Peminat Rasa Sedih Dan Bersalah Lihat Ole Minta Maaf Kerana Tersenyum

Selepas Ole Gunnar Solskjaer sah dipecat, para peminat mula rasa rindu dan ramai yang turut rasa bersalah kerana terlebih menghina beliau ketika kariernya sebagai pengurus Man Utd.

Peminat semakin terkesan dengan berita Ole Gunnar Solskjaer dipecat selepas melihat video temu bual terakhirnya selepas tamat perlawanan bertemu Watford awal pagi tadi.

Video yang sedang tular itu memperlihatkan bagaimana Ole Gunnar Solskjaer terpaksa meminta maaf kepada para penyokong kerana beliau sentiasa tersenyum.

Meminta maaf kerana senyum benar-benar menyentuh hati para peminat dengan ramai yang mula rasa bersalah selepas Solskjaer kini hilang pekerjaan.

Banyak lagi detik-detik di mana Ole Gunnar Solskjaer membuat para peminat bersedih, namun detik ketika beliau meminta maaf kerana tersenyum antara yang paling menyakitkan.

Ramai pihak yang menghentam Solskjaer kerana tetap tersenyum walau skuadnya baru mencatatkan kekalahan besar dan mengaibkan.

Namun Ole Gunnar Solskjaer menegaskan bahawa senyuman yang terukir dibibirnya itu sebenarnya semula jadi dan beliau tidak mampu untuk mengawalnya.

Selepas tamat aksi kekalahan 4-1 United bertemu Watford awal pagi tadi, Ole Gunnar Solskjaer telah ditemu bual oleh penyampai Sky Sports, Geoff Shreeves dan ia sangat menyedihkan untuk ditonton.

Beliau dilihat menahan air mata ketika bercakap tentang mengapa anak-anak buahnya bergelut dengan masalah prestasi ketika beraksi bertemu Watford awal pagi tadi.

Selepas menjawab beberapa soalan dengan nada sedih menahan air mata, Shreeves kemudian bertanya tentang apa yang ada di fikiran beliau.

Solskjaer ketika mahu menjawab soalan tersebut, beliau tersenyum malu dan ketawa sebelum beliau kemudiannya meminta maaf kerana tindakan beliau itu.

“Maaf kerana tersenyum.”

Jelas Ole Gunnar Solskjaer.

Para peminat terkesan melihat kesedihan Ole Gunnar Solskjaer yang meminta maaf hanya kerana tersenyum, dan turut sedih melihat pengurus kelab itu menahan air mata sepanjang temu bual tersebut.

Sebelum ini, Solskjaer turut membuatkan para peminat beremosi selepas beliau meminta izin kepada peminat yang memaki hamunnya untuk beri ruang agar beliau selesaikan temu bual terlebih dahulu.

Ole minta izin habiskan temu bual

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berjaya menutup mulut penyokong yang cuba mengganggu temu bual beliau dengan cara yang sungguh menyayat hati.

Selepas tamat aksi kemenangan 3-0 Manchester United menewaskan Tottenham Hotspur, Solskjaer telah ditemu bual oleh MUTV dan ketika itulah ada peminat yang cuba membuat onar.

Pengurus dari Norway itu mengukir senyum lebar sebaik tamat perlawanan tersebut selepas anak-anak buahnya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Persembahan para pemain Manchester United juga sangat berbeza dalam perlawanan tersebut, dengan mereka dilihat lebih berfungsi dan corak permainan mereka juga lebih teratur.

Menggunakan sistem baru, para pemain dilihat lebih selesa untuk beraksi dan mampu untuk mempamerkan aksi persembahan berbeza berbanding sebelum itu.

Solskjaer antara manusia paling gembira dengan keputusan dalam perlawanan tersebut, bahkan beliau turut menunjukkan reaksi bahagia ketika melayan peminat yang memaki hamun beliau selepas tamat perlawanan tersebut.

Selepas tamat perlawanan tersebut, masih ada penyokong yang tidak keluar dari stadium, dan telah membuat onar dengan mengganggu Solskjaer untuk ditemu bual.

Ketika Solskjaer mahu menjawab soalan dari wartawan, ada penyokong yang tidak henti-henti memaki beliau, dengan pengurus dari Norway itu kemudiannya menyatakan:

“Boleh tak saya lakukan temu bual ini dan kamu sambung maki saya selepas tu, eh?”

Jelas pengurus Manchester United itu sambil ketawa riang tanpa sikit pun menunjukkan rasa kesal dimaki oleh peminat.

“Kamu boleh katakan semula benda itu!”

Reaksi Solskjaer ketika melayan peminat yang membuat onar itu dirakam oleh MUTV yang ketika itu sedang mahu menemubualnya.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kisah Bagaimana Ole Pohon Restu Alex Ferguson Bagi Perlawanan Pertamanya Sebagai Pengurus