yang sedang berprestasi pada ketika ini, Aaron Ramsdale.

Beliau kemudiannya meledak gol ke-801 sepanjang kariernya pada minit ke-70 dalam perlawanan ini, dengan gol tersebut menjadi gol kemenangan untuk United tewaskan Arsenal 3-2.

Keinginan pemain berusia 36 tahun itu untuk terus dikenang sebagai pemain terhebat sepanjang zaman sebenarnya sudah berjaya beliau capai dengan segala pencapaian dan kejayaan yang beliau kecapi.

Tidak ada sesiapa yang mampu menafikan fakta bahawa Ronaldo mempunyai rekod-rekod yang sukar untuk dipecahkan oleh mana-mana pemain dalam tempoh beberapa dekad selepas ini.

Ronaldo mula menjadi ikon bola sepak sejak dua dekad lalu, yang mana beliau ketika itu berjaya meledak gol pertama dalam kariernya untuk Sporting CP di negara asalnya, Portugal ketika usia remaja.

Tidak ada sesiapa yang melihat gol jaringan beliau pada ketika itu, yang akan menjangkakan Ronaldo mampu meledak 800 gol sepanjang kariernya.

Bahkan tidak ada sesiapa pada ketika itu yang menduga beliau bakal menjadi salah seorang pemain terhebat dalam sejarah dunia bola sepak.

Beliau kemudiannya berjaya bersinar bersama Manchester United, seterusnya mencipta nama lebih besar bersama Real Madrid, mengukuhkan kedudukan sebagai yang terbaik bersama Juventus dan kembali sebagai legenda di Old Trafford.

Apa yang beliau lakukan sejak 12 bulan terakhir ini di usia 36 tahun selayaknya diberikan pujian kerana tidak mudah untuk seseorang pemain veteran melakukan apa yang beliau lakukan.

Ada pemain yang sudah bersara di usia lebih muda darinya, bahkan ada yang sudah mula menjadi pengurus ketika seusia dengannya.

Ia jelas membuktikan yang Ronaldo bukanlah pemain yang biasa-biasa dengan beliau mempunyai semangat, kerja keras, usaha dan kemampuan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Beliau merupakan mesin pencetak gol berkualiti tinggi yang menjadi idaman semua manusia di muka bumi ini.

Beliau masih lagi antara pemain terhebat dunia pada hari ini, dan tidak keterlaluan untuk menganggap yang Ronaldo juga sebenarnya jauh lebih bagus berbanding kebanyakkan pemain muda lain.

Dari 2018 hingga musim panas 2021, Ronaldo beraksi bersama gergasi Itali, Juventus dengan beliau menjadi pemain terpenting dan paling bersinar kelab sehingga hari terakhirnya di Turin.

Juventus menganggap penandatanganan Ronaldo sebenarnya usaha yang gagal untuk mereka, kerana tujuan asal kelab membawa beliau ke Turin adalah untuk memenangi gelaran Champions League.

Dek kerana Ronaldo gagal membantu kelab untuk menjuarai kejuaraan Eropah itu, maka ramailah yang mula mengecam dan menyalahkan pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu.

Walau bagaimanapun juga, rekod yang dicatatkan oleh Ronaldo sepanjang kariernya bersama nyonya tua tidak boleh dipandang enteng.

Beliau berjaya menjaringkan 101 gol dari 134 penampilan bersama The Old Lady, dan ia jelas sekali satu rekod yang sungguh luar biasa dasyat.

Beliau berjaya memenangi kasut emas dalam saingan Serie A pada musim terakhirnya bersama kelab, sebelum melengkapkan perpindahan menyertai Manchester United.

Beliau bersama seteru utamanya Lionel Messi sama-sama melengkapkan perpindahan pada musim panas ini, namun Ronaldo sepertinya lebih menjadi berbanding pemenang tujuh kali anugerah Ballon D’or itu.

Walaupun Messi berjaya membawa pulang bola emas ketujuh beliau pada tahun ini, namun harus di akui, berdasarkan aksi sepanjang musim baharu ini, Ronaldo jauh mengatasi beliau.

Ronaldo merupakan penjaring terbanyak setan merah pada ketika ini, dengan beliau juga sering menjaringkan gol-gol penting yang membantu United mengelak dari berdepan kekalahan.

Kehadiran Ronaldo bersama Jadon Sancho dan Raphael Varane dijangka akan membantu United untuk memenangi Piala pertama mereka pada musim ini.

Walau bermula dengan sangat hambar, namun sejak pemergian pengurus kesayangan ramai, Ole Gunnar Solskjaer, Manchester United masih belum mencatatkan sebarang kekalahan.

Selepas berdepan kekalahan memalukan bertemu Liverpool, Manchester City, Leicester City dan Watford, United pada ketika ini dilihat sedang berusaha untuk kembali bangkit.

Kehadiran Ralf Rangnick sepertinya akan memperkuat lagi skuad United pada ketika ini, dan jelas sekali era baru setan merah kini sudah bermula.

Sembilan gol dan satu assists dari 12 perlawanan sepanjang musim ini sudah cukup untuk membuktikan yang Ronaldo juga sudah bersedia untuk mencabar kasut emas dalam saingan premier league musim ini.

Sumber: Abishek

BACA:  Harry Maguire Tolak Barcelona Kerana Mahu Berjaya Bersama Man United