Peminat Scotland Kecam BBC Kerana Terlalu Agungkan England

British Broadcasting Corporation (BBC) telah menerima kecaman yang hebat daripada peminat Scotland kerana dianggap berat sebelah dan terlalu agungkan pasukan England di EURO 2020.

BBC merupakan penyiar kebangsaan bagi United Kingdom, pusat penyiaran berpengkalan di London dan juga merupakan penyiar kebangsaan tertua di dunia serta terbesar dari segi jumlah pekerja.

Secara keselurahannya BBC mempunyao 22,000 orang pekerja di mana lebih 19,000 berada dalam bidang penyiaran sektor awam. Jika dikira dengan pekerja sambilan, fleksibel dan kontrak tetap jumlah kakitangan BBC adalah 35,402 orang.

Kenapa peminat Scotland tidak berpuas hati dengan BBC? Scotland tiada penyiar kebangsaan sendiri ke?

BBC merupakan penyiar kebangsaan bagi United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland atau nama manjanya adalah United Kingdom dan United Kingdom ini pula terdiri daripada empat buah negara:

1. England
2. Scotland
3. Wales
4. Northern Ireland

Jadi kecaman yang disuarakan oleh peminat Scotland ini berasas kerana BBC yang juga penyiar kebangsaan Scotland sepatutnya memberi layanan yang adil kepada semua pasukan bertanding di EURO 2020.

BBC telah mengumumkan bahawa mereka telah dihubungi oleh beberapa orang penonton yang nyata tidak gembira dengan komen daripada penyampai dan pengulas bola sepak yang berat sebelah kepada England ketika perlawanan.

“Kami telah menerima beberapa aduan mengenai liputan Euro 2020 kami dari orang yang berpendapat bahawa pengulas dan penyampai kami bersikap berat sebelah terhadap England”.

“Kami bangga dengan kepakaran dan pengalaman yang ada dalam pasukan kami untuk diberikan kepada peminat bola sepak di seluruh UK, dan tidak setuju bahawa barisan penyampai dan pengulas menunjukkan kecenderungan terhadap satu pasukan.”

Selain itu juga BBC juga menjawab tuduhan dan kritikan mengenai pemilihan penyampai dan pengulas untuk EURO 2020 ini.

“Liputan bola sepak kami ditonton oleh penonton dari lapisan masyarakat yang pelbagai, masing-masing dengan pandangan dan pendapat yang berbeza dan untuk alasan itu kami mensasar untuk memuaskan hati semua di semua program kami.”

“Kami menghargai bahawa tidak semua orang akan sukakan setiap penyampai, pakar, atau pengulas kami, tetapi kami bangga dengan pelbagai bakat dan kepakaran pasukan Euro 2020 yang kami sampaikan”

Gary Lineker merupakan muka hadapan ketika perlawanan bersama beberapa bekas pemain legenda dan bukan legenda seperti Alan Shearer, Rio Ferdinand dan juga Micah Richards.

Bulan lalu Ahli Parlimen Parti Alba, Kenny MacAskill telah membuat tuntutan di Parlimen Scotland agar diberikan lebih kuasa untuk terlibat bersama BBC.

Kenny MacAskill dalam hujahnya itu telah merujuk kepada BBC yang berat sebelah kepada pro-English namun dakwaan Kenny MacAskill itu telah dinafikan oleh BBC.

Scotland yang berada di kumpulan D bersama England telah pulang awal ditangga tercorot selepas mencatatkan kekalahan kepada Croatia dan Republic Czech dan seri menentang England.

England yang lepas halangan Jerman dipusingan kalah mati mara ke separuh akhir selepas menundukkan Ukraine dan sudah pasti England yang sememangnya popular akan bertambah popular.

England bukan sahaja menjadi pilihan berita sukan di media Inggeris sahaja malah termasuklah media di Malaysia lantaran peminat dan pembenci mereka berteberan di seluruh dunia.

Kesebelasan utama England pilihan Gareth Southgate saban perlawanan menjadi perdebatan dan dipersoalkan kenapa permainan bertahan diterapkan walaupun mempunyai barisan serangan yang menggerunkan.

Semua ini diperolehi England kerana populariti Premier League yang saban minggu menjadi tontonan peminat bola sepak seluruh dunia dan mereka sudah kenal dengan pemain yang disenaraikan Gareth Southgate.

BACA:  Cristiano Ronaldo Dibaling Botol Coca-Cola Ketika Meraikan Gol